Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 27, 2015

GST - KESAN DI PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH

PILIHAN Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan Rompin sangat istimewa. Ia diadakan di kala pihak pembangkang mempunyai segudang isu, semuanya besar-besar belaka. Jika himpunan isu seperti itu berada di sebuah negara demokrasi selain Malaysia, maka hampir pasti parti kerajaan kalah dengan mudah.
Sekarang adalah ketika rakyat umumnya sangat marah dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang baru diperkenalkan pada 1 April 2015.


Janji para pemimpin BN, bila buat GST harga barang turun. Sebaliknya yang berlaku harga barang terus naik; sama ada naik kerana GST atau naik kerana kesan kenaikan GST. Para menteri, khususnya menteri penerangan menjadi sasaran serangan rakyat Malaysia saban hari.

Isu skandal kewangan yang berbilion-bilion sekalipun besar nilainya, sukar untuk menembusi hati nurani rakyat kerana mereka tidak faham. Isu kenaikan harga barang dan tekanan hidup serta segala akibat darinya betul-betul menimpa batang hidung rakyat.

Maka rakyat mudah untuk faham tanpa perlu pembangkang atur ceramah untuk fahamkan. Memang ada yang masih buta hati akibat menyokong kerajaan BN macam menganut sesuatu agama sehingga terus redho dengan kezaliman kerajaan terhadap mereka. Namun golongan itu semakin mengecil.
Golongan yang semakin besar ialah pihak yang membenci tindakan kerajaan kenakan GST.

Lagi isu besar adalah semua perkara yang berkaitan dengan Perdana Menteri yang dijadikan Segudang isu, belum tentu dapat membantu bahan serangan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Isu 1MDB, kekayaan keluarga Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, pembelian jet mewah, Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar, kejatuhan nilai ringgit, hutang negara, BR1M dan desakan letak jawatan – semua itu adalah isu besar setelah dimainkan oleh tokoh besar.

Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid yang turut membantu kempen Mahathir juga adalah tokoh-tokoh besar. Bahan percakapan mereka dalam mengulas isu Najib juga banyak boleh membantu Pakatan Rakyat. Daim dengan tegas nyatakan, bahawa satu saja punca kejatuhan nilai ringgit, iaitu rakyat tidak percaya pada kerajaan!
Lagi bekas Menteri Kewangan yang turut membidas kerajaan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, hutang negara Malaysia pada 2015 iaitu sebanyak RM847.9 bilion meletakkan negara dalam keadaan bahaya. Jumlah tersebut merupakan 63.8 peratus dari GDP. “Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4 peratus pada tahun 2015 yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia sehingga negara maju seper ti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah” dengan Malaysia,” ujar Ku Li.
Baru-baru ini kerajaan “mengganas” terhadap ramai aktivis kemanusiaan dan politik dengan memperalatkan Akta Hasutan.
Kira-kira 100 telah ditahan dan sebahagiannya telah didakwa di mahkamah. Itu juga isu besar.

Selepas itu muncul pula akta baru jelmaan ISA yang sudah mati iaitu Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Akta ini juga membenarkan penahanan tanpa bicara.
Orang yang dituduh tidak berhak membela diri. Undang-undang seperti ini pernah wujud di zaman Firaun, manusia zalim yang Allah rakamkan dalam al-Quran.
Kes liwat II Anwar yang memaksa beliau merengkok dalam penjara juga isu besar, namun ia tidak begitu berkesan untuk menarik simpati berbanding tahun 90- an dahulu. Mungkin zaman sudah berubah.

Isu paling besar dalam negara ketika ini ialah serangan Mahathir terhadap Perdana Menteri Najib. Ia mewujudkan blok yang berpihak kepada Najib atau menentangnya.
Di Kedah, pergolakan itu bawa kesan besar kerana menteri besarnya adalah anak Mahathir yang melawan Najib.

Majoriti bahagian Umno sudah sepakat untuk menolak Mukhriz jika beliau enggan nyatakan sokongan untuk Najib. Dengan lambakan isu-isu yang besar itu adakah Pakatan Rakyat akan menang dengan selesa di Permatang Pauh dan memberi cabaran hebat di Rompin? Hakikatnya, isu bukanlah segalanya.
Sebahagian besar orang Melayu khususnya lebih kuat makan umpan dari makan isu.
Maka kekuatan jentera pilihan raya juga sangat penting dalam menentukan keputusan pilihan raya. Isu memang memihak kepada Pakatan, tetapi cabaran Pakatan kali ini ialah kesepaduan kerjasama antara parti-parti komponen yang tidak memihak pula. Langkah Kajang pernah merencatkan kesepaduan.

Ia diikuti isu pilihan raya kerajaan tempatan. Kini isu hudud pula.
PRK kali ini boleh membuka petunjuk baru berhubung kesan perpecahan dalaman terhadap keputusan pilihan raya.

Pemerhati politik benar-benar berminat terhadap keputusan PRK di Permatang Pauh nanti kerana ketiga-tiga parti komponen memainkan peranan yang sama penting.
Jika keputusan tidak baik bagi Pakatan, terpulanglah pada parti komponen Pakatan sama ada mahu terus bersengketa atau mencari kejernihan. Keputusan PRK jadi testimoni.
Di Rompin, pihak yang diuji adalah para pengundi Melayu.

Keputusannya nanti boleh jadi kayu ukur sama ada Melayu sudah cerdik atau boleh terus diperbodohkan. Keputusan Permatang Pauh dan Rompin, kedua-duanya menarik untuk dianalisis.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA