Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 26, 2015

GST - AHMAD MAZLAN DI BIDAS

Dalam menangai isu GST ini dua menteri cara tak langusng telah memperlihatkan betapa tidak cerdeknya mereka, masing-masing cuba menonjolkan kebodohan peribadi. Antara Ahmad Mazlan dan Ismial Sabri tidak pernah rasa kesal dengan kenyataan mereka untuk memastikan GST di terima oleh rakyat. Akhir sekali Ahmad Mazlah sangguh menyangkal Mahathir ssendiri dengan kenyataan, Mahathir masih belum faham tengang GST, tapi kalau bagitu, bekas PM pun tak faham apatah lagi dengan rakyat dan khsuusnya masyarakat di perkapongan. Bodoh sombong mereka amat menyedihkan sekali sehinggalah di nyatakan kenyataan di bawah oleh kepimpinan PR.


 
UNTUK menjawab Timbalan Menteri Kewangan tentang alternatif kepada GST, Pakatan Rakyat telah membentangkan alternatif yang jelas dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2015.
Kerajaan menjangkakan peningkatan pendapatan sebanyak RM5.6 billion sahaja dengan GST 6%. Kami ingin menjawab di manakah kita dapat menampung pendapatan tersebut.



1. CGT Ganti GST

Dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2015, Polisi cukai kami akan menunjukkan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) akan menggantikan GST. Kami melihat CGT sebagai cukai progresif yang diterima dengan meluas manakala GST pula lebih bersifat regresif. Dari sudut pengiraan pula, jika kita mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada tanpa pendapatan cukai tambahan RM5.6 billion daripada GST, kami menyasarkan CGT mampu memberikan sejumlah RM3 billion pendapatan cukai tambahan.

2. Menghapuskan Rasuah dan Pembaziran

Selain dari itu, polisi percukaian kami juga akan memberikan tumpuan dalam menghapuskan korupsi dan kegiatan merentir pada peringkat kutipan. Sebagai contoh, kami tidak akan sesekali mengambil langkah pembahagian untung bersama syarikat swasta berkaitan pengutipan cukai. Kami lebih memilih kontrak perkhidmatan yang lebih mudah dan jelas berbanding kontrak penswastaan dan skim insentif konsesi. Begitu juga menghapuskan pembaziran kerajaan seperti pembelian jet peribadi baru ACJ320 yang 'terlebih belanja' RM 109 juta dan kos penyelenggaraan yang memakan belanja RM690 juta. Kami menjangkakan secara konservatif jumlah penjimatan keseluruhan sebanyak RM1 billion akan berjaya dikumpulkan apabila gejala rasuah dan merentir berjaya dibendung melalui tekanan politik.

3. Pendapatan Selain Cukai

Belanjawan Pakatan Rakyat berhasrat untuk merombak dua polisi berkaitan pendapatan selain cukai; iaitu penjualan tanah dan lesen. Kami akan memastikan bahawa harga pasaran yang setimpal akan dibayar bagi sebarang penjualan tanah di masa hadapan. Kami juga akan memastikan nilai sebenar akan dibayar untuk sebarang lesen bagi sektor yang bersifat monopoli.

Antara aset yang paling bernilai dan dinilai rendah oleh Kerajaan Persekutuan adalah tanah-tanahnya. Tanah bernilai milik Kerajaan Persekutuan telah samada dijual dibawah nilai sebenar atau ditukar lebih rendah daripada nilai pasaran sebenar. Antara urusniaga yang jelas meragukan adalah urusniaga 1MDB TRX untuk TUDM Sungai Besi, bekas tanah RRI kepada KWSP, dan bekas Taman Tunku berdekatan Stadium Merdeka kepada PNB.

Bagi isu perlesenan pula, kami mendapati bahawa banyak lesen yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat tanpa jumlah bayaran yang setimpal. Antara contoh ialah lesen siaran TV berbayar yang diberikan kepada Astro dan yang terbaru Asia Broadcasting Network (ABN) dan juga lesen operasi 4G yang diberikan kepada syarikat telekomunikasi sekarang dan syarikat baru Puncak Semangat.

Pakatan Rakyat percaya jika sistem lelongan awam yang terbuka dijalankan ia mampu menjana lebihan pendapatan. Kami menjangkakan secara konservatif penjimatan keseluruhan berjumlah RM3 billion setahun dapat dicapai melalui lelongan tanah dan lesen yang betul.

Kami menyeru Timbalan Menteri Kewangan lebih rajin membaca. Beliau bukan orang yang bodoh. Beliau boleh baca secara lanjut Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 untuk mendapat ilmu yang lebih tentang alternatif kepada GST.

Kami yakin dengan adanya pendekatan-pendekatan sedemikian, kerajaan boleh menerima RM 7 billion, lebih daripada RM5.6 billion yang dijangkakan oleh kerajaan. Ini cukup untuk menampung belanjawan Negara dan Rakyat tidak perlu dibebankan dengan GST. 
 
Sim Tze Tzin
Pengarah Biro Strategi PKR

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA