Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, November 23, 2015

PAS : ANTARA ULAMA DAN PROFESIONAL

SEMUA tahu bahawa krisis yang PAS alami beberapa tahun akhir-akhir ini hingga ada yang merajuk membuat parti baharu adalah gara-gara pertembungan dua aliran pendidikan atau golongan iaitu ulama dan profesional.



PAS telah dilembagakan sebagai parti politik dan dakwah dengan konsep kepimpinan ulama. Pertembungan berpunca tentang hak menjadi presiden dan timbalan presiden mesti ulama.


Golongan profesional mengira konsep kepimpinan ulama itu memadai dengan Majlis Syura Ulama. Polemik tercetus selepas Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor meninggal.

Kedua, dikatakan ada kelemahan pimpinan dalam kalangan ulama dan ada antara golongan profesional yang lebih berwibawa.

Tiada ulama yang menonjol selepas Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kemudi sejak 10 tahun lalu banyak dimainkan oleh golonan profesional. Dari luar pula banyak yang melihat profesional politik itu ada pada orang profesional hingga berlaku perebutan pengaruh dalam muktamar yang lalu dan semua tahu keputusannya.

Malah orang luar mengikuti aliran politik Islam teragak-agak menyertai PAS kerana konsep kepimpinan ulamanya. Tidak mustahil Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai juru bicara ummah dulu mengelak menyertai PAS kerana kepimpinan ulamanya mulai tahun 1982 itu. Adapun manusia itu ada kelemahannya. Ulama ada kelemahannya dan orang politik profesional pun ada kelemahannya.

Kadang-kadang pandangan itu dipengaruhi oleh persepsi masingmasing. Keputusan PAS memartabatkan ulama itu adalah benar dan betul.

PAS mesti dipimpin oleh ulama adalah benar. PAS mesti didukung bersama oleh orang profesional adalah benar. Ulama mesti jadi orang profesional adalah benar dan orang profesional patut jadi ulama juga adalah benar.
Langkah kepimpinan ulama memupuk paduan mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama adalah betul. Pencapaiannya mungkin payah dipenuhi oleh ulama yang kutai dan oleh profesional yang kutai.

Ulama yang dewasa payah difikirkan untuk jadi jurutera dan doktor. Orang profesional yang dewasa payah hendak hafal al-Quran dan jadi ulama. Tetapi graduan pengajian Islam yang muda tengteng, boleh mencari kelayakan profesional dan graduan profesional pula boleh mengisi pengetahun yang melayakkannya jadi ulama.
Orang muda ulama dan profesional muda ini semuanya sudah ada dalam PAS. Terkejutnya Umno beberapa tahun dulu ialah ramai profesional muda berada dalam PAS dan ramai lagi yang tertarik pada PAS dibandingkan dengan yang cari makan dalam Umno.

Perlunya ulama memimpin PAS bagi memestikan PAS tidak terlucut dari ulama. Akan ada fitnahnya jika pimpinan utama itu jatuh kepada golongan lain kerana dicurigai ia akan jadi yang peranan ulama tidak lagi ke depan. Tumpulnya sebuah parti Islam bila tiada ulamanya.

Akan tetapi ulama itu juga manusia yang tidak sunyi dari kelemahan. Bukan manusia nama jika ia tidak lemah dan tidak melakukan kesalahan. Jika dirasakan ulama yang ada itu lemah, maka mengatasinya bukan membuang ulama dari pimpinan tetapi pimpinan dari kalangan profesional itu mestilah mengambil langkah untuk menjadi ulama.

Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Salahuddin Ayub dan lain-lain semuanya ada otak dan boleh dijanjikan untuk menjadi pimpinan PAS yang berpotensi. Nilai dan harga pimpinan itu akan terserlah jika mereka ada ilmu yang layak jadi ulama. Ilmu itu tidak datang seperti yang diterima oleh nabi-nabi. Tetapi ia mesti dituntut dan dicara.

Sekadar bercita-cita untuk jadi ulama anda tidak akan jadi ulama. Tetapi dengan mencari ilmu penuh masa anda akan jadi ulama yang muktabar.

Husam Musa pernah mengambil tindakan yang betul. Selepas tamat universiti dia berkhidmat dengan PAS. Dipercaya ilmu terhad dan ketika mudanya dia pergi ke Jordan. Tentulah mencari ilmu. Tetapi tak sampai setahun dia balik jadi orang politik penuh masa.

Jika dia dan Khalid Samad dan lain-lain semasa dalam Pemuda PAS mengambil cuti politik tiga atau lima tahun 20 tahun lalu untuk pergi ke Mesir, Syria, Afrika Selatan dan lain-lain, dan pulang sebagai seorang Islam ulama profesional, maka mereka boleh jadi ulama besar yang setara dengan Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beberapa pemimpin PAS yang agung itu sudah dikira hebat. Jika mereka ada ilmu profesional nescaya mereka hebat dari yang kita saksikan.

Mungkin persediaan sudah ada dalam kalangan pimpinan PAS bagi menjadikan anak-anak mereka ulama profesional. Ustazah Nuridah Salleh, ketua Dewan Muslimat PAS. Dihantarnya anak hafazan al-Quran. Setelah khatam anak itu mengikuti kajian kejuruteraan. Sekarang sudah jadi jurutera.

Saya diberitahu oleh seorang warga emas Umno yang sudah menyerti PAS. Bekas Pesuruhjaya PAS Johor, YB Aminolhuda Hassan semasa menjadi pesuruhjaya setiap malam bulan puasa menjadi imam solat waktu di masjid-masjid di kawasannya. Dibawanya anaknya yang hafaz al-Quran menjadi imam solat tarawih di masjid yang dia mengimami solat Isyaknya. Jika mereka sabar dan istiqamah, mereka telah pun menyediakan anak-anak dengan nilai yang diperlukan oleh pimpinan PAS.

Saya pernah kata pada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, semasa dia kalah pilihan raya dulu. Cuti lima tahun dari PAS. Pergi ke Mesir tiga tahun. Lepas itu sambung ke England seperti yang dilakukan oleh Ustaz Tan Sri Azizan Abdul Razak dulu. Bukan buat PhD di universiti dalam negeri.

Orang PAS buat Phd dalam negeri langgar Akta Universiti dan Kolej, akan dibuang. Selepas balik dari Mesir dan England, dia menyediakan diri bukan saja untuk jadi presiden PAS, bahkan jadi mursyidul am.

Demikian beberapa nama yang saya sebut tadi. Kekurangan ulama itu memang kita ketahui sejak mula usul kepimpinan ulama itu dinobatkan. Kelemahan ulama itu tidak memadai dengan menyebut mereka lemah. Ia tidak mengatasi masalah. Bertindak menggugurkan mereka dari jawatan juga tidak profesional kerana ia mengundang krisis dan perpecahan.

Tetapi dengan otak, kecekapan dan kepintaran politik, ada potensi untuk jadi ahli ilmu Islam.
Setakat mereka sebagai orang profesional, mereka boleh jadi seperti pakar isi bai’ah dan kafarah terlanggar bai’ah, jika mereka ilmu lebih tinggi tentu mereka lebih ke depan.

Al-Marhum Prof Ismail Faruqi dikira sebagai ahli ilmu yang terkenal dalam kalangan Islam zaman kita ini. Dengan ilmunya yang dikira tinggi itu, dia merasa tidak cukup dan ada kekurangan jika tidak pergi ke al-Azhar di Mesir. Dia mendaftar tahun satu di al-Azhar dan jadi pensyarah sambilan di Universiti Kaherah.

Jika Khalid, Husam dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin pergi ke Mesir dan kemudian balik jadi pemimpin PAS sudah tentu mereka boleh mengisi tempat penting dalam PAS sekali gus isu kelemahan ulama tidak lagi berbangkit dan perbezaan antara ulama dan profesional dapat diminima. SUBKY LATIF

2 comments:

  1. Yang menjad persoalannya sekarang bukan ulama yang memimpin itu lemah tapi bongkak itulah sebabnya terjadinya perpecahan,jika seorang ulama itu punyai ilmu sebagai seorang bergelar ulama tak akan berlaku semua kejadian pelik seperti yang kita sedia maklum,jadi usahlah kita persalahkan atas kelemahan manusia

    ReplyDelete
  2. tak apalah sdr subky .. "ulamak" nak ambik pas ambiklah semua jawatan tu
    dah berpuluh artikel sdr saya dah baca dari kecil.dulu memang saya pengkagum saudara.Sekarang terima kasih lah.
    Jom semua kita pi amanah . amanah parti yang pentingkan prestasi
    ulama di profesionalkan ,profesional di ulamakan.inklusif .untuk semua dan insyallah tidak ditipu umno.Jika amanah bertukar perangai macam pas kita harap ada orang buat parti baru lagi.tq subky

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA