Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 1, 2016

KECOH UMN0 1 - TENGKU NAN LEBIH SUDU DARI KUAH


Saya ( penulis -  gambar ) ingin bertanya kepada Setiausaha Agong UMNO T Adnan, apa yang telah dirosakkan oleh Muhyiddin terhadap UMNO sehinggakan beliau menggertak untuk membuang Muhyiddin dari menjadi ahli parti?
T Adnan telah memberi amaran terhadap Muhyiddin yang Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu boleh dipecat keahliannya jika beliau terus merosakkan UMNO. Saya hendak bertanya kepada Adnan apa yang telah Muhyiddin lakukan sehinggakan UMNO boleh rosak kerananya?
Bagi ramai orang Najib lah yang telah merosakkan UMNO sehinggakan UMNO sudah hilang rupa bentuknya.
Najib telah menjadikan UMNO itu sebagai kelab eksekutif yang di anggotai oleh ‘the rich and the famous’ yang tidak mengendahkan parti dan disebaliknya menjadi Maharaja yang tidak boleh ditegur dan diberikan pandangan yang berbeza.
Najib telah menghancurkan UMNO sehinggakan yang kuat menyalak mempertahankan UMNO itu hanyalah dari kalangan individu yang berkepentingan peribadi.
Diantaranya ada yang mahu mengambil kesempatan untuk menjadi Perdana Menteri secara ‘express’ dan ada yang mahu menjadi kaya raya sebagai balasan kerana menyokong Najib.
Seluruh anggota UMNO diminta menyokong individu bernama Najib dan bukannya menyokong dan membina kembali UMNO yang sudah punah ranah oleh kerana permainan kotor politik pemimpin yang berjiwa fakir seperti Najib dan konconya.
Sangat menghairankan tindakan Muhyiddin yang tidak selesa dengan tindakan rakus Presiden partinya itu sememangnya timbul secara natural jika beliau sudah tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh Presiden parti dan setelah menerima ‘briefings’ dari pihak yang berwajib seperti Bank Negara, AG Gani dan SPRM.
tengku adnan-biodata
Kenapa pula yang ingin melihat perkara buruk itu dihentikan menjadi mangsa pemimpin dan parti buas dan mahu memecat keahliannya pula. Siapa sebenarnya T Adnan ini?
Dia masih seorang ‘novis’ politik tetapi oleh kerana pandai memainkan peranan dan mengampu dan sebagainya beliau diberikan jawatan yang beliau jadikan sebagai modal untuk berniaga.
Tetapi jika hendak pecat keahliannya bolehlah dilakukan tetapi ia pasti memberikan imbasan yang UMNO dan pimpinan peringkat tertinggi itu semuanya tidak mempunyai jiwa, manusia yang terdidik. Ia hanya menunjukkan yang mereka merupakan dari gulungan ‘poorly bred’ yang sekarang menguasai kuasa yang disalahgunakan.
Elok pemimpin palsu seperti T. Adnan ini belajar untuk berfikir sejenak untuk kebaikan diri nya sendiri. Kata ulamak yang muktabar dan agama kita, ‘berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam’.
Beliau patut berfikir samada beliau mempunyai moral jika terus terusan menjadi ‘tentera upahan’ kepada pemimpin yang zalim dan tidak memahami yang diri nya sudah dibenci rakyat seluruhnya.
T Adnan ini seperti ‘anak muda julung berkeris’. Anak muda yang julung berkeris selalunya batang pisang pun hendak disanggahnya. Jangan berpencak dengan orang yang sudah tidak mempunyai senjata.
Jika sesiapa yang mempunyai sifat malu ia tidak akan bercakap yang ‘decorum’ seperti T Adnan ini. Kenapa sanggup menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin yang sah tidak jujur dan tidak boleh dipercayai ramai? Jika tidak merasa malu kepada orang lain, cuba-cuba lah berusaha untuk merasa malu terhadap diri sendiri.
Itu sahaja pandangan saya terhadap saudara saya T Adnan ini. Kenapa hendak bersama dengan Presiden parti saudara yang dicemuh oleh rakyat dimana-mana kita pergi. T Adnan tidak ubah seperti ‘orang ambil upah untuk menebas belukar’ lagak nya. Tentunya upahnya mahal. Maklumlah, tuan tanah nya Najib yang kaya raya itu. – 
Sumber Aspan Alias ( gambar atas )

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA