Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, July 13, 2015

UTUSAN - KABINATE AKAN DI ROMBAK



Akhbar Utusan Malaysia hari ini mendedahkan rombakan 
Kabinet akan berlaku pada ketika pentadbiran 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 
berdepan saat genting. - Gambar fail The Malaysian 
Insider, 12 Julai, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu 
letak jawatan? E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, 
PM Akan Letak Jawatan?

Ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 
sedang berdepan saat genting, akhbar milik Umno hari
 ini mendedahkan rombakan Kabinet bakal dibuat tidak lama lagi.

Utusan Malaysia dalam edisi mingguannya berkata, 
Najib kini tidak boleh mengambil mudah apa yang 
berlaku memandangkan keadaan politik kini tidak lagi sama. 
Beliau perlu mengambil langkah lebih proaktif menghadapi 
serangan ke atas pentadbirannya.

"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh 
ambil mudah."Maka beliau perlukan pasukan baharu yang 
bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam
 masa yang sukar dan ketika berdepan krisis," kata penulis ruangan 
pojok Awang Selamat.

Awang dalam tulisannya berkata, rombakan itu penting bagi 
membolehkan Najib menangkis isu besar, khususnya yang 
membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang 
terpalit dengannya.

"Ia juga mesej jelas kepada semua beliau mahu bangkit daripada 
dugaan politik yang dihadapi terutamanya berkaitan isu 1MDB.
"Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh 
ditolak. Mana tahu ada kejutan yang lebih besar, kita tunggu," katanya.


Beberapa nama diberikan Awang yang bakal terkesan daripada 
rombakan tersebut, antaranya naib presiden Umno dan juga menteri 
kanan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. "Tidak terlepas menjadi perhatian 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal yang dijangka 
bertukar potfolio," katanya.


Shafie sebelum antara yang lantang mempersoalkan isu mengenai 
1MDB dan menggesa supaya siasatan dibuat ke atas syarikat sarat 
hutang itu di mana Najib merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Selain itu, 2 menteri juga akan bertukar portfolio.

"Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
 (Datuk Abdul) Rahman Dahlan pula disebut-sebut dilantik menteri 
komunikasi dan multimedia sementara (Datuk Seri Ahmad) Shabery Cheek 
akan menerajui kementerian lain," katanya.

Rombakan juga akan melibatkan pemimpin MIC yang berada dalam 
Kabinet di mana menurut Awang, Najib dijangka membuang bekas 
presidennya Datuk Seri G Palanivel daripada kerajaannya.

"Jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Palanivel kemungkinan 
dikosongkan buat sementara sehingga pilihan raya semula MIC 
September depan."Jika itu berlaku, seorang menteri lain akan 
memangku jawatan tersebut," katanya.

Selain itu, Awang juga mendedahkan bakal terdapat muka baharu 
dalam Kabinet Najib nanti.

"Rombakan kali ini juga dijangka menyaksikan setidak-tidaknya 2 
muka baharu untuk jawatan timbalan menteri."Awang difahamkan, 
perubahan akan turut berlaku bagi jawatan tertentu di ibu pejabat Umno," 
katanya.

Menurut Awang, Najib kali ini tidak boleh lagi menjaga hati dan 
berhati-hati dalam membuat rombakan kerana masa untuk memberi 
peluang sudah berakhir.

"Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang 
dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama 
ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif.

"Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang 
menambah baik diri kepada semua ahli Kabinetnya," katanya.

Najib ketika ini berdepan cabaran dan kritikan hebat daripada 
lawannya selepas terpalit dalam skandal 1MDB menerusi 
pendedahan panas, malah akhbar The Wall Street Journal 
baru-baru ini juga mendedahkan skandal sejumlah wang 
dipindahkan ke akaun peribadi Najib. - 12 Julai, 2015.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA