Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 11, 2015

PR - KINI HANYA PKR DAN DAP

Majlis Syura Ulama (MSU) telah membuat keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Walaupun sebelum daripada ini, pemimpin-pemimpin PAS berdolak-dalik mengenai isu pemutusan hubungan dengan DAP ekoran dari usul dari Dewan Ulama di muktamar yang lepas yang telah diterima sebulat suara tanpa bahas dengan alasan usul berkenaan belum muktamad kerana belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama, kini segala-galanya telah selesai apabila MSU memutuskan untuk membatalkan hubungan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan DAP.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha MSU, Nik Mohd Zawawi Salleh bertarikh 10 Julai 2015, beliau menyatakan MSU kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS yang menyebabkan MSU mengambil tindakan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP.

Tetapi dalamasa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Untuk ulasan selanjutnya sila rujuk ulasan GB di bawah ini.



Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015


ULASAN GB

1) Akhirnya selesai sudah isu tahaluf siyasi dengan DAP. Keputusan MSU di atas memang ditunggu-tunggu. Dan yang pasti, keputusan itu "disambut baik" oleh UMNO yang memang mengharapkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

2) Tiada nas, bukti atau dalil dikemukakan di dalam kenyataan MSU berkenaan mengenai dakwaan DAP telah "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS". Justeru itu keputusan itu dilihat lebih kepada menjaga airmuka "beberapa ulama" yang telah membuat kenyataan-kenyataan melulu sebelum ini yang meminta tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan atau disemaksemula.

3) Tindakan MSU itu juga mengesahkan tindakan-tindakan DAP yang memecat ahli-ahli PAS yang berkhidmat di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Dan bererti PAS Pulau Pinang sudah tidak layak untuk membangkitkan isu pemecatan di mahkamah.

4) Keputusan MSU itu juga mengesahkan Pakatan Rakyat telah dikuburkan.

5) Pengekalan tahaluf siyasi bersama PKR hanyalah untuk menyelamatkan kepentingan ADUN-ADUN PAS yang menjadi exco dan menyelamatkan kedudukan 5,000 ahli PAS yang sedang berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor.

6) PAS juga dilihat sanggup untuk menerima kekalahan di dalam pilihanraya terutama di pantai barat dimana para pengundinya adalah multi-racial yang sebelum ini pengundi bukan-Islam telah mengundi PAS di atas dasar semangat setiakawan di dalam Pakatan Rakyat.

7) Tindakan MSU itu juga menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS akan terus bersemangat menyokong penubuhan parti Islam yang baharu bagi memperbaharui jalinan tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR yang telah terjalin erat sebelum ini dan meneruskan kerja-kerja dakwah kepada rakan-rakan di dalam parti-parti yang ia bertahaluf siyasi dengannya. 

4 comments:

  1. Kesilapan pemimpin sendiri tidak mahu mengaku sebaliknya menuding jari kearah pehak lain inilah yang dikatakan satu jari dituding kedepan empat lagi dilipat kearah diri yang menunjuk,apakah pemimpin PAS tidak sedar apa yang telah dilakukan oleh presiden sendiri apakah presiden mempunyai kuasa pembatal pabila sesuatu keputusan mesyuarat oleh PR jika seorang ketua sudah boleh menguasai keputusan dimana letaknya suara mejority dalam persidangan yang dipersetjui bersama jika dalam sesuatu pakatan janji adalah kuasa untuk dipatuhi apakah presiden PAS telah patuhi apa yang telah dijanjikan,fikirlah secara lojoik bukannya ikut emosi DAP jika dilihat secara kasar dan secara ilmiah memang dia hendak membetulkan keadaan tapi PAS telah pergunakan agama untuk memutar belitkan memang DAP itu cina yang tidak faham apa itu agama tapi kita yang faham agama sepatutnya memberi kefahaman bukannya memberi pelbagai alasan untuk merosakkan lagi hubungan ,adakah ini cara islam untuk mendekatkan yang bukan islam dengan kefahaman islam fikir dan fikir sebelum kita yang faham dalam islam mennuduh orang yang tidak faham hal islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju 100% pendapat saudara.Masaalahnya pemimpin PAS, ia mengangap bila dia seorang islam,dia boleh lakukan apa sahaja terhadap orang kafir,iaitu memungkir janji setelah mereka menyetujiuinya,dan ia menganggap ponteng dari menghadiri parlimen sebagai ibadah,sedangkan hasil gajinya tiap-tiap bulan itu digunakkannya.Bila dia orng islam dan mengaku ulamak,dia tidak boleh ditegur,bila ditegur dikatakan melawan dasar-dasar islam parti.Sebenarnya teguran ahli-ahli adalah untuk kebaikkan bersama.Tambah pula yg menegurnya DAP,terus melenting.

      Delete
  2. golongan ulama dalam pas adalah golongan yang maksum.mereka2 itu kena wala' pada presiden dan parti.lagi pun parti pas dah jadi macam parti umno iaitu parti angguk2 walupun A tetap A,tapi oleh kerana wala' pada pemimpin A akan dikata B.

    ReplyDelete
  3. Baguslah tapi perlu terima juga yang Pakatan Rakyat menjadi Pakatan ber-4 apabila tertubuhanya parti baru kelak. Terang-terang PKR dan DAP setuju untuk membawa masuk parti baru dlm PR. Pas setuju atau tidak terpaksa menerima idea tersebut kecuali PAS keluar dari pakatan tersebut.
    Pas paling akan terkesan jika kekal bersama kerana Parti Baru akan menuntut hak di kawasan DUN dan Parlimen yg mereka menangi sebagai menegkalkan status Quo.

    Selangor juga akan berubah kerana Parti Baru akan mengambil 1/3 hak Pas dlm kerajaan Negeri ( 1 exco dan jawatan dlm GLC ) Ini berlaku jika 2 adun yg di BARUA dan digantung menyertai Parti Baru.

    Pas keluar PR dan sendiri lg parah, pasti sekadar sedikit utuh di Pantai Timur sahaja kerana pola politik pantai barat berbeza. Jika sertai UMNO pasti grass-root Pas tak akan dapat terima kecuali kabilah Walaun sahaja lah. Pantai Timur juga tiada jaminan dan lihat Terengganu dapat sepenggal sahaja kerana Hadi tidak wujud di hati rakyat Terengganu seperti Arwah Tuan Guru di hati rakyat Kelantan, maka Terengganu kekallah jika ceramah di Rusila berkilometer kena jalan kaki kerana ramai datang tp bila PRU tetap BUNGKUS juga.
    Jadi diseur seluruh warga PAS yg berjawatan di Pulau Pinang diarah letak jawatan seandainya Muktamar/Dewan Ulama/ MSU lebih mulia dari DUIT. Berambus lah dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur.

    Teruskan lah maju jaya pd Barisan Kepimpinan Cai yg ada antaranya suka MENJEBON, MEMBARUA dan MENTOLOL kan orang lain.

    Harapan Baru

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA