CIRI-CIRI WANITA YANG MEMBAWA
REZEKI BUAT SUAMINYA
Jika ingin menyempurnakan agama dan memperoleh rezeki yang
melimpahruah maka bernikahlah. Selama pernikahan, bahagiakanlah
isteri kerana membahagiakan isteri boleh membuatkan kita murah rezeki.
Jangan sakitihatinya kerana suami yang menyakiti hatiisteri akan
disempitkan pintu rezeki oleh Yang Maha Mmberi Rezeki. Jika terjadi masalah,
melimpahruah maka bernikahlah. Selama pernikahan, bahagiakanlah
isteri kerana membahagiakan isteri boleh membuatkan kita murah rezeki.
Jangan sakitihatinya kerana suami yang menyakiti hatiisteri akan
disempitkan pintu rezeki oleh Yang Maha Mmberi Rezeki. Jika terjadi masalah,
selesaikan dengan cara yang ma’ruf. Perceraian adalah alternatifterakhir
yang ditempuh, kerana perceraian meskipun halal tapi dibenci oleh Allah.
yang ditempuh, kerana perceraian meskipun halal tapi dibenci oleh Allah.
CIRI-CIRI WANITA YANG MEMBAWA
REZEKI BUAT SUAMINYA
Sebelum melangsungkan pernikahan, penting bagi si lelaki untuk
mengenali wanita yang akan diperisterikannya. Hal ini kerana wanita
inilah yang akan menjadi pendamping hidupdan ibu kepada anak-anaknya
kelak. Di sini penulis kongsikan ciri-ciri wanita yang akan membawa rezeki
buat suaminya.
1. Wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya.
Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan sebelum menikahi seorang
wanita,iaitu kerana (1) kecantikannya, (2) keturunannya, (3) hartanya dan
(4) agamanya. Kita diperintahkan untuk memilih wanita atas faktor agamanya,
beruntung sekali jika bolehmendapatkan keempat-empat ciri tersebut. Wanita
yang taat pada Allah dan Rasul-Nya akan membawa rumahtangga menuju
syurga, menuju ketenteraman. Rumah tangga yang tenteram, nyaman, bahagia
adalah rezeki yang sangat berharga. Rumahtangga yang dinahkodai suami yang
soleh didampingi isteri yang solehah akan menjadikan rumahtangga itu diberkati,
menghasilkan anak-anak yang soleh / solehah, mendapatkan redha dan
rahmat Allah.
2. Wanita yang taat pada suaminya.
“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain
nescaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya”
(H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Sepanjang perintah suami tidak bertentangan
dengan agama, maka isteri wajib mentaatinya. Ketaatan seorang isteri
pada suaminya akan membuatkan hati suami tenang dan damai
dan boleh menjalankan tanggungjawabnya untuk mencari
rezeki yang halal buat keluarganya. Akan halnya wanita yang berkerjaya
di boleh terus bekerja sepanjang suaminya mengizinkan
dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik di tempat kerja.
“Laki-laki adalah pemimpin atas wanita kerana Allah telah melebihkan
sebahagian dari mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (wanita)
dan dengan sebab sesuatu yang telah mereka (lelaki) nafkahkan dari
harta-hartanya.Maka wanita-wanita yang soleh adalah yang taat lagi
memelihara diri di belakang suaminya sebagaimana Allah telah memelihara
dirinya“. (Q.S. An Nisa : 34).
3. Wanita yang melayani suaminya dengan baik.
Tugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumahtangga dengan
sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik
anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan
baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan keperluannya,
memenuhi kehendaknya, menjaga perasaan suami jangan sampai
suami terluka dengansikapnya. Wanita yang demikian akan menjadi
kesayangan suaminya dan akan menjadi ‘partner’ yang baik dalam
mewujudkan rumahtangga yang sakinah dan menarik hal-hal
positif ke dalam rumahtangganya termasuklah rezeki buat suaminya.
CIRI-CIRI WANITA YANG MEMBAWA REZEKI BUAT SUAMINYA
4. Wanita yang berhias hanya untuk suaminya.
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan dunia adalah wnita solehah” (H.R. Muslim). Adalah sifat
wanita yang suka bersolek dan berhias, tapi wanita yang soleh hanya
berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika
dipandang suaminya selalu menyenangkandan tahu bagaimana
menyenangkan suaminya. Wanita yang bahkan malaikat pun mendoakannya
akan memudahkan rezeki datang padanya.
5. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami
Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah
harus menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tetamu yang ajnabi dan
tidak dikenali, membatasi keluar rumah jika tidak terlalu penting.
Harta suami yang ditinggalkan padanya digunakan pada hal-hal yang
bermanfaat dengan keizinan suaminya. Wanita seperti ini memudahkan
rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada
Allah dan kesetiaanpada suaminya.
6. Wanita yang sentiasa meminta redha suami atasnya
Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Menjag
sikap dan perilaku agartidak menyinggung dan melukai perasaan suaminya.
Dia selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan
pergi tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam
keadaan marah sehingga suami memaafkannya. Mengajak suaminya
bergurau senda untuk menceriakan hari-harinya. Berusaha mendidik
anak-anaknya dengan baik. Menjaga rahsia perkawinan dari orang lain. ”
Maukah kalian kuberitahu isteri-isteri
yang menjadi penghuni syurga iaitu isteri yang penuh kasih sayang,
banyak anak, selalu kembali kepada suaminya, dimana jika suaminya
marah dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya
pada tangan suaminya seraya berkata ” Aku tak dapat tidur sebelum
engkau redha” (H.R.An Nasai). Isteri seperti ini adalah isteri yang
dimudahkan rezekinya melalui tangan suaminya atas amalan
dan kesetiaan pada suaminya,
7. Wanita yang menerima pemberian suami dengan ikhlas
Wanita yang tidak pernah mengeluh berapapun rezeki yang
dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai
apapun yang diberikan suami kepadanya. Banyak disyukuri sedikit
pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang
bersyukur akan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya. Allah
udah menjanjikan bahwa jika kita bersyukur Dia akan menambah
rezeki kita. Wanita yang bersyukur dan ikhlas rezekinya sentiasa
bertambah baik dari segi kuantiti mahupun keberkatannya yang akan
diberi Allah langsung kepadanya ataupun melalui suaminya.
CIRI-CIRI WANITA YANG MEMBAWA REZEKI BUAT SUAMINYA
8. Wanita yang boleh menjadi ‘partner’ bagi meraih redha Allah.
Wanita yang menjadikan rumahtangganya sebagai ibadah,
pengabdiannya kepada Allah. Menjadi pendengar yang setia bagi suami.
Boleh melakukan koreksi dan menyampaikan dengan lembut kepada suaminya.
Mendengarkan nasihat dan kata-kata suaminya dengan penuh perhatian.
Sebelum melaksanakan ibadah sunat seperti puasa sunat meminta izin
kepada suaminya dan tidak melaksanakan jika tidak diizinkan. Menjadi
pendorong dan ‘motivator’ suami untuk meraih kejayaan dunia
dan akhirat. Itulah mengapa ada kalimat“Disebalik lelaki yang berjaya ada wanita
hebat di belakangnya” kerana wanita seperti ini adalah rezeki utama suaminya.
9. Wanita yang tak pernah putus doa untuk suaminya.
Wanita yang bersyukur adalah wanita yang menerima semua
kehendak dan takdir Allah padanya tapi tetap berusaha melakukan yang
terbaik termasuk dengan mendoakan suami dan anak-anaknya
agar berjaya dunia akhirat. Wanita ini tidak pernah putus doa, bahkan
menjadikannya sebagai rutin harian, penghias bibir setelah solat.
Wanita ini tahu bahawarezeki suaminya akan ditambah dan diberkati jika
dirinya sentiasa melibatkan Allah pada langkah suaminya melalui doa-doa yang
dipanjatkannya setiap hari.Itulah 9 ciri isteri yang akan membawa rezeki
bagi suaminya. Betapa beruntungnya seoranglelaki jika mendapatkan
isteri yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Jika pun isteri belum
memiliki ciri-ciri seperti di atas adalah tugas suami untuk mendidik isterinya,
kerana mendidik dan menjaga isteri adalah tanggungjawab suami dan
dia akan ditanya di akhirat tentang hal itu.
WALLAHUA’LAM…
http://pencetus.com/com
No comments:
Post a Comment