Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, July 5, 2015

RAKYAT MULA MEMPERTIKAIKAN NAJIB.....

Kedudukan Najib Semakin Terancam, Pemakan-Pemakan Dedak Cuba Cover-Up Tokey Masing-Masing

Posted by Era pasca


Dari FB.

Najib tidak nafikan langsung duit RM700 juta dari skandal 1MDB telah dimasukkan ke akaun peribadinya sepertimana yang dilaporkan oleh Wall Street Journal walaupun hari ini, Najib menyerahkan perkara itu kepada Ghani Patail dan SPRM untuk siasatan lanjut.

Skandal 1MDB yang turut mempunyai kaitan dengan Rosmah Mansor, isteri Najib, memberi kesan besar kepada ramai, termasuklah golongan pemakan dedak yang mendapat bayaran secara tetap dan secara tidak langsung daripada Najib.

Cerdik Rosmah ialah, tiada sebarang documented evidence yang boleh mengaitkan dia dengan 1MDB. Sekarang, kalau ada masalah dan tindakan undang-undang, Najib kena tanggung sorang-sorang. Pemakan-pemakan dedaknya pun dah mula berterabur sana sini mencari tuan-tuan baru. Inilah masanya untuk menunjukkan mereka sangat hebat menyerang sesiapa sahaja yang mereka rasa boleh makan termasuklah salah seorang penasihat Najib yang amat berjasa pada era reformasi dengan memberikan kemenangan selesa kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Ini study yang cukup menarik.

Tengku Sharifuddin yang merupakan KSUA sebenarnya tidak berkuasa dan bersendirian. Malah usaha-usaha di kalangan Setiausaha Akhbar PM untuk menggulingkannya bukanlah perkara rahsia. Salah seorang daripada mereka mempunyai team media sosial yang dikatakan sangat kuat dan berpengaruh walaupun sebenarnya lebih kepada syok sendiri. Kumpulan berkenaan hanya berbalah sesama sendiri dan langsung tidak mempertahankan Najib yang diserang ramai dalam page peribadi Najib.

Geng syok sendiri di FB ini agak ramai. Mereka hanyalah watak yang memainkan peranan dan permainan politik bagi tuan-tuan mereka. Beberapa serangan sesama sendiri boleh dilihat di Facebook. Serangan tersebut sebenarnya tidak lebih daripada permainan menyorokkan dalang sebenar yang mengaut untung besar hasil daripada ketakutan dan kebimbangan Najib-Rosmah kehilangan jawatan.

Drama serangan sesama sendiri ini sebenarnya mudah untuk dibaca. Ia tidak lebih daripada cubaan untuk mengelirukan dalang sebenar yang cuba memusnahkan PR, menjadikan PAS lebih baik berbanding PKR dan DAP, menaikkan dan memaksumkan golongan ulama yang UMNO sendiri tentang dan benci. Dalang yang bernama Habibur Rahman, Johan Jaafar dan pegawai-pegawai media PM, sedang mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dalam usaha menyelamatkan Najib daripada dijatuhkan oleh rakyat.

Geng syok sendiri ini akan menyerang sesiapa sahaja tetapi mereka tidak akan sama sekali menyerang Habibur Rahman, Johan Jaafar, tambah-tambah lagi nama salah seorang Setiausaha Akhbar PM yang mempunyai team media sibernya sendiri.

Tengok sendiri macam mana mereka berebutkan bangkai hasil daripada menyamun duit rakyat dan mereka langsung tidak segan silu untuk mendedahkannya kepada umum. 

Kita tengok berapa lama mereka boleh bermain sesama sendiri. Taktik penakut di open page, akhirnya akan memakan diri sendiri. Biarkan mereka berbunuhan sesama sendiri kerana akhirnya yang benar tetap benar, yang batil tetap akan mansuh. Kesan daripada rezeki haram yang jadi darah daging mereka, telah mengubah mereka menjadi binatang yang cukup jijik.

Najib sudah tidak mampu mempertahankan jawatannya lebih lama lagi. Itulah sebabnya geng syok sendiri ni cuba tonjolkan diri untuk rebut kontrak baru dari kepimpinan baru selepas Najib.

fra fasca

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA