Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 21, 2016

BERGABONGLAH UNTUK ROYALTI



Oleh ROYALTI Kelantan

Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) menyeru semua pihak yang bercita-cita menukar dan membetulkan tampuk pemerintahan negara supaya kembali bersatu. Ada banyak akta2 persekutuan yang menindas negeri2 tidak dapat dihalang akibat tidak bersatu.

ROYALTI meminta pihak2 pengimbang kepada kuasa negara yang ada sekarang ini menilai semula keputusan PRK semalam. Di Sungai Besar, jika undi Amanah dan PAS dicampurkan, ianya berjumlah 14511 berbanding 16800 dari BN. Dan sejumlah besar 10675 yang enggan mengundi.

Di Kuala Kangsar, jika jumlah undi Amanah dan PAS dicampurkan, ianya berjumlah 10567 berbanding 12653 dari BN. Juga sejumlah 9119 yang enggan mengundi. Sekiranya trend ini berterusan, perkara ini sangat membahayakan status quo kepada negeri Kelantan, di mana secara tak langsung melibatkan perjuangan tuntutan royalti petroliam dan juga negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang. Kekuasaan BN yang terlalu mutlak kerana pengimbang kepada BN yang berpecah sangat2 membahayakan rakyat.
Oleh itu, ROYALTI menyeru kepada semua parti2 besar, buangkan ego masing2, utamakan rakyat, tangguhkan dahulu perjuangan / kepentingan parti, setidak2nya sehingga berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
ROYALTI Kelantan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA