Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 4, 2015

KEBEBASAN DI MALAYSIA - ASAL JANGAN USIK PEMERINTAH

SESUDAH SUBUH                                                                          


Kebebasan bersuara di negara ini masih lagi menjadi polimek dan dakwa dakwi serta tuntutan antara pihak pemerintah dengan rakyat. Pemerintah yang ditunjangi parti UBN tetap mengatakan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara sesuai dengan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 2 Perkara 10, Fasal (1)(a) mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

Ia juga kononnya sesuai dengan prinsip demokrasi yang menjadi amalan negara ini sejak tahun 1955.

Sebaliknya di pihak rakyat terutamnya para pemuka demokrasi, pemimpin parti politik, pertubuhan awam, sosial dan sebagainya yang berjuang membela rakyat masih menafikan negara ini belum ada kebebasan bersuara sebenarnya. Suara mereka dan aktiviti sosial mereka masih dihalang dan disekat dengan pelbagai peraturan dan akta yang digubah dan perkemaskan dari masa ke semasa.

Rakyat masih belum berpuas hati dengan hak dan jaminan berpelembagaan ini.

Polimek ini berlangsung begitu panjang dan tenggelam timbul dalam suara tuntutan rakyat dan dakwaan palsu pemerintah. Dalam setiap kali sidang parlimen dan forum-forum perundangan, sering kali dibangkitkan dan ini menunjukkan apa dinamakan kebebasan bersuara itu belum dicapai sepenuhnya.

Saya tidak menolak kalau di negara ini tidak ada hak bersuara dan kebebasan bercakap langsung. Dalam Perkara 10 Bahagian 2 Fasal (1) (a),(b) dan (c) Perlembagaan Persekutuan itu menyebut dengan jelas akan hak dan ruang itu. Rakyat diberi hak dan dijamin secara bertulis. Jadi ia ada dan termaktub.

Cuma ia tidak dapat jamin sepanjang mana hayat kebebasan itu diberi. Rakyat tidak dapat menjangkakan selama mana dan sejauh mana kebebasan yang mereka kecapi. Ini kerana, apabila suara-suara mereka mulai mengugat pemerintah, tepatnya individu berkuasa dan orang berkaitan, kebebasan itu akan direntap. Mereka akan disekat dan dihalang sedemikian rupa. Penggunaan kuasa menghalang itu pula sering diguna secara sambrono.

Mereka akan dikenakan tindakan bahkan akan dipenjara. Disebalik sejemput jaminan itu berderet pula akta yang menanti mereka bukan sahaja untuk menutup mulut tetapi mengiring mereka ke dalam penjara. Akhir-akhir ini penggunaan Akta Hasutan 1948 yang sudah lapok dan usang kian rancak digunakan selepas penghapusan Akta Keselmatan Dalam Negeri (ISA), yang dijelmakan dengan nama baru SOSMA.

Pemerintah atau kerajaan negera ini sangat peka dengan kritikan dan sangat sombong untuk tidak mahu mendengar teguran dan kritikan demi awam. Bahkan teguran yang dibuat pun tidak dipedulikan, dianggap perkara biasa yang klise lebih kotor lagi dolumurkan dengan ia berniat jahat. Jadi teguran dan kritikan yang diberi menerusi ruang kebebasan palsu itu pun tidak didengari.

Adakalanya teguran dan kritikan itu dicop sebagai provokasi untuk menggugat kerajaan. Tanpa menganalisa apakah tujuan dan kebenaran disebalik kritikan itu, pemerintah terus bertindak dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal.

Apa yang berlaku ke atas dua buah akhbar, The Edge Malaysia dan The Edge Finical Dailyyang menerima suruat tunjuk sebab oleh KDN dibawah Akta Mesen Cetak dan Penerbitan 1984, semalam menunjukkan bahawa kebebasan di negara ini tidak bebas sepenuhnya dalam erti kata lain.

Kebebasan yang dijamin itu hanya sebagai pemanis mulut sahaja atau pelengkap kepada sebuah perlembagaan. Sifat kebebasan itu juga tidak beradab.

Kedua akhbar itu diberi masa tujuh hari untuk menjelaskan kenapa tindakan ke atasnya tidak boleh diambil. Kegagalan atau sekiranya pihak KDN tidak berpuas hati, kemungkinan permit akhbar berkenaan digantung atau pun dibatalkan terus.

Puncanya apa, kerana akhbar berkenaan menyiarkan laporan berterusan berhubung 1MDB yang kini dikengkang masalah. Walaupun menurut akhbar itu mereka melaporkan perihal 1MDB yang kerugian sebanyak RM42 billion itu berdasarkan sumber yang dipilih dan diteliti, tetapi mereka dikenakan tindakan. KDN langsung tidak mengambil kira kepentingan awam disebalik pendedahan isu 1MDB oleh kedua akhbar itu.

Jelas tindakan ke atas kedua akhbar itu apabila kerajaan sudah berasakan laporan itu boleh mengugat stabilitas mereka, khasnya mengugat kedudukan mereka yang berkuasa. Dalam soal ini mengugat kedudukan dan integriti  Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang berkebetulan syarikat pelaburan strategik itu dibawah ketiaknya. Walhal, berkoyan-koyan laporan dan berita menjelaskan kononnya 1MDB tidak menghadapi masalah, untung besar dan sebagainya kebaikan lagi yang disiarkan oleh media ceteka dan eletronik "PB" kerajaan tetapi ia tidak memuaskan hati penguasa.

Kenapa, kerana segala penjelasan itu sudah tidak dipercayai rakyat lagi. Ketidak percayaan itu ialah hasil daripada "kosmetiklisasi" yang dilakukan oleh akhbar arus perdana selama ini. Jadi jalan untuk menyekat rakyat daripada mendapat maklumat mengenai isu itu ialah dengan menyekat akhbar berkenaan.

Pemimpin negara ini suka kalau rakyat mereka berada dalam gelap dan buta maklumat kerana mudah bagi mereka mengoring dan perbodohkan rakyat agar mereka terus berkuasa. Inilah polisi zaman berzaman kerajaan UBN yang ditunggaki oleh Umno.

Kalau hendak dikira, laporan mengenai 1MDB itu sangat perlu diketahui rakyat kerana perbelanjaan untuk syarikat itu adalah wang rakyat. Menjadi tanggungjawab kerajaan pula mempertahankan segala tohmahan buruk ke atas mereka itu dengan menjawab dalam akhbar yang sama, bukannya dengan mengenakan tindakan.

Jelaslah tindakan ke atas The Edge dan The Edge Finacial Daily itu menggambarkan kebebasan bersuara di negara ini bukan bersifat kekal, sebaliknya jangka hayatnya akan tamat apabila kerajaan sudah tergugat dengan sesuatu isu yang diperkatakan dan ianya boleh bertindak bila-bila masa tanpa beradab dan bersebab wajar.

Inilah kemalangan sebuah negara bernama Malaysia yang kononnya sangat menghormati kebebasan bersuara dan sedia mendengar keluhan rakyat, tetapi apa yang menjadi realiti disebaliknya. Kebebasan bersuara di negara ini bukan kebebasan mutlak tetapi ia bersifat pemanis mulut semata. Kebebasan bersuara akan disentak apabila sang penguasa sudah berasa dia tergugat.[wm.kl.7:22 am 02/07/15]

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA