Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 6, 2015

GST - GENG SUKA TIPU


1 April 2015, kelahiran GST ( Goverment Sevices Tax ) secara tak sedar memperlihatkan kepada kita bagaimana kepimpinan dalam UMNO itu sendiri di lihat sebagai mereka dari kalangan yang suka berbohong atau pun mereka yang sentiasa mengampu kepimpinan tertinggi. Rata-rata rakyat mengatakan GST pasti akan membebankan rakyat tapi bagi mereka hanya dengan GSTlah negara dapat di bangunkan dengan lebih sistematik dan banyak projek untuk rakyat dapat di zahirkan.

YB Ahmad Maslan melahirkan kenyataan di mana kutipan GST bukanlah bertujuan untuk membayar hutang negara yang kini sudah sudah pun melepasi angka 7ratus bilion. YB ini menganggap rakyat kini tidak berilmu dan mudah menerima apa saja dari pemimpin, sedangkan pemimpin sentiasa berbohong.

Apakah YB Ahmad Maslan memang suka menipu? musibah banjir baru-baru ini beliau juga memberikan kenyataan yang sungguh mendukacitakan,  berbeza antara beliau dengan pihak Majlis Keselamatan Negara - peruntukan bantuan cuma 41juta RM kata MKN tapi bagi Ahmad Maslan berjumlah 800 juta RM

Sedangkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab mendedahkan bahawa peruntukan banjir hanyalah RM41 juta yang diluluskan. 
Bagi  Datuk Hasan Malek ( Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ), pula baru sedar kemampuan staf kementerian tidak mampu untuk membuat pemantuan ke seleruh negera. mengapa isu kekurangan staf ini tidak di timbulkan semasa GST itu dalam perancngan? Sudah dilaksankan baru sedar kekurangan ini. Apa muslihat YB ini?

Sehari selepas kelahiran GST, dua orang Menteri terus berbalah di persidangan parlimen, sungguh menakjubkan, timbalan menteri dan menteri jaga perdagangan sungguh jauh sekali kenyataan kaitan dengan laporan ketidak puasan hati rakyat terhadap pelaksanaan GST itu.

Diparlimen - apa terjadi?

Menjawab soalan dari YB Sapawi Ahmad Wasali (BN–Sipitang) berhubung tindakan kerajaan untuk membendung aktiviti memasukkan bayaran GST untuk barangan berkadar sifar atau dikecualikan.

YB Ahmad Maslan cukup bangga dengan apa yang terjadi, jangkaan  beliau untuk menerima hampif 100k bantahan meleset dan yang di terima oleh pihak kementerian kewangan cuma 800 bantahan sahaja. Ianya satu permulaan baik kepada pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu. beliau juga menemplak tentangan dari pihak pembangkang.

Ini pula kenyataan dari Menteri PDNKK
Menteri: 23,000 aduan mengenai GST semalam

Kerajaan nampaknya memperolehi laporan yang bercanggah mengenai jumlah aduan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.

Ini bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bahawa terdapat hanya 800 aduan mengenai GST semalam.

Daripada 23,871 aduan yang telah dibuat melalui MyKira GST semalam, 8,618 aduan adalah mengenai harga di luar margin (keuntungan yang boleh diterima), kata Hasan kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Hasan telah membangunkan aplikasi MyKira GST bagi membolehkan pengguna menyemak harga lebih 10,000 barangan.
-mk
Kalau demikian dari kedua-dua pemimpin ini yang mana rakyat nak dengar? YB Maslan Atau YB Hassan atau pun kita namakan mereka Geng Suka Tipu ( GST )

Ahmad Maslan perlu diheretkan ke Jawatankuasa Parlimen kerana memberikan maklumat palsu di Dewan Rakyat.

Apakah mereka perlu di bawa ke muka pengadilan?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA