Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, December 28, 2015

RINGGIT MEROSOT, HARGA MINYAK JATUH..... RAKYAT.....


Sinar 2016 sudah pasti di tunggu oleh rakyat malahan rakyat mengharapkan satu kelainan akan berlaku, khususnya kelainan dari sudut " memewahkan " penghidupan tapi nampaknya dengan merosotkan nilai ringgit dan turunnya harga minyak sudah memberikan satu isyarat yang tidak ada kemewahan sebaliknya rakyat akan mengikut perut dengan lebih ketak lagi.

Ekonomi merudum 2016, lebih ramai jadi penganggur

Lebih ramai rakyat tempatan di sektor industri bakal menjadi mangsa kegawatan ekonomi akibat penutupan syarikat atau pembuangan pekerja ekoran kejatuhan nilai ringgit serta kejatuhan harga minyak di luar kawalan sepanjang tahun ini.
Bahkan sejak Ogos lalu, seramai 255 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) antara kelompok pekerja industri pemotoran yang telah diberhentikan dalam tempoh 24 jam.
Sektor perbankan juga tidak terkecuali apabila Hong Leong Bank dilihat melaksanakan langkah pengurangan pekerja melalui Skim Pemisahan Bersama (MSS) mulai Oktober lepas sebagai apa didakwa untuk mengukuhkan kecekapan operasi.
Realiti kemuraman ekonomi negara sejak tahun lalu lagi diakui Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang menyebut, “2014 merupakan tahun yang kurang berjaya dari segi pendapatan.”
Justeru, pengumuman CIMB pada Mei lalu untuk melaksanakan MSS dijangka menjejaskan 2,000 pekerja CIMB Group Holdings Bhd di Malaysia dan Indonesia.
Pada masa sama, operasi beberapa kilang di utara tanah air mulai ditutup sepanjang tahun ini dan dimulakan dengan perpindahan kilang Motorola Pulau Pinang ke China yang menyaksikan 150 pekerja termasuk jurutera dan operator hilang sumber pendapatan.
Bagi bekas pekerja sebuah syarikat Jepun yang bertapak di Kuala Lumpur lebih 40 tahun, Kassim Musa, 31, tindakan sesebuah syarikat memberhentikan pekerja bagi meminimumkan kos lazimnya diambil selepas berlaku rombakan di peringkat pengurusan tinggi.
“Management dengan GM baru buat dasar baru. Paling terasa, yang (pekerja) bawah-bawahlah. Yang atas (pengurusan) masih ada lagi. “(Jawatan) yang besar-besar (orang) Jepun, kalau GM ramai Cina tempatan,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline, semalam.
Beliau yang sebelum ini bekerja di bahagian sumber manusia di syarikat tersebut terpaksa mengambil keputusan berhenti pada pertengahan tahun ini selepas elaun tertentu dipotong.
“Saya anggarkan 20 peratus pekerja di syarikat saya bekerja dulu sudah berhenti beralih kerja lain. Majoriti mangsanya sudah tentulah pekerja tempatan.
“Banyak syarikat besar ini bukan dia yang buang pekerja secara direct tetapi mereka buat cara yang pekerja itu sendiri jadi tidak tahan lalu berhenti. Kalau syarikat itu tawarkan pampasan pemberhentian pekerja, mereka lagi rugi.
“Jadi, apa mereka buat? Mereka potong elaun ketika pendapatan kita yang sedia ada sudah rendah. Tiba-tiba dia (syarikat) nak potong lagi. Mana tahan,” ujarnya yang kini menjadi penjual kereta terpakai.
Mengulas tentang realiti jurang besar hutang isi rumah keluarga di negara ini dengan pendapatan lebihan, Kassim berkata kenaikan gaji tahunan tidak berbaloi dengan peningkatan mendadak kos sara hidup.
“Negara kita ini, nampak rakyatnya ada aset, ada harta tetapi semuanya berhutang. Rumah, kereta belum lagi hutang pinjaman peribadi dan hutang PTPTN bagi yang melanjutkan pengajian tinggi. Jadi, bila ekonomi meleset, hilang pekerjaan akibat diberhentikan ini mendatangkan beban besar kepada rakyat,” katanya lagi.
Sementara itu, sumber daripada eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas beribu pejabat di Kuala Lumpur memberitahu Malaysia Dateline, kerjaya dalam bidang berkenaan pada masa ini semakin mencabar dan tidak lagi semewah dahulu.
Hanya mahu dikenali sebagai Rosli, 37, beliau berkata kemuraman industri minyak dan gas berlaku ekoran kejatuhan mendadak harga minyak mentah sedunia.
“Kejatuhan ini akibat tindakan Arab Saudi yang mengepam minyak tanpa kawalan bagi merosakkan bisnes industri minyak Amerika yang tidak boleh bertahan jika harga minyak turun di bawah AS$30 setong.
“Ini kerana kos pengeluaran minyak di Amerika lebih mahal berbanding negara-negara Teluk yang hanyalah berbelas-belas AS$ saja setong,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Sehubungan itu, ujarnya, krisis harga minyak menjejaskan prestasi syarikat-syarikat operator minyak sedunia seterusnya mengakibatkan kesemua bentuk perbelanjaan aset tetap terpaksa dihentikan.
“Syarikat-syarikat kontraktor binaan minyak yang mendapat kontrak daripada syarikat operator ini yang paling teruk terpukul kesan pemberhentian perbelanjaan asset tetap ini. Pembuangan ramai pekerja mereka dilakukan secara besar-besaran. Ini bukan sahaja terjadi di Malaysia malahan serata dunia,” ujarnya.
Mengulas situasi kritikal dalam jangka masa terdekat ini, beliau menyifatkan peluang pekerjaan yang sudah sedia terhad bertambah tipis apabila lambakan pekerja mahir dan berpengalaman di sektor minyak dan gas terpaksa bersaing dengan bakal pekerja baharu yang merupakan lepasan universiti.
Pandangan Rosli itu dilihat selari dengan situasi yang dihadapi syarikat gergasi minyak dan gas seperti Shell Malaysia yang pada September lalu telah mengumumkan pengurangan 1,300 pekerja dalam tempoh dua tahun ini sebagai langkah mengoptimumkan kos.
Hal yang sama tidak terkecuali melanda Petroliam Nasional Bhd (Petronas) apabila pernah diuar-uarkan April lalu cabang penerokaan dan pengeluarannya, Petronas Carigali Sdn Bhd akan menurunkan gaji dan pemberhentian pekerja walaupun dinafikan kemudiannya oleh pengurusan tertinggi syarikat itu.
Dalam hal berkaitan, Proton dan Perodua juga dikatakan sedang bergelut dengan situasi pasaran kereta yang lemah pada masa ini bahkan akan terancam jika Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai apabila korporat asing mampu menelan industri automotif tempatan.

1 comment:

  1. Akibat umno bn kerajaan boros semasa senang tak berigat padan muka kamu rakyat yg pilih umno bn korup kamu tanggunglah

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA