Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 13, 2015

PAS DAN RAGAM PERJUANGANNYA.....

Sebagai ahli PAS kini ramai kalangan ahli sudah merasakan ada yang tak kena dengan perjuangan ini. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai bagai peringkat. Semoga saya bakal masuk syurga kerana 'dipilih Allah' untuk tidak menjadi pengkhianat dan munafik. Takkan pilihan Allah ini ke neraka kan? Opss saya bergurau pagi Jumaat. 

Ya, saya ahli PAS dan saya faham sangat objektif PAS, matlamat Pakatan Rakyat (PR) dan apakah hujah yang diguna pakai PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat. Yelah, orang lama. Senang faham. Juga kerana saya sudah biasa mendengar hujah pemimpin di semua peringkat tentang itu.

Persoalan saya kepada para ulamak dalam PAS, dengan mengharapkan respons balas segera, seperti nukilan dalam silibus usrah parti - bahawa setiap permasalahan parti, isu semasa dan nasional mesti ditangani segera - adalah seperti berikut:

1. Apa keputusan akhir tentang keabsahan tahaluf siasi dalam PR? Beberapa tahun lalu, beria benar ulama kita menghujani persoalan berbaur hasutan tahrim terhadap tahaluf itu. Sekarang semua senyap. Apa natijah ilmiahnya?

2. Atas dasar apakah tahaluf dengan PKR dikekalkan? Islamnya kah? Atau keadilannya? Atau kuasanya? Atau jawatan serta peluang mengajar di seluruh negeri kaya raya ini? Kalau dulu, beriya benar membantah kelompok tertentu di dalam parti yang digelar 'mengetum' bersama saudara Ibnu Ibrahim. Apa sayang itu kembali setelah Ibnu Ibrahim di penjara?

3. Persoalan kedua di atas, saya kemukakan kerana setahu saya PKR secara rasmi menolak pembentangan Hudud (KJS2) pindaan 2015 oleh kerajaan Kelantan. Ingat lagi hujah Wan Azizah yang dipangkah kemas oleh hulubalang ulama PAS?

4. Jika boleh berbaik dengan PKR, marilah kita sama-sama berbaik dengan Umno. Logiknya begitu. Setelah presiden PAS menghulur lengan kepada Umno, disambut pula presiden Umno atas dasar silaturahim lalu merangkul lengan itu, jangan pula PAS menyiku kasar. Dengan PKR yang menolak hudud masih berselimut bersama, apalah kiranya untuk mendekati Umno. Tentu dapat kuasa lebih besar berbanding hanya exco di Selangor. Ehhh kuasa itu untuk Islam jua. Bolehlah ulama PAS nanti bersama-sama dengan Jakim untuk menyebarkan Islam.

5. Oleh itu, saya rasa presiden PAS jangan cepat menolak sambutan presiden Umno itu dengan alasan asas Islam didahulukan, sedangkan belum berjumpa, belum bermuzakarah dan belum bersemeja bulat. Jumpalah dulu. Jangan segan.

6. Jika PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama politiknya, maka mendekati Umno adalah satu pilihan terbaik, justeru berijtihadlah para ulama PAS. Pintu ijtihad tidak pernah ditutup. Logiknya, berbaik dengan Umno lebih menguntungkan berbanding dengan PKR. Ruang pelaksanaan Islam makin melebar. Tidak percaya?

7. Jika muncul rasa ragu terhadap Umno, jika meluat terhadap sambutan silaturahim Najib, maka rasa-rasa itu sepatutnya diambil kira sejak awal lagi, sebelum perang saudara meletus dalam PR. Ingatkan dulu kita berperang?

8. Saya mengharapkan ulama PAS bimbinglah parti ini ke jalan benar. Jalan insaf. Sudahlah berputus jambatan dengan DAP, bertarik tali dengan PKR, maka jalan benar itu duduk semeja dengan Umno.

9. Atau akhirnya nanti, anak muda menggelar PAS parti politik acah-acah. Semuanya kerana sekelompok anak muda agamawan ingin menguasai parti maka pemimpin mesra PR disingkir. PR diretakkan. PKR dihenyak kemudian dijadikan pasangan intim di Selangor. Bermain acah-acah dengan Umno kerana mengharapkan pelaksanaan Hudud di Kelantan. Apabila bayang Akta 355 hilang dari Parlimen, maka mulalah rasa mual dengan Umno kembali?

Saya masih keliru. Saya rasa loya. Mahu menekan loceng untuk turun, tetapi di luar sana masih gelap gelita. Tidak pasti di hutan mana, di gunung apa, bas ini sedang berada.

Terima kasih kepada yang sudi menjawabnya. Jawablah di dalam usrah dan whatsapp kalian. Fi amanillah. – 11 Disember, 2015.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA