Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 17, 2015

PERHIMPUNAN MELAYU - SULTAN MURKA





Johor tak terima golongan rasis, tangkap mereka, titah Sultan 


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ( gambar ) menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman.

Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian. 

"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka. 


Ahli parlimen Pontian Johor, Ahmad Maslan dilihat telah menderhakai 
titah Sultan Johor agar tidak mengamalkan sikap perkauman dengan menyertai 
himpunan baju merah semalam. 

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman. 

"Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi,” titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda. 

Malah, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial itu turut menasihatkan individu yang mengamalkan sikap perkauman supaya keluar dari negeri itu serta-merta. 

"Ini kerana, Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India. 

"Ini adalah satu perintah. Jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor," titahnya. 

Jelas baginda, pihaknya bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju. 

"Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas." -TMI 

4 comments:

  1. Sultan negeri aku... Patik bangga menjadi warga Johor dan berSultankan Tuanku!!! Mana sultan2 negeri lain, tak berani nak bersuara atau tak kisah nak lingkup negeri diporak perandakan golongan rasis..TokPeti semua pun takkan dah kena nasi kangkang Rosmah diam bisu...

    ReplyDelete
  2. Agaknya klau Sultan Johor adalah Agung skrg ni, settle Najib Rosmah ni...

    ReplyDelete
  3. Walaupun aku bukan rakyat negeri Johor tapi aku bangga kerana Johor skrg mempunyai seorg sultan yg berani bersuara dan menyanggah secara terang-terangan pemimpin2 negara dan mereka2 yg rasa tidak takut kpd sesiapa kerana menganggap mereka sentiasa dilindungi oleh pihak2 tertentu. Syabas Johor.

    ReplyDelete
  4. Apa masalahnya memperjuangkan kepentingan kaum sendiri?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA