Oleh Aspan Alias, Ketika negara sedang melalui zaman muram politik dan ekonomi tentulah usaha wajar dilakukan untuk melalui nya dengan tabah sambil mencari jalan bagi penyelesaiannya.
Untuk mencari penyelesaiannya, semua pihak wajar mencari jalan penyelesaiannya dan mengetahui sebab kenapa kita sampai menjadi begitu buruk dalam politik dan ekonomi sekarang ini.
Selalunya bagi sesebuah negara masalah besar yang kita hadapi itu tentu lah ia bermula lama sebelum kita merasakan kesan buruknya. Ia bermakna kita telah berulang-ulang dan terus melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap negara kita begitu lama sebelum kita sedari yang situasi itu sudah menjadi barah kepada negara dan rakyatnya.
Salah satu dari penyebab kenapa kita menghadapi masalah perpaduan negara adalah dasar-dasar ‘economic and social re-engineering’ negara telah di perkosa dan tidak diperkayakan. Jika dasar yang gubal dahulu ialah untuk menjadikan rakyat di antara kaum berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sekarang ini diantara orang Melayu sendiri telah terdampar di kalangan orang Melayu sendiri sedang menghadapi masalah yang tinggi bertambah tinggi dan yang rendah bertambah rendah. Belum lagi kita ukur kedudukan orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini.
Bumiputra hanyalah diberikan projek-projek ‘class F’ di peringkat daerah dan disitulah tumpuan kerajaan untuk mendapatkan sokongan dari rakyat biasa bawahan. Itu sebabnya kita melihat UMNO Bahagian-Bahagian di banyak daerah dikuasai oleh kontraktor-kontrak kelas F yang tidak mempunyai agenda lain selain dari monopoli kerja-kerja kontrak kelas F kesemuanya. Rasuah di peringkat daerah begitu menular sehinggakan ramai ketua-ketua jabatan di daerah sendiri mempunyai syarikat-syarikat kontraktor mereka sendiri tanpa kawalan.
Oleh yang demikian kita terbukti bahawa dasar yang baik sekali pun tidak akan membawa apa-apa makna jika ia tidak dilaksanakan oleh ‘implementers’ dengan baik. Dasar yang baik wajar dituruti dengan pelaksana yang jujur dan bertanggungjawab. Tetapi masalahnya pelaksana boleh melaksanakan dasar dengan tidak jujur kerana pembuat dasar yang sepatutnya membuat pemantauan itu sendiri terlibat dalam melakukan rasuah dan kerja-kerja tidak bermoral itu.~http://aspanaliasnet.blogspot.my
No comments:
Post a Comment