Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, December 12, 2015

PKR - JANGAN MAIN SELAMAT.....

SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN PKR . 
Dato’ Seri Wan Azizah Ismail  Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Ahli Parlimen Permatang Pauh  10 haribulan Disember tahun 2015 



Yang Berhormat Dato’ Seri Wan Azizah, 


 Tidak mungkin Kak Wan lupa bahawa orang yang paling bertanggungjawab menzalimi DS Anwar Ibrahim ialah Najib Razak.... Kalau Kak Wan tak mahu fikir tentang isu-isu lain seperti GST, 2.6b, TPPA, kenaikan harga barang, nilai ringgit begitu rendah; tak apa dah.... Cukup dah... Cukup dengan memikirkan penganiayaan Najib terhadap Anwar sahaja, sudah lebih dari cukup alasan bagi Kak Wan untuk menentang Najib habis-habisan.  


Janganlah kata ini semua mahkamah yang jatuhkan hukum kononnya tidak ada kena-mengena dengan politik, itu semua bohong.... Kalau betul begitu, rakyat tidak lupa mahu bertanya kenapa Pak Lah boleh bebaskan Anwar dari penjara tahun 2004 dulu? Kesalahan Mahathir dulu telah ditebus oleh Pak Lah, sekarang siapa yang menebus kesalahan Najib…? Tidak ada..! Bukannya Najib tak boleh buat, boleh..! Tetapi memang dia tidak mahu buat.. Mereka tidak mahu bebaskan Anwar…. Najib tidak ada perasaan… Kalau ditakdirkan Anwar mati di dalam penjara, Najib macam tu juga…. Dia tidak akan rasa bersalah, tidak menyesal, macam tak ada apa-apa pun. 





KEMESRAAN HADI DAN NAJIB DAH LAMA MESRA.

Kak Wan,  

Agaknya bagaimana perasaan Kak Wan selepas melihat Ustaz Hadi yang tidak pernah jujur dengan Anwar Ibrahim, yang menghina Anwar depan-depan, yang memfitnah Anwar, yang percaya Anwar ada masalah moral yang serius, yang menyebarkan fitnah kononnya Anwar agen Yahudi; apa perasaan Kak Wan bila melihat persengkokolan antara Ustaz Hadi dan Najib Razak yang menyebabkan hubungan sulit antara PAS dan UMNO… apa perasaan Kak Wan agaknya.  


Atau perlu saya ulang sekali lagi, Najib penjarakan Anwar untuk menyelamatkan kedudukannya dalam politik, Ustaz Hadi langsung tidak menunjukkan apa-apa simpati atau kritik kezaliman itu, tidak ada…! Bahkan Ustaz Hadi seakan-akan menyokong keputusan itu bila semua pengikutnya seolah-olah beriman kepada keputusan hakim… Ramai pengikut Ustaz Hadi percaya Anwar liwat Saiful..! Bagaimana fikiran Kak Wan bila melihat semuanya itu…? Ustaz Hadi bersekongkol dengan Najib… Titik. 


 Itu jelas. Berlaku depan mata rakyat. Dalam keadaan di mana orang UMNO sendiri pun tekan Najib, Ustaz Hadi tetap istiqamah menyokong Najib… Dia pertahankan Najib dalam isu 2.6b, dengan mengatakan kalau nak tuduh Najib kena bawa dua saksi…. Dalam isu GST, dia diam membisu…. Apa saja isu, Ustaz Hadi tidak akan membangkang Najib, bahkan sentiasa menyokong dan memuji Najib… kemudian Najib puji Ustaz Hadi pula….. Kalaulah ditakdirkan Anwar mati dalam penjara, Kak Wan ingat Ustaz Hadi sedih atau tidak…? Saya berani kata, dia tak sedih langsung..! 


 Kak Wan, 


 Ustaz Hadi ialah PAS, PAS ialah Ustaz Hadi… Dia ada kuasa veto dalam PAS… Keputusan mesyuarat dia letak bawah tapak kaki saja….. Ustaz Hadi yang berpeluk dengan Najib dengan pelukan yang jujur dan ikhlas itu, dia ialah PAS…. Jadi atas dasar apa PKR masih mahu percaya kepada PAS…??? Atas pertimbangan alasan apa yang PKR mahu bekerjasama dengan PAS…? Apa yang Kak Wan fikirkan, sebenarnya..? 


 Jangan terpedaya dengan cakap-cakap kononnya undi sebahagian besar orang melayu masih bersama PAS, itu semua propaganda Merdeka Centre, Kak Wan. Rakyat bawahan mahu parti yang berprinsip… Di mata rakyat kebanyakan, mereka melihat PKR dan Kak Wan sendiri tidak ada prinsip…! Samada suka atau tidak suka, samada mahu atau tidak mahu, tidak boleh tidak, kalau PKR terus mahu bekerjasama dengan PAS dalam keadaan PAS mahu berkejasama dengan UMNO, PKR diwajibkan keluar dari Pakatan Harapan…! Mesti…! Akal yang waras tidak mampu membayangkan kerjasama yang serba sumbang ini berterusan hingga PRU-14…! Tidak mampu..! Tak Boleh fikir..! Bagaimana PKR yang nak lawan UMNO, mahu bekerjsama dengan PAS yang bersekongkol dengan UMNO…? Budiman jenis apakah ini wahai Dato’ Seri Wan Azizah…? 


 Kak Wan membatalkan kehadiran ke beberapa program anjuran Amanah atau Pakatan Harapan…. Kenapa…? Rakyat yang tak ada SPM pun boleh agak kerana Kak Wan nak jaga hati PAS…! Ironinya, kenapa Kak Wan tidak fikir nak jaga hati Amanah dan DAP…? Permainan apakah ini, Kak Wan…!?  


Rakyat nampak semua ini, Kak Wan… Rakyat nampak. Jangan sangka rakyat tak nampak… Selagi PKR masih meneruskan sandiwara dan hubungan sumbang dengan PAS hingga PRU-14, itu alamat bahawa Najib akan terus memerintah sampai kiamat dan Anwar mati keras dalam penjara lah jawabnya.


  Kenapa, Kak Wan…? Itu yang menyebabkan ramai orang hairan dan tertanya-tanya…. Atas alasan apa Kak Wan mahu PKR kerjasama dengan PAS…? Adakah kerana Kak Wan mahu menang pilihanraya? Kalau menang pun, sekiranya ada PAS di dalamnya, untuk apakah kemenangan itu…? Apa makna kemenangan kalau berkelahi sama sendiri kemudian berpecah…? Rakyat sudah muak dengan telatah dan kerenah pemimpin politik… Jangan sampai rakyat menyampah. 



Sekian terimakasih. Abe Awang Malaya ~ sumber


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA