Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 18, 2015

UMNO - KOMPONAN BN SELESA

Keadaan negera masa kini, dengan isu-isu yang memunkinkan kerajaan bertukar tangan menyebabkan ramai kalangan kepimpinan UMNO mula gelisah, beban hutang, melalui projek IMBD, keborosan corak hidup dan ketidak samarataan dalam agihan kekayaan telah menibulkah syak wasangka kalangan mereka. kepimpinan BN mula tidak percaya memperayaai antara satu sama lain.

MCA MULA BERSUARA




PERSOALANYA: 


1- Adakah parti-parti gabungan BN hari ini adalah gabungan parti yang ‘menumpang’ abang besar Umno? 

2- Adakah Umno menjadi terlalu berkuasa dan mendominasi BN sehinggakan 
mana-mana pemimpin Umno berani mengeluarkan arahan 
kepada parti gabungan yang lain?


Kebanyakan pemimpin BN tidak akan mahu menjawab soalan ini secara langsung, tetapi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman ( gambar ) pastinya merasakan begitu berkuasa, berdasarkan tindakan terbarunya terhadap Gerakan dan MCA.
Dia mempersoalkan sebab kedua-dua parti itu diberikan jawatan 
dalam Kabinet walaupun prestasi tidak memuaskan dalam beberapa pilihanraya umum lepas.

Dalam arahan kerasnya kepada kedua-dua parti, dia berkata, “Saya mahu mengingatkan pemimpin MCA dan Gerakan, ini ialah peluang terakhir yang mereka ada.

“Kita perlu menunjukan realiti sebenar kepada mereka yang mereka tidak boleh “tumpang”. Jangan ambil mudah semua perkara.”

Rakyat Malaysia telah lama mengetahui yang parti orang Cina Gerakan dan MCA berfungsi memberikan undi orang Cina kepada BN, sesuatu yang mereka gagal lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tetapi pemimpin MCA dan Gerakan masih terus dilantik ke dalam Kabinet, kelebihan menjadi sebahagian daripada BN, dasar kemasukan yang sekian lama diamalkan.

Kelebihan inilah sebenarnya salah satu sebab mengapa parti kecil seperti Teras dan UPP di Sarawak cuba sedaya upaya untuk menyertai BN selepas berpisah daripada parti komponen BN yang lebih kukuh.

Nampaknya, kebenaran dalam kenyataan Tajuddin  menyakitkan presiden MCA Liow Tiong Lai, yang membalasnya dengan kata-katanya tersendiri.

“Apa yang kita mahukan untuk BN ialah mengembalikan semangat kerjasama...berbanding sebagai ‘abang besar’ yang mengeluarkan arahan. MCA tidak akan tunduk kepada ini.
“Dia tidak berhak untuk bercakap mewakili BN. Dia perlu berdiam diri daripada terus mensabotaj ahli parti BN yang lain,” Liow dipetik sebagai berkata.



Liow mendakwa yang kenyataan Tajuddin telah “menghina dasar perkongsian kuasa semua kaum dalam BN”.

Jelas sekali Tajuddin telah melanggar batas, dan Liow mempunyai hak untuk membidasnya kembali. BN telah mendakwa sejak bertahun lamanya beroperasi di bawah semangat kerjasama, mewakili semua kaum dan agama di Malaysia, walaupun didominasi oleh Umno, sebuah parti orang Melayu.

Tetapi dengan kehilangan pengundi Cina, pemimpin Melayu seperti Tajuddin merasakan tidak wujud lagi sebab untuk menggantikan orang yang mereka lihat sebagai tidak berfaedah sebagai rakan politik. Tidak guna untuk orang seperti itu dalam Kabinet, kecuali mereka menyumbang undi pengundi.

Pada pandangan mereka, Umno yang kuat memerlukan rakan pakatan yang sama kuat. Bagi mereka, Umno kini menanggung semua beban di pundak sendiri, sedangkan BN terus berpura-pura menjadi penyatu semua kaum.

Tindakan lapuk Najib untuk menarik orang Cina- semua pukulan gendang dan cakap Mandarin- tidak diterima baik oleh akar umbi Umno. Mengapa cuba sedaya upaya untuk menyenangkan mereka yang tidakpun mengundi anda, dan yang lebih buruk, mengabaikan akar umbi parti yang selama ini memberikan sokongan?

Untuk puak setia Umno ini, Umno orang Melayu sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri tanpa parti lain dalam BN. Ia mempunyai kerusi terbesar dalam Parlimen, dan kerana itu berhak bertindak sesuka hati.
Umno sudah sekian lama menjadi ‘raja’ yang tidak disanggah dalam BN, dan kini sudah tidak salah untuk bertindak selayaknya.

Persoalan sebenar terus kekal: Sudahkah mereka ini membuka mata menatap realiti politik semasa atau mereka terus buta dengan keangkuhan dan kesombongan mereka?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA