Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 1, 2016

1MDB - AG PENYELAMAT NAJIB.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyemak semula peranan dan kuasa Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Khas susulan keengganan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertemu dengan ahli jawatankuasa panel terbabit.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata tindakan Peguam Negara berkenaan menunjukkan seolah-olah kedua-dua panel yang dibentuk mengikut Akta SPRM 2009 tidak diiktiraf.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Tindakan Peguam Negara membatalkan pertemuan itu menunjukkan macam panel pemantau SPRM ini tidak diiktiraf Peguam Negara. Tidak salah terima lawatan mereka kerana mereka juga mewakili rakyat.
“Peguam Negara kena telus dan tiada apa hendak disembunyikan. Tak sepatutnya berlaku kerana AG (Peguam Negara) juga akhirnya yang akan buat keputusan. SPRM pula kena melihat semula peranan dan kuasa jawatankuasa panel berhubung kes yang disemak mengikut Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

erdahulu, Apandi sepatutnya dijadualkan bertemu dengan ahli jawatankuasa anel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Khas untuk ‘berbincang’ berhubung penutupan kertas siasatan SRC International (SRC) dan dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Apandi kemudiannya dilaporkan membatalkan pertemuan di Pejabat Peguam Negara pada jam 3 petang hari ini, pada saat akhir tanpa sebarang alasan.
PPO adalah jawatankuasa pemantau diamanahkan untuk menerima dan meneliti laporan SPRM mengenai keputusan siasatan dibuat Peguam Negara dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan ke atas kes di mana tiada pendakwaan dikemukakan.
Pengerusi panel berkenaan ialah bekas Setiausaha Kerajaan Sarawak, Tan Sri Dr Hamid Bugo.
Sementara itu, lima ahli Panel Khas terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah; bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamandi Abdul Ghani; bekas Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dan peguam, Datuk Zuraidah Atan.
Kedua-dua panel ini bermesyuarat pada 28 Jan lalu, dua hari selepas Apandi mengarahkan SPRM menutup tiga kertas siasatan kerana terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk melakukan pendakwaan terhadap Najib. – Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA