Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 5, 2015

ISU BAI'AH - MUSLIM SERBA SALAH

BAI'AH- PAS MENJUAL POLITIK MURAHAN      

OLEH :JAMALUDIN MD.ISA Penulis Bebas jamalmd09@yahoo.com MENGENANGKAN nasib yang menimpa Dr Hatta Ramli, saya bagaikan mahu menitis air mata. PAS kini menjual dan menjaja politilk yang sangat murah nilainya. Tanpa segan dan rasa ngilu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub dan Timbalannya, Datuk Nik Amar kian bertambah galak mencanangkan isu bai'ah dan mendakwa talak Dr Hatta terhadap isterinya sudah jatuh, bukan satu tetapi tiga sekaligus kerana kini beliau tidak lagi bersama PAS. Hatta menerajui parti baharu Parti Pekerja Malaysia. 

Saya fikir PASlah sesatunya parti politik di dunia ini boleh menjatuhkan talak seseorang dengan pendekatan 'bai'ah'. Bagaimana kehidupan ahli-ahli PAS bersama isteri dan anak-anak bahgia tiba-tiba dirandung malang kerana terjatuhnya talak apabila sang bapa bermufarakah/meninggalkan PAS. Inilkah imej parti islam yang didakwa mendapat redo Ilahi. Parti yang menjanjikan syurga dan bidadari kepada setiap ahlinya. 

Bai'ah itu adalah rahsia jijik parti yang sepatutnya kita selaku pemimpin islam dapat merahsiakannya. Biarlah bai'ah itu hanya di ketahui oleh pemberi dan penerimanya. Biarlah AllahSWT yang menentukan jatuh atau tidaknya talak Dr Hatta. Ahmad Yaakub dan Nik Amar tidak layak menghukum dan menjatuhkan talak seseorang. Apatah lagi menjaja sekian lama pagi dan petang. Inilah wajah kotor para pemimpin yang mengaku sebagai pejuang islam. Tidak puas mereka menghina Dr Hatta, para pemuda PAS memijak gambar beliau di Pejabat Agung PAS, memaki hamun,sebagai syaitan munafik, 'hawai fi-o", menghalau keluar parti kerana dituduh sebagai pengkhainat. Dan hari ini nampaknya Ahmad Yaakub dan Nik Amar betapa kuat dan tebalnya dendam kesumat tersumbat di sunubari mereka terhadap Dr Hatta. Ahmad Yaakub dan Nik Amar pada saya tidak rasa puas dendam mereka terhadap Dr Hatta. Inikah watak pemimpin umat islam yang memimpin rakyat Kelantan. 

Maruah UMNO lebih baik dari PAS. UMNO pernah dikatakan tidak islam, malah pernah menuduh sebagai kafir. Nampaknya sekalipun sejahil-jahil UMNO mereka tidak sanggup memperlakukan perkara seburuk itu terhadap ahli-ahli mereka. Ahli-ahli UMNO boleh keluar dan masuk parti tersebut tanpa diikat dengan talak. Talak amat dimurkai Allah. Tidak seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Apatah lagi yang hidup bahgia, beranak pinak, bercucu cicit. Puluhan tahun tidur berdakapan sebantal, lena nyenak berpanjangan diuliti mimpi-mimpi indah. Tetapi segala kenikmatan itu telah dirosakkan oleh mullah-mullah PAS yang meletakan talak apabila meninggalkan parti. 

Baginikah parti islam mengajar umatnya. Bagaimana Dr Hatta dapat terus bersama dengan PAS, bukankah beliau dicerca dan dimakin hamun sepanjang hari. Di halau keluar dari PAS di setiap pagi buta. Inikah model pemimpin umat islam yang ditarbiah dan dilatih oleh PAS. 

Bersabarlah Dr Hatta, percayalah bai'ah itu telah musnah kerana PAS juga melanggari perjanjian bersama dalam PR. Penerima bai'ah juga akan menerima hukuman dari Allah SWT(waalhhualam). Jangan gusar dengan mereka. Dr Hatta teruskan kerja-kerja perjuangan yang bercita-cita bagi menumbangkan penguasa zalim yang telah sekian lama anda korbankan tenaga dan masa anda. Anda juga telah menyumbangkan tenaga dan titik peluh yang besar terhadap PAS. Mengorbankan kerjaya anda ditakkala zaman muda kerana tujuan untuk mengangkat dan memerbatatkan PAS di peta negara. Belum tentu PAS baru sekarang dapat membayar harga/nilai perjuang tuan terhadap parti selama ini. Dr Hatta halalkanlah sumbangan tenaga,masa,pemikiran tuan terhadap PAS selama lebih 30 tahun anda bersama parti islam. Biarkanlah apa yang mereka mahu lebelkan terhadap tuan. Sikap mullah PAS itu tidaklah menghairankan. Seluruh ahli-ahli UMNO sewaktu ketika dahulu mereka tuduh "KAFIR", inikan tuan. Percayalah Dr Hatta setiap tuduhan  itu akhirnya mereka lupa apabila mereka menjilati semula. Contuhnya dulu UMNO kafir, sekarang sudah mahu berketiduran sebantal pula. Bagitulah kerja-kerja mullah mereka. Pendokongnya akan menurut belaka. Kalau tidak dicopkan tidak wala. Doa saya untuk Dr Hatta percayalah tidak semudah itu AllahSWT akan menghukum tuan. Biarkan Ahmad Yaakub dan Nik Amar merasakan mereka sudah cukup besar dan hebat untuk berbuat demikian. Sewaktu mengangkat 'bai'ah' itu niat dalam hati hanya tuan dan Tuhan sahaja yang tahu. Justeru itu jangan sesekali tuan lemahkan semangat, teruskan perjuangan bersama-sama Harapan Baru. Terima kasih Dr Hatta.  
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

9 comments:

  1. Di sebabkan geram pada Pas .aku sudah tidak pandai nak komen ,aku benci dengan sikap peminpin Pas kini .itu aje.

    ReplyDelete
  2. mengapa serba salah..? kalau kamu sudah bersumpah, kamu suka engkar pada sumpah kamu??? kalau bukan-Islam tak mengapalah, tak ada halal-haram....ini semua Islam.....! nak menghalalkan juga yang haram....!!! .... kalau puak umno yang sudah tabur janji dan tak tunaikan janji bukan main lagi kamu melalak bagaikan nak runtuhkan gunung kinabalu .... jenis inilah yang sepatutnya di katakan "bangsat".......kah..kah..kah..!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sorang ahli Pas kot.. yang suka menggelar orang.. ikut presiden ko punya perangai ler tew..

      Delete
  3. Ulangan kerana ehwal semasa.

    MASALAH THALAQ 3 SEKALIGUS
    .
    Menurut fatwa Jumhur Ulama dalam mazhab fiqih yang empat ( Hanafi, Maliki, Syafi'i, dan Hanbali ) bahawa thalaq 3 yang dijatuhkan sekaligus adalah jatuh tiga, bukan satu.
    .
    Yang berfaham hanya jatuh SATU hanyalah Ibnu Taimiyah, muridnya Ibnu Qayyim al Jauziah dan seluruh kaum Syi'ah Imamiyah yang tersesat.
    .
    Demikian dikatakan Syeikh Umar Abdullah, guru kulliyah Huquq dalam universiti Iskandariah dalam bukunya " Ahkamus Syari'atil Islamiyah " pada m.s. 310.
    .
    Mudah-mudahan kita dijauhkan Allah dari fatwa yang sesat, amin, amin.
    .
    Rujukan kitab: 40 Masalah Agama 1, K.H. Sirajuddin Abbas, cetakan Pustaka Tarbiah Baru Jakarta, m.s. 312.
    .
    Pointnya hendak menjelaskan kepada orang awam Ibnu Taimiyah, anak muridnya Ibnu Qayyim dan Syi'ah Imamiah melanggar ijma' ulama yang telah disepakati dalam fiqih hal tersebut. Sekian wasalam.
    .
    Dalam ehwal semasa sekarang mana manhaj asatizah di Malaysia, ikut mazhabul mufti Malaysia Imam Syafi'i atau Wahabi Ibn Taimiyah. Tunggu dan lihat fatwa Wahabi asatizah mereka.
    .

    ReplyDelete
  4. Ulangan kerana ehwal semasa.

  5. Ulangan kerana ehwal semasa.

    1. Ini ada satu komen dr pembaca di mountdweller,

      Sahih Muslim: Book of Divorce

      3491: Ibn 'Abbas (Allah be pleased with him) reported that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allah's Messenger (sallAllahu alayhi wa sallam) and that of Abu Bakr and two years of the caliphate of Umar (Allah be pleased with him) (was treated) as one. But Umar b. Khattab (Allah be pleased with him) said: Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them, and he imposed it upon them. 

      3492: Abu Sahba' said to Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them): Do you know that three (divorces) were treated as one during the lifetime of Allah's Prophet (sallAllahu alayhi wa sallam), and that of Abu Bakr, and during three (years) of the caliphate of Umar (Allah be pleased with him)? Ibn Abbas (Allah be pleased with them) said: Yes. 

      3493: Abu al-Sahba' said to Ibn 'Abbas: Enlighten us with your information whether the three divorces (pronounced at one and the same time) were not treated as one during the lifetime of Allah's Messenger (sallAllahu alayhi wa sallam) and Abu Bakr. He said: It was in fact so, but when during the caliphate of 'Umar (Allah be pleased with him) people began to pronounce divorce frequently, he allowed them to do so (to treat pronouncements of three divorces in a single breath as one). 

      Itupun kalau pemberi komen tahu berbahasa inggeris.

      Delete
  6. ikut faham mudah aje senang.. ada ke tak ada dalam lafaz baiah tu dia bertaklik..? kalau ada jatuhlah taklik dia tu.. pusing-pusing, marah orang @ tuduh parti tak betul, huduh, jijik & sebagainya pun tak guna.. taklik bukan perkara main-main..bukan nak sokong siapa-siapa, sebelum buat sesuatu perkara tu fikir betul2 dulu.. jangan tamak.. dek kerana tak mahu ketinggalan bertanding pada PRU14, Dr Hatta tersilap langkah kali ini.. rasanya.. wallahualam..

    Green Kusanagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi Presiden PAS sendiri tidak mengulas apa-apa mengenai apa hukumnya mereka yang mengkhianati amanah rakyat yang telah mengundi PAS di atas dasar Pakatan Rakyat dan apa hukumnya orang yang kerap ponteng parlimen dan tidak menjalankan amanahnya sebagai seorang wakil rakyat dengan baik. (Setiap wakil rakyat perlu mengangkat sumpah dengan memulai WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" dihadapan speaker untuk menjalankan tugas dan tanggungjwabnya dan menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai wakil rakyat dengan jujur dan sedaya upayanya). Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu dilaknat Allah dan Rasulnya?
      Green dah jadi ORANGE

      Delete

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA