Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, November 21, 2015

DEBAT - SEJAUH MANA REALITINYA.

Isu kaitan dengan debat Husam dan Zaharuddin terus mencorakkan ledakan politik tanah air masa kini, apa tidaknya kerana Husam penoh dengan keyakinan apa yang berlaku dalam PAS semua di sebaliknya bagi Zaharuddin tidK sehebat Husam cuma beliau adalah menntu kepada Presiden parti. 

Apakah ada realitinya debat ini, kita tunggu dan lihat saja.



Debat 21hb: Fir'aun Pun Berunding Dengan Musa,  Sehebat dan segagah Fir'aun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Di Raja, Fir'aun merundingi Musa.  

Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan. Pada hal Fir'aun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku.


  Nabi Musa - mengikut Al Qur'an - yang mencadangkan: 


 - Masa : Dhuha/di waktu pagi sinarnya belum tersangat terik (Surah Ta Ha : ayat 59) 


 - Tempat : Juga dicadangkan oleh Musa, iaitu di ibu kota (namun saya tidak sempat merujuk ayat berkenaan) 


 - Tarikh : Yaumu Ziinah/hari perayaan nasional ( Ayat yang sama)  


Bahkan format pertarungan itu pun berlaku perbincangan. Ayat 65 dan 66 Surah Ta Ha menyebut jurucakap Ahli Sihir Fir'aun bertanyakan Musa siapa patut memulakan lemparan. Musa mencadangkan ia dimulakan oleh pihak Ahli Sihir. 


 Itu aturan dari dunia peradaban silam. Ia kekal hingga kini sebagai amalan bersopan yang diikuti di mana-mana.  


Al Qur'an membawa kisah ini untuk membentuk peradaban ummat ini juga. Namun, rupanya ada juga insan yang ingin mempamirkan keberaniannya yang luar biasa dengan menetapkan sendiri tarikh, tempat, masa dan segalanya berkait apa yang dikatakan debat saya dan beliau. 


  Hingga kini saya tidak pernah dihubungi walau pun sepatah dalam apa jua bentuk. 


 Saya tentunya tidak lebih baik dari Nabi Musa a.s dan dia tentunya tidak lebih buruk dari Fir'aun. 


 Mengapa untuk isu 'debat' yang tidak sehebat mana pun, perlukan eksploitasi serendah itu?  


Dunia sudah menjadi begitu sempit untuk satu pengaturan yang bersopan?


  Secara bersendiri, hero kita ini menetapkan tarikh besok untuk saya bertemunya di KUISZM. 


 Saya tidak ada masalah menemui beliau di mana jua. Tetapi biarlah resam diikuti ramai digunakan.  


Janganlah kerana beliau begitu hebat, insan kerdil yang lain kena mengikut semua telunjuknya, hatta tarikh debat pun hanya beliau yang mesti tentukan seorang diri. 


 Jika watak seperti ini menjadi sebahagian kerajaan negara ini atas apa jua platform, apa akan berlaku? Jika orang yang lebih hebat dari beliau iaitu Dato' Mustapa pun InsyaAllah saya sanggup berdepan, tidaklah satu keberatan untuk saya menemui beliau.


  Biarlah ia diatur secara persetujuan bersama. Bila-bila pun saya bersedia, jika tidak bertindih dengan temu janji yang telah diatur lebih awal. 


Husam Musa 

20 November 2015 
8 Safar 1437H

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA