Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 19, 2015

JEREBU - 5 SEBAB UTAMA

Jerebu: 5 tanggapan salah masyarakat

Pihak berkuasa Indonesia juga disaran mencari inisiatif atasi 
pembakaranhutan dariperingkat akar umbinya.Hampir setiap 
tahun sejak beberapatahun lalu, rakyat Malaysiaterpaksa 
berhadapan dengan keadaan jerebu teruk gara-gara aktiviti 
pembakaran hutan di Indonesia.

Namun di kala kekerapan situasi ini berulang, masih ramai yang
tidak faham dan tidakmengetahui fakta sebenar tentang jerebu.

Mari kita lihat lima perkara yang sering disalah tafsir masyarakat
tentang jerebu, seperti yang dilaporkan oleh Jakarta Globe.

1. Beberapa hasil kajian saintifik di Indonesia mengesahkan jerebu
 BUKAN berpuncadaripada pembakaran hutan yang dibuat oleh 
syarikat-syarikat perladangan yang besar.Sebaliknya, aktiviti 
pembakaranhutan oleh petani-petani kecil merupakan penyumbang 
utama kepada masalah jerebu yang teruk.

2. Kajian terbaharu di Kalimantan, yang diterbitkan dalam jurnal 
Environmental Research Letters, melaporkan 62 peratus asap yang 
menghasilkan jerebu diIndonesia, Malaysiadan Singapura juga 
dimulakan oleh petani-petani kecil.

Satu kajian yang dibuat di Riau pada tahun 2014 juga melaporkan
60 peratusdaripadakawasan hutan yang dibakar itu, diusahakan 
dan dihuni oleh petani-petani kecil ini.

3. Mereka yang pernah atau biasa berada di Kalimantan atau Sumatra
semasa musim panas dan kering, tahu bahawa aktiviti pembakaran hutan,
tidak kira untuktujuanpertanian atau berburu, adalah satu kebiasaan 
masyarakat di sana.

4. Undang-undang yang melarang aktiviti ini sememangnya wujud 
di kebanyakan daerah,namun ianya tidak diendahkan.

5. Kerajaan Indonesia disarankan agar menghentikan pemberian lesen
menerokatanahgambut kepada orang perseorangan dan petani kecil, 
terutamanya di Sumatra.

Ini kerana kebakaran yang berlaku di tanah gambut adalah punca 
terbesar jerebu. 
astroawani

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA