Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, November 19, 2015

ZAKAT - BERDOSAKAH BAYAR TAK MELALUI KERAJAAN?

Pendedahan NOW dalam petngurusan YaPEIM, telah membuka semua masyarakat, khususnya orang Melayu, juga kepada mereka dari kalangan penyumbang kepada " tabungan " ini. Azmal ( gambar ) telah mendedahkan bagaimana hamir 1/2 juta wang YaPEIM di gunakan untuk program YB Jamil Khir, selepas itu terbit berbagai-bagai isu bagaimana wng tersebut di gunakan.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali ( gambar ) menegur tindakan pihak yang tidak membayar zakat melalui pusat zakat yang disediakan kerajaan.

Che Mat berkata, walaupun tindakan sesetengah pihak membayar zakat terus kepada institusi tertentu, namun ia dianggap "berdosa" kerana tidak membayar kepada kerajaan memerintah.

Bagi mengukuhkan hujahnya, beliau turut membacakan sepotong ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah.

"Seperti yang Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2006 sebut... kena bayar kepada pemerintah. Tapi ada mereka yang bayar macam ini (tidak kepada pusat zakat) hukumnya sah tetapi berdosa.

"Sebab ini kerajaan. Kalau bayar secara terus, nanti orang yang kita rasa nak bayar, ramai yang bayar di situ sedangkan kalau melalui sistem agihan Baitulmal, kita ada data siapa yang betul-betul orang yang layak atau tidak," katanya.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai sesetengah pihak yang membayar zakat melalui institusi tertentu seperti sekolah tahfiz, selepas majlis penyerahan zakat koperasi 2015 di ibu negara hari ini.

Dalam sidang media itu juga, Che Mat berkata orang ramai perlu membuat pembayaran zakat di pusat yang disediakan bagi memastikan agihan kepada asnaf diberi secara adil.

"Agihan ini kena adil. Kita tak mahu orang buat aduan. Mungkin tak adil untuk dia dapat sumbangan dari orang lain.

"Kita nak mencari pahala dan berkat tapi kalau buat begitu nanti orang lain akan kecewa," katanya lagi.

Sementara itu, PPZ-MAIWP hari ini menerima zakat perniagaan koperasi berjumlah RM1.68 juta daripada 14 buah koperasi yang membuat pembayaran zakat mereka sepanjang tahun haul 2014.

Majlis hari ini diadakan bertujuan memberi galakan serta berharap agar lebih banyak koperasi akan membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun-tahun seterusnya.

6 comments:

  1. yg che Mat tak sebut ialah pemerintah yang macam mana kena taat.......pemerintah yang mempersendakan hukum allah perlu taat ke, pemerintah yang joli sana joli sini kena taat ke, pemerintah yang menyusahkan rakyat perlu taat ke,

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

    Whatsapp(0196135660)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

  5. Bukan nak riak. Tapi syukur berkat usaha pagi petang siang malam bermain Facebook, akhirnya dapat beli kereta Audi idaman ni. Percayalah tiada apa yang mustahil.

    ReplyDelete
  6. Bukan nak riak. Tapi syukur berkat usaha pagi petang siang malam bermain Facebook, akhirnya dapat beli kereta Audi idaman ni. Percayalah tiada apa yang mustahil.

    ReplyDelete

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA