Petunjuk Arah Kiblat Paling Tepat
Istiwa’ utama matahari merupakan fenomena di mana matahari akan berada
tepat di titik zenit (ghayah) ketika Istiwa’ (matahari berada tepat di
atas Kaabah).
Peristiwa ini akan berlaku dua kali tahun ini, 2015, (5.16 petang pada 28hb Mei dan 5.28 petang pada 16hb Julai), apabila nilai sudut Istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah, di mana Kaabah terletak.

Semakan Arah Kiblat
Dan pada tahun 2015 ini, 28 Mei 2015 jam 5.16 petang dan 16 Julai 2015 jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM),umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing.
Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat atas Kaabah bagi tahun 2015 pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat.
Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah.
Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat.
Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.
Apabila Istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat

- Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
- Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus.Bagi menyemak ketegakannya boleh diletakan tali yang diikat dengan pemberat dihujung tiang berkenaan.
- Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
- Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.
Apabila jam anda menunjukkan waktu 5.16 petang (28hb Mei) atau 5.28
petang (16hb Julai), matahari sedang Istiwa’ di atas Kaabah dan ia
menjadi penunjuk sempurna arah mana Kaabah berada.
Bayang yang terhasil ketika itu sedang selari dengan arah kiblat tempat anda (bayang akan jatuh ke sebelah timur, arah kiblat adalah ke arah barat/ke arah matahari

No comments:
Post a Comment