Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, December 12, 2015

SALAM UMNO PADA PAS .... ADA YANG BENCI

UMNO menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu 'disepak dan diterajang keluar' oleh rakan-rakan pembangkangnya.


Apa kata rakan lain dalam PAS? ........

Wah nampaknya seorang Naib Presiden Pas tidak mempedulikan arahan parti agama itu agar jangan membuat apa-apa kenyataan berhubung pelawaan Najib Razak untuk berbaik dengan Pas. Naib Presiden berkenaan bukan sahaja engkar arahan berkenaan, tetapi memberi gambaran parti nasionalis itu tidak perlu mengajak Pas untuk berkerjasama walaupun atas maslahat bangsa dan agama.

Kelmarin dikeluarkan kenyataan daripada Pas yang mengarahkan supaya semua pemimpinnya tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung huluran salam ukhwah yang dibuat Najib semasa membentang ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali orang yang dilihat paling berkuasa dan "politis" dalam Pas pun tidak berani untuk membuat ulasan sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan presiden melayannya. "Kita serah kepada presiden sahaja mengulasnya," demikian Mustapa dipetik.

Kenyataan rasmi dari Pas itu menyebut biarlah Presiden, Abdul Hadi Awang seorang yang membuat apa-apa kenyataan dan komen terhadap pelawaan itu. Larangan itu sudah tentu bagi mengelakkan timbul kecelaruan dalam memberi reaksi kepada undangan Presiden Umno itu.

Abdul Hadi telah pun mengeluarkan kenyataan memberi respon bernada positif atas pelawaan Najib itu dengan mengatakan parti itu sambut baik terhadap pelawaan demi untuk maslahat Islam dan perpaduan Melayu. Malahan Abdul Hadi berkata inilah masanya kalau Umno ingin kembali kepada Islam.

Abdul Hadi bagaimana pun dalam melayan pelawaan Najib itu memperakui yang parti itu masih mengadakan tahaluf syiasi dengan PKR. Dengan memberi syarat Umno harus kembali kepada Islam barulah Pas akan sedia untuk bekerjasama dengan Umno. Syarat itu bagi pemerhati dilihat sebagai perkara teknikal sahaja yang bukan qatie.

Berbalik kepada sika salah Naib Presiden berkenaan tadi, dia memprsoalkan kenapa Umno baru mengajak Pas untuk bersama setelah parti itu dalam keadaan lemah, Lantaran itu beliau menyifatkan pelawaan itu menunjukkan Umno sudah terdesak. Persoalan itu menunjukkan beliau tidak bersetu kalau Pas bergabung dengan Umno.

Kenyataan Naib Presiden itu bukan sahaja menjelaskan pendiriannya yang nyata tidak suka kepada Umno, tetapi ia juga seakan bercanggah dengan hasrat parti agama itu yang tidak membenarkan mana-mana pemimpin membuat kenyataan berhubung dimensi dan angin baru ditunjukkan Najib itu, untuk berkerjasama dengan Pas. Sudah tentu kenyataan naib presiden itu menjadi bahan polemik dalam Pas berkenaan pelawaan Najib itu.

Ternyata pelawaan Najib itu mendapat perhatian dan minat besar dari kalangan perwakilan Umno. Tidak ada seorang pun pembahas mempertikaikan pelawaan itu atau cuba mengungkitkan kisah lama Pas yang dianggap sebagai parti pemecahan perpaduan ummah seperti sebelum ini. Seorang pemimpin Umno menguar-uarkan yang Najib dan Hadi akan berjumpa dalam satu majlis minggu depan.

Persoalannya, apakah sikap Naib Presiden Pas yang jelas menolak undangan Najib itu menggambarkan berlaku pertelingkahan pendapat dalam Pas berhubung rancangan untuk bekerjasama dengan Umno? Sebelum ini Naib Presiden itu juga kurang senang dengan gelagat Ibrahim Ali yang memeluk Abdul Hadi dalam satu kunjungan presiden Perkasa(M), itu ke pejabat Pas beberapa bulan lepas.

Naib Presiden itu memberi reaksi "geligeleman" kepada aksi berkenaan dan menegaskan yang Pas khasnya di Selangor tidak akan kerjasama dengan Perkasa(M). [wm.kl. 11:26 am 12/12/15]

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA