Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, May 31, 2015

BEKAS AHLI KABINATE KUTUK NAJIB


Najib Terkedu Dengan Kenyataan Ini? Bekas Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah ( gambar ) kecewa pendekatan kerajaan yang masih cuba menyelesaikan masalah kemiskinan menurut garis perkauman dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) ketika cabaran itu kini merentasi garis perkauman.

Beliau berharap Malaysia mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.

"Saya mengharapkan RMK11 akan meneruskan perbincangan itu. Malangnya tidak. "Maka kerana itu saya sangat sedih RMK11 masih mempunyai agenda Bumiputera.
Najib Terkedu Dengan Kenyataan Ini?

"Saya mengharapkan RMK11 sebagai pelan pertama yang tidak menangani masalah ini berdasarkan kaum tetapi berdasarkan keperluan," katanya sewaktu berucap pada forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu, Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia), di Petaling Jaya petang ini.

Menurut Saifuddin, satu perbincangan untuk menetapkan tempoh agar pembasmian kemiskinan berdasarkan kaum dihentikan, perlu diadakan.

Bagaimana pun, kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada 28 Mei lalu berpandangan agenda Bumiputera diketepikan dalam RMK11.
Menurutnya, ini kerana hanya 5% daripada 389 halaman laporan itu membincangkan agenda Bumiputera.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA