PM terus di asak untuk tidak meneruskan tugasan sebagai PM,
rakyat dan ahli UMNO dah tahu tembelang Najib,
1MBD telah memberikan satu kesan yang cukup mengharukan.
Walaupun pelbagai asakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan akan berkhidmat setelah tamat tempoh.
Bagaimanapun, persoalannya dapatkan beliau bertahan hingga ke akhir?
Tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin ada resipinya, seperti berikut:
1- ROMBAKAN KABINATE
1- ROMBAKAN KABINATE
Rombakan kabinet harus dilakukan dengan
mengetepikan “unsur tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk
Seri Shafie Apdal.
2- ZAHID SEBAGAI TPM
2- ZAHID SEBAGAI TPM
Lantik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan meletakkan Kementerian
Kewangan bawah sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini
mengawal Kementerian Pertahanan. Zahid juga boleh diberi portfolio
kementerian Hishammuddin sekarang.
3- PEGANG JUGA KDN
3- PEGANG JUGA KDN
Ambil alih Kementerian Dalam Negeri
supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi
tidak percaya di Parlimen.
4- ADAKAN PENULISAN UPAHAN
4- ADAKAN PENULISAN UPAHAN
Upah penulis surat layang “berwibawa:
untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya. Ini, kata Kadir,
boleh ditukar dengan ganjaran beberapa hari keluar penjara.
5- TUKAR PEGUAM NEGARA
5- TUKAR PEGUAM NEGARA
Gantikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizan Harun.
6- HUTANG MDB DI TIADAKAN
6- HUTANG MDB DI TIADAKAN
Hilangkan beban hutang 1MDB dengan
meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan
negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya.
Menulis dalam blognya hari ini, Kadir
berkata Najib mesti bertindak sekarang susulan pendedahan bahawa
simpanan 1MDB di Singapura bukan dalam bentuk tunai seperti dijelaskan
awal dalam jawapan bertulis parlimen.
Katanya, pindaan jawapan itu, kepada
simpanan dalam bentuk “unit” boleh menyebabkan prosiding ala pemakzulan
(penyingkiran) terhadapnya dibuat.
“Ingat pemakzulan terhadap presiden
Indonesia Abdurrahman Wahid pada 2001? Tetapi bawah undang-undang kita,
tiada peruntukan pemakzulan oleh Parlimen.
“Dewan bagaimanapun boleh meluluskan usul tidak percaya,” katanya.- mkini
No comments:
Post a Comment