Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, November 20, 2015

PULAU PINANG - PAS MEMBANGKANG BERSAMA UMNO.



PAS hari ini mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang. 
Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS dipecat di negeri itu. 
Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan ( gambar ) berkata langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat. 



Takiyuddin juga berkata tidak dapat dinafikan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyumbang ke arah kemenangan DAP di negeri itu walaupun hanya mempunyai sebuah kerusi dewan negeri. 
Hanya Speaker Dun Dapat Tentukan Kedudukan Saya - Salleh Man



GEORGE TOWN: Wakil rakyat PAS Datuk Mohd Salleh Man berkata kedudukannya sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang perlu ditentukan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang. 

Ini berikutan pengisytiharan PAS sebagai pembangkang oleh Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, katanya yang masih keliru tentang pengumuman itu. 

"PAS pusat tidak menyebut tentang ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) PAS Pulau Pinang sertai pembangkang dan saya akan merujuk kepada kedudukan ADUN PAS di Selangor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini Khamis. 

Mohd Salleh yang juga ADUN kawasan Permatang Pasir berkata kemenangan beliau pada pilihan raya umum lepas adalah atas sokongan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini kerajaan Pakatan Harapan. 

"Atas mana-mana nama kerajaan itu bukan masalah bagi saya, tapi saya sokong kerajaan negeri kerana dulu kemenangan saya atas tiket semangat Pakatan Rakyat," katanya. 

Takiyuddin membuat kenyataan itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini berikutan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menamatkan perkhidmatan 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas. 

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata PAS negeri menerima keputusan PAS pusat bahawa parti itu kini pembangkang di negeri ini. 

"Kami bersetuju dan terima apa saja keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat.Seperti mana kita ketahui PAS memang tidak bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Terdahulu dalam kenyataan akhbarnya Mohd Yusni berkata kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berbohong berhubung isu pemecatan 300 anggota JKKK daripada kalangan anggota PAS di negeri ini kerana ramai daripada mereka yang tidak menerima surat pemecatan daripada kerajaan negeri. 

"Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah pihak kerajaan negeri seakan 'segan silu' menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS," katanya. 

Mohd Yusni turut mempersoalkan mengapa hanya 300 JKKK dimaklumkan sebagai dipecat sedangkan mengikut rekod sebenar menunjukkan 1,083 anggota PAS negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. 

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung pemecatan 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin Parti Amanah Negara tidak relevan lagi kepada Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang. 

Semalam Mohd Rashid dilapor berkata anggota JKKK PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas telah dipecat dan bukannya meletak jawatan seperti yang diumumkan PAS kawasan tersebut. 

PAS Kepala Batas sebaliknya pada Selasa lepas mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan dalam JKKK bagi kawasan itu. 

Sementara itu Mohd Rashid pada sidang akhbar di bangunan DUN hari ini berkata pihaknya menggesa PAS negeri berhenti daripada mempolitikkan isu berkenaan. 

"PAS negeri harus sedar bahawa mereka bukan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan, sekali gus tidak layak menjawat apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri," katanya. 

Mohd Rashid turut menyatakan kerajaan negeri menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada anggota PAS yang dikenal pasti tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya bukan memecat mereka seperti yang dilapor akhbar semalam. 

Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman ketika dihubungi berkata tindakan PAS pusat untuk mengisytiharkan PAS sebagai pembangkang adalah lanjutan daripada krisis parti itu dengan DAP. 

Beliau berkata sekiranya pergaduhan itu tidak berlaku, PAS tidak akan berbuat demikian dan Pakatan akan lebih kukuh berbanding sekarang. 

"Saya berasa tindakan PAS pusat itu tidak memberi sebarang kesan negatif kepada PKR dan Pakatan secara keseluruhan kerana ini hanya melibatkan seorang ADUN," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata Mohd Salleh tidak perlu meletak jawatan untuk menyertai pembangkang kerana PAS tidak lagi dalam Pakatan Harapan. 

"Salleh Man bagaikan duduk dalam dua alam di laut dan di darat kerana parti beliau tidak duduk dalam Pakatan Harapan tetapi dia pegang jawatan yang memerlukan dia laksanakan dasar Pakatan," katanya. 

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, DAP memenangi 19 kerusi DUN, PKR (10 kerusi) dan PAS (satu) untuk menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang. -mstar

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA