Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 3, 2015

BERSIH - BURUK DAN BAIKNYA.....


Apa yang berlaku dan keinginan di BERSIH 4.0 telah di intai dan diteliti oleh beberapa kelompok manusia dan menulis apa yang diperhatikan oleh mereka, catatan ringkas dan gambar-gambar tertera adalah sedikit dapatan dari BERSIH 4.0 tersebut. 
Assalamualaikum warahmatullah saudara se-Islamku,

Alhamdulillah pagi Subuh 30 Ogos, 2015 ini, kami aktivis Bersih masih lagi berada di Jalan Tunku Abd Rahman/Tun Perak di lapangan Bersih 4.

Kami ingin beri pandangan tentang komen beberapa ulama yang memberi komen tidak seimbang tentang Bersih 4, malahan boleh mengelirukan ummah.

Ada ulama yang tidak turun padang dan tidak mengkaji masalah ummah secara mendalam dan merujuk kepada pakar bidang lain seperti kajian politik dan sosial, tiba-tiba sahaja kata Bersih 4 tidak demokratik dan tidak patriotik.

Tetapi pemimpin negara yang menggelapkan duit rakyat dan kemudian saling berpakat menutup lubang, berbohong, mengugut pengawai kerajaan, demokratik dan patriotikkah mereka?

Ulama yang sama tidak pula membuat kenyataan pemimpin ini tidak demokratik dan tidak patrioktik kerana menipu rakyat secara terang-terang.

Allah akan memenangkan agamaNya. Kita hanya berada di dalam proses perubahan itu. Bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada yang terlibat dalam Bersih 4.

Jika satu kumpulan atau kaum enggan membantu agama Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan kaum dan kumpulan lain.

Ramai kaum Cina di Malaysia bukan Islam, mereka berpakaian mendedahkan tubuh badan datang ke Bersih... memang mereka begitu. Mengapa ada pemimpin parti Islam membangkitkan sudut ini?

Tanggungjawab kita ialah membimbing mereka dengan nasihat dan teladan yang baik.

Kini mereka mendambakan kebaikan yang memang terangkum dalam Islam yang bersifat universal dan rahmatan lil alamin.

Mengapa pula parti Islam menolak mereka dan mencurigai mereka?

Sebahagian ummat Melayu terpengaruh dengan "fatwa" ulama' dan mufti yang tidak faham realiti atau keadaan semasa. Mereka mengunakan nas yang sahih tetapi diapplikasi di dalam konteks yang salah.

Mereka juga gagal mengimbangi antara keperluan untuk merubah kebatilan dengan tangan dengan menutup pintu kemungkaran.

Apakah kita ummat Islam begitu lemah imannya atau memiliki hati yang terlalu berpenyakit sehingga goyah pegangan agama jika melihat kaum Cina yang mendedah aurat? Walhal Bersih 4 ini adalah wahana perubahan untuk kebaikan.

Mengapa mengamalkan "double standard"? Tidakkah kita bermuamalah dengan kaum Cina dan kaum Melayu sendiri yang berpakaian mendedah aurat semasa berjual beli, urusan sosial yang lain dan sebagainya?

Kita melihat para demonstran Cina amat berdisiplin dan berprinsip. Mereka taat dan berdisiplin, mengutip semasa Bersih dan sanggup tidur di Jalan TAR dan Tun Perak setelah diarah penganjur.

Bahasa yang digunakan amat tertib tetapi tajam menuju sasaran rakyat Malaysia yang mahu melihat negara yang lebuh bersih. Pemidato mereka berusaha bertutur dalam bahasa Malaysia, dan mengajak rakyat bersama-sama membina Malaysia yang bersih rasuah.

Bersih menuntut perubahan termasuk peletakan jawatan perdana menteri.

Menukar kerajaan sebelum PRU14 dikatakan tidak demokratik? Adakah demokratik terhad kepada pilihan raya sahaja?

Bagaimana pula dengan membuat usul undi tidak percaya oleh ahli Parlimen dengan desakan rakyat dari kawasan Parlimen masing-masing?

Bagaimana pula dengan gerakan luahan rasa rakyat melalui perhimpunan aman dan wahana Bersih dan seangkatannya? Adakah kedua-dua perkara itu tidak demokratik sedangkan ia dibenarkan undang-undang?

Umat Islam di Malaysia menanggung malu akibat "fatwa" yang pramatang oleh beberapa individu ulama ini.

Imam Abu Hanifah membuat fatwa berkenaan muamalah jual beli, dan beliau, rahimahumullah adalah seorang ahli perniagaan. Imam Ibn Taimiyah apabila melawan kelesuan umat yang menutup pintu ijtihad, beliau sendiri giat terlibat dengan gerakan jihad berperang fi sabilillah.

Dalam suasana Malaysia, para ulama seharusnya, jika tidak terlibat dengan bidang yang hendak dikeluarkan fatwa, hendaklah memanggil mereka yang terlibat dalam bidang kepakaran yang khusus atau turun padang merisik dan bergaul dengan mereka yang terlibat supaya faham akan realiti semasa.

Di samping itu, mereka perlu dilatih dengan ilmu perancangan senario dan perancangan strategik.

Tidaklah berlaku keadaan mengeluarkan fatwa dari kamar pejabat, masjid sahaja dengan fatwa yang pelik dan tersasar jauh dari realiti semasa sehingga menjadi bahan tertawa puak 'civil society'.

Yang lebih menggerunkan ialah apabila para ulama tersebut dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang zalim dan rendah integriti. Memungkiri perjanjian dgn kumpulan belum Islam juga adalah satu amalan buruk.

Jika ada perkara yang kurang dipersetujui, tidak pula dibincangkan dalam mesyuarat secara terbuka tetapi mesyuarat pula kerapkali gagal dihadiri.

Kemudian memberi alasan tidak sihat sepanjang tahun sedang pemimpin yang uzur perlu diwakili tatkala keputusan untuk kepentingan ummah perlu diambil.

Tidak pula kita dengar para ulama itu menegur PM tentang salah lakunya. Atau mungkinkah mereka sudah terperangkap dengan jerat assabiyah kemelayuan atau ketuanan Melayu?

Tidak boleh menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah kerana hukumnya adalah haram. Demikianlah isi kandungan fatwa seorang mufti sebuah negeri. Betulkah begitu?

Fatwa dibentangkan sedemikian rupa atau di-orchestrated sehingga rakyat menjadi keliru dan menganggap luahan hati rakyat via Bersih adalah usaha menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan tidak mengikut saluran yang sah. Tuduhan ini tidak benar.

Fatwa tersebut dari kitab yang membicarakan isu bughah.

Orang yang bughah dan pemberontak, halal darahnya. Tetapi siapakah pula golongan bughah? Bukankah ia wujud pd zaman kegemilangan Islam di mana pemilihan dan wala' adalah kepada khilafah Islamiyah yang melaksanakan keadilan dan syariah sepenuhnya. Mereka mengangkat senjata utk menentang kerajaan yang sah.

Adakah pembangkang di Malaysia mengangkat senjata?

Satu lagi, tatkala rakyat berhadapn dengan isu 1MDB dan RM2.6 billion dan lain-lain hingga mencetuskan Bersih 4, ummat Islam disajikan dengan khutbah Jumaat yang menegur penggunaan media sosial yang menfitnah pemimpin negara yang kononnya punca menyebabkan suasana huru hara. Ini satu rumusan yg tersasar jauh.

Bukankah badan khas seperti SPRM, PAC, BNM dan PDRM dilantik? Semua orang tahu apa yang berlaku kepada agensi tersebut. Semua orang tahu jalan cerita isu ini.

Mula-mula menafi laporan WSJ, kemudian disusuli pengakuan derma dari timur tengah, untuk melawan Isis, kemudian pemecatan timbalan perdana menteri penamatan peguam negara sebagai pengendali kes, penukaran pegawai penyiasat, pembubaran PAC dan cubaan mencemarkan kredibiliti gabenor Bank Negara. Pada masa yang sama, isu 1MDB masih misteri.

Ini hakikat yang berlaku yang dilaporkan oleh pihak yang ada autoriti. Dan apa pula pandangan ulama berkenaan dalam hal yang amat memalukan negara ini?

Tiba-tiba ummat Islam disogokkan dengan konsep tabayyun dalam surah hujurat.

Wallahua'lam, bagi kami, ini satu lagi kes yang terang-terang hendak memperbodohkan umat Islam dalam isu penyelewengan yang dahyat yang dibuat pemimpin negara, yang cuba ditutup lubang, dan apabila rakyat bangkit menyatakan suara dan perasaan mereka dicop tidak demokratik.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA