Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 3, 2015

RASUAH - MALAYSIA DI MALUKAN


Patutlah Najib Tak Jadi Perasmi Persidangan Anti Rasuah
 Di Putrajaya. Malaysia perlu memberikan jawapan terhadap dana 
berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam 
akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata 
Transparency International dalam persidangan anti rasuah di Putrajaya, 
hari ini.


Presidennya, Jose Ugaz ( gambar ) berkata komitmen Malaysia untuk 
membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan 
diberikan terhadap dana berkenaan.

"Kita mahu melihat lebih banyak perkembangan, tetapi ia tidak mungkin 
berlaku ketika soalan mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam 
akaun perdana menteri belum dijawab," kata Ugaiz.

Beliau berkata demikian pada acara pembukaan rasmi Persidangan Anti
 Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, hari ini.

Perwakilan dari 130 negara yang berada di dalam dewan memberikan 
tepukan gemuruh terhadap kenyataannya itu.

"Tiada pihak yang berada di Malaysia tidak menyedari dakwaan rasuah 
ini sejak beberapa bulan lalu dan bagaimana ianya merosakkan negara.

Patutlah Najib Tak Jadi Perasmi Persidangan Anti Rasuah Di 

Putrajaya

"Ada krisis rasuah di sini," kata Ugaiz. 

Beliau berkata, dalam tempoh beberapa minggu, peguam negara yang
 'kritikal terhadap kerajaan' digantikan, pasukan petugas khas yang 
menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digantung tugas, 
penyiasat ditangkap dan akhbar digantung.

"Ini bukan tindakan kerajaan yang menentang rasuah," katanya. 

"Mungkin kita mendengar janji pembaharuan. Bukan ini yang diperlukan 
ketika ini. Dan janji semata-mata tidak akan mengembalikan kepercayaan
 dan keyakinan," tambahnya. 

Ugaiz merupakan peguam di Peru dengan sejarah membasmi rasuah dan 
berkata, hanya 'seorang individu' mampu memberikan jawapan, iaitu Najib. 
Beliau bagaimanapun berkata, jika individu itu enggan ke hadapan, hanya 
badan penyiasat bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan campur
 tangan politik boleh mencari kebenarannya. 

"Sehingga itu berlaku, tiada dakwaan daripada kerajaan berkenaan anti 
rasuah akan kredibel," katanya. 

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah penganjuran IACC dan Najib akan 
memberikan ucaptamanya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low berkata 
beliau menasihati Najib supaya menarik diri daripada merasmikan IACC 
kerana khuatir keadaan menjadi 'ganas'. 

Persidangan di Putrajaya itu dihadiri lebih 1,000 perwakilan akan tamat 
Jumaat ini.


1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA