Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, June 20, 2016

ANALISA KEKALAHAN PAS...




Dr Zuhdi, hang pi mana, hang pi mana?. Dari dulu lagi kalau dengar analisis dari pakar strategi PAS sebelum PRK atau PRU, PAS memang boleh perintah negara lama dah. Tetapi bila tiba keputusan, kalah.Pastu rutin macam biasa, lakukan postmortem.

Bila dapat postmortem yang 'ikhlas lagi suci', postmortem ni takleh pakai. Kena cari alasan pengundi hantu ke, politik wang ke, ada penyokong BN tarik telinga ke, baru boleh pakai postmortem macam tu. Paling power adalah, KITA BUKAN HANYA MENGEJAR KEMENANGAN DI DUNIA SAHAJA.

"Aku dah malas dah, nak jadi apapun jadilah, baik bubar saja PAS, hatipun tak sakit, Dengan PAN pun boleh kalah", rungut Pak Awang tukang cermin dengan lemah, kecewa dan rasa marah. Dia penyokong tegar PAS sejak 40 tahun.(Penyokong PAS memang memanggil Amanah dengan PAN, alergik betul nak sebut Amanah)
Saya cuba bagi semangat;"Tak pa pak awang, walaupun kalah tapi dapat pahala".

"Kalau taknak bubar, baik tukar semua orang atas, memang bodoh semua";dia menambahkan lagi luah kemarahannya. Tak sangka perkataan tersebut terpacul dari mulutnya. Mungkin ini hasil  tarbiah dari pimpinannya sendiri yang suka 'babi,anjing, nyamuk dan macam macam.

Saya diam, malas nak curah minyak ke dalam api. Padahal enam bulan lepas bila saya tanya dia, apa dah jadi dengan PAS sekarang?

Dia jawab dengan yakin, "kita orang bawah dan orang jahil, kena dengar apa orang alim cakap. Pimpinan atas ilmu tinggi, dorang kira lagi jauh dari apa yang kita fikir". Sekarang Pak awang dah macam hilang semangat dan inilah juga rasa yang bermain di hati sebahagian besar orang bawahan PAS.

Pimpinan atasan PAS sebenarnya tidak pernah menyelami, inilah perasaan yang terbenam dilubuk hati para penyokong tegar PAS. Saban hari para penyokong tegar hanya memujuk hati supaya kuat semangat. Kuat semangat dalam berdepan dengan sindiran orang orang sekeliling yang bertanya, kenapa PAS berubah begitu jauh sekali.

Memang sekarang kalau pergi ke kedai kopi atau mana mana tempat yang biasa berkumpul, penyokong PAS tidak lagi mampu bercakap pasal politik. Nak bercakap nak serang UMNO, pimpinan atas dah mula  berbaik dengan UMNO. Nak bercakap nak serang DAP sentiasa, dah banyak soalan kerosakan negara sebab DAP ke? tak mampu nak jawab. Jadi jalan selamat adalah tidak sembang politik. Baik cerita hal ayam itik lembu kerbau 

Penyokong PAS dah binggung seolah olah pimpinan atas membawa PAS ke jalan mati. Jalan di hadapan sangat buntu bagi penyokong PAS. Tidak ada arah yang jelas ke mana arah yang patut dituju. Kalau ini yang dirasa oleh penyokong PAS, bagaimana PAS ingin menarik orang luar PAS?

PAS klaim ingin membawa Islam, martabatkan Islam. Tetapi martabat pemimpinnya semakin rendah. Bahasa dan perilaku bukan seperti orang yang berada di masjid, berilmu dan tawaduk. Layaknya seperti orang di pasar ikan, kasar, sombong dan angkuh.

Bagaimana ingin mempromosi Islam kalau guna bahasa yang menjauhkan orang dari Islam? Jauh sekali ingin menarik orang bukan Islam untuk mendekati Islam, orang Islam sendiri pun samar samar dengan perangai pemimpin PAS.

PAS telah menjadi berbagai versi khawarij. Khawarij tidak pernah ikhlas di dalam Islam. Khawarij hanya hendak menghukum orang yang tidak sebulu atau sependapat dengan mereka. Versinya berubah ubah tetapi tetap khawarij. Kalau tidak kafir, munafik, atau pengkhianat atau syaitan dan macam macam lagi.

PAS menghukum orang yang keluar PAS pergi ke Amanah terpesong aqidah. Sekalipun ia hanya dituju kepada Amanah sahaja, tetapi PAS tidak sedar bahawa perangai sebegini tetap melukakan orang UMNO. Kerana PAS dulu mengkafirkan UMNO. Ini memberi maksud PAS hanya ingin meraih keuntungan politik sahaja dari orang UMNO. Perangai penghukum tetap sama.

Sudah jelas, keintiman antara PAS dan UMNO hanya diterima di peringkat atasan. Peringkat bawahan, ahli UMNO dan ahli PAS, masih jauh untuk bersatu.

Saya sudah katakan sebelum ini, strategi tanjak dan keris panjang bukan perkara kecik. Ia sebenarnya adalah kesilapan yang paling besar yang memakan diri PAS.

Kononnya PAS ingin menarik orang yang menyokong UMNO supaya menyokong PAS. Tidak. Mesej tersembunyi yang dibaca oleh rakyat adalah PAS seolah olah mengakui dan mengiktiraf UMNO betul. Dari sini kesan berlaku sebaliknya dari apa yang PAS jangka, hendak tarik orang UMNO kepada PAS tetapi yang berlaku adalah orang yang sokong PAS pergi kepada UMNO. (nota:sokong, bukan ahli)

Keputusan dua PRK yang baru berlalu, memang menjadi gambaran sebenar pola pengundian yang bakal berlaku pada PRU14 nanti. PAS hanya mampu mengekal penyokong tegar dari kaum melayu untuk mengundi PAS. Di kawasan campuran PAS gagal sepenuhnya.

Jadi rumusan ramalan awal PRU14 telah dapat dijangka dengan jelas. Di kawasan campuran Pakatan Harapan akan mendominasi dengan kukuh. Kawasan melayu pula pengundi akan berpecah tiga, PAS ,UMNO dan sedikit kepada Amanah.

Pendapat saya sungguhpun pengundi Amanah sangat lemah di kawasan melayu tetapi ia mungkin berubah pada PRU14. Ini kerana keputusan dua PRK ini telah menggambarkan PAS telah lemah.

Iskandar samadpun dah mula kecut telur. Kerana itu dia berkata PAS perlu kawan untuk menang. Jika perasaan Iskandar Samad ini juga dirasai oleh pemimpin PAS yang lain, tidak mustahil akan lebih ramai lagi pemimpin PAS berhijrah kepada Amanah. Tidak mustahil pada PRU nanti penyokong PAS akan benar benar beralih kepada Amanah(jika sentimen benci UMNO masih menebal di hati penyokong PAS) 

Tidak payahlah bentang berbagai angka dan data yang hebat, kalau tidak ada postmortem tentang 'jiwa'. Fahamilah jiwa penyokong tegar, penyokong luar PAS dan pengundi yang tidak menyokong PAS. Hanya dengan memahami jiwa sahaja baru dapat menarik hati untuk menerima dan memahami seterusnya memenangi hati pengundi.

Ramai yang sedar keputusan dua PRK yang baru berlalu ini, hanya dirasa sedih oleh ahli bawahan PAS, tetapi tidak pimpinannya. Pimpinan PAS tetap gembira dengan kekalahan ini, kerana kononnya 'DAP' tidak menang.

Saya memantau facebook pimpinan PAS. Memantau tranungkite dot net dan harakahdaily. Sejak dari penamaan calon sehingga ke hari mengundi. Hampir tidak ada status menyerang UMNO. Saban hari yang diserang hanyalah DAP dan Amanah. Dosa dosa besar UMNO seolah olah telah diampun sama sekali. UMNO bukan lagi satu parti yang mengekalkan perlembagan penjajah. UMNO bukan lagi 'menyeleweng aqidah'. Aqidah UMNO telah pulih sepenuhnya.

Kalau ada sekali duapun, hanya tuan ibrahim tuan man sahaja yang masih menyerang UMNO. Itupun serang dengan pistol air, 

Facebook mokhtar senik contohnya, saban hari hanya menyerang DAP dan Amanah. Semua orang tahu dalam facebook boleh 'komen'. Bila moktar senik tulis status menyerang Amanah, kemudian pembaca facebooknya menyerang balas dengan hujah, mokhtar senik hanya diam tidak menjawab. Hanya membiarkan komen penentangnya begitu saja. Semua pengunjung facebooknya boleh membaca status dan komen. Dia adalah ularmak, kenapa tidak dijawab dengan hujah? Bila setiap komen menyerang statusnya tidak dijawab, ini memberi gambaran yang ditulisnya hanyalah dendam atau mengikut rasa, bukan mengikut lunas lunas hukum agama. Kerana kalau agama, ada hujahnya. 

Tuan tuan pembaca sendiri boleh mengikut saranan saya selepas ini, cuba pantau facebook pimpinan PAS, baca tranungkite, baca harakahdaily. Anda boleh nilai sendiri dari segi bahasa mereka, pemikiran mereka dan ke mana arah tuju mereka.

Rumusan saya jika ini semua berterusan, PAS bukan sahaja tidak dapat menarik orang luar unutk  menyokong PAS, orang PAS sendiripun sediikit demi sedikit akan meninggalkan PAS. Jika ini benar berlaku, maka PAS akan terkubur satu masa nanti.

Jadi benarlah kata kata penyokong tegar PAS tadi, BAIK BUBAR PAS - ehsan detikdily
" 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA