Segala perkara di dunia dan seisinya adalah bersifat dengan sifat yang sementara.
Bila makan akan lapar, bila senang akan susah, bila lapang akan sempit, bila muda
akan tua dan bila hidup akan mati. Tiada yang boleh dibanggakan dalam
hidup ini kerana semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. Hidup di dunia ini
hanya sementara masa, esok lusa masih belum pasti apakah kita masih
diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan ini. Jadi, cubalah
menghargai setiap detik yang berlaku pada kehidupan anda. Gunakan sebaik
mungkin kerana masa yang anda miliki hari ini tidak akan berulang lagi.
Di samping belajar menghargai masa, belajarlah juga mensyukuri apa yang
anda miliki sekarang. Jika anda rasa anda susah kerana hanya makan nasi
berlaukkan telur goreng, ingatlah masih ada yang lebih susah dengan hanya
makan nasi berkuahkan air garam.
JOM BELAJAR MENGHARGAI MASA

Tidak dinafikan ramai di antara kita, secara sedar ataupun tidak, telah mensia-siakan
masa yang ada. Gaya hidup tersebut sebaiknya segera kita ubah agar kehidupan
kita menjadi lebih bermakna dan efektif. Kunci sebuah kejayaan adalah bagaimana
kita mampu menggunakan setiap masa yang ada dengan sebaiknya. Dengan
memanfaatkan masa, berdisiplin, dan kerja keras seseorang itu akan mampu mencapai
impiannya.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi membuktikan
anda telah menghargai waktu:
1. Bangun Lebih Awal
Anda yang terpaksa bergelut dengan dunia kerja yang penuh kesibukan, sebaiknya
anda bangun lebih awal atau pagi kerana jika ‘terbabas’ ia boleh menganggu mood
anda. Akibatnya masa yang anda miliki menjadi kurang efektif dan tidak mustahil
anda akan kehilangan fokus semasa bekerja.
2. Belajar Menguruskan Masa
Ada sebahagian orang yang tidak pandai mengurus masanya sendiri. Akibatnya,
masa mereka terbuang dengan begitu sahaja atau sia-sia.
Jika anda seorang yang menghargai masa, sudah pasti anda bijak menguruskan
masa anda sendiri agar apa sahaja yang dilakukan bukan sia-sia. Selain itu, jika anda
bijak mengatur masa dengan baik, anda jarang dihimpit tekanan jika dibandingkan
mereka yang tidak mengaturnya.
JOM BELAJAR MENGHARGAI MASA
3. Boleh Multi-Tasking, Tetapi Bukan Kerap!
Ramai orang yang pulang ke rumah dan mengeluh tentang betapa sibuk dirinya
di pejabat. Ada juga yang berasa sangat sibuk dan mengaku tidak memperoleh
apapun manfaat dari seluruh aktiviti sehariannya. Mungkin ada di antara kita yang
beranggapan atau menyangka bahawa salah satu cara untuk menghargai masa
dalam melakukan tugasan yang berlonggok adalah dengan cara multi-tasking.
Sedangkan multi-tasking hanya akan membuat pekerjaan anda tidak ‘superb’
sehingga memerlukan lebih banyak masa untuk menyempurnakannya. Jadi,
selesaikan satu tugas sebelum beralih ke tugas yang berikutnya.
4. Kurangkan Browsing Dan ‘Main’ Telefon
Cuba kurangkan kebiasaan anda mem-browsing internet dan ‘main’ telefon
yang tidak penting atau tiada kaitan langsung dengan pekerjaan yang anda
lakukan kerana ia akan menghabiskan masa yang anda miliki. Hargai masa
yang anda miliki dengan melakukan perkara yang lebih penting dan bermanfaat.
Melayari media sosial boleh menyebabkan ketagihan dan mengambil sebahagian
besar masa anda. Jadi, cubalah menghargai masa dan bataskan masa selama
30 minit atau kurang daripada itu bagi tujuan tersebut.
Semoga kita semua menjadi manusia yang menghargai masa dan tergolong
dalam golongan orang-orang yang bersyukur. Amin.
http://pencetus.com
No comments:
Post a Comment