Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 5, 2015

GST - SEJAUH MANA KEIKHLASAN KERAJAAN

 Rakyat masih terigau-igau dengan pelaksanaan GST ( Govverment Service Tax ), kejutan di mana-mana, dari barang terkawal hingga lah barangan yang sememang nya perlu di kenakan cukai. persoalannya apakah keperluan dan SST yang dulu sudah di mansuhkan dan kini hanya tinggal cukai GST sahaja? atau sebaliknya cukai zaman SST di tambahkan pula dengan GST? persoalan ini perlu di berikan penjelasan oleh kerajaan untuk pengetahuan rakyat.



This what Najib says:-
Datuk Seri Najib Razak said today the government was committed to ensuring that the implementation of the goods and services tax (GST) would not burden the people.

The prime minister said it should be realised that the primary objective of the implementation of the GST was to strengthen the country's financial resources and, eventually, ensure more effective development for the nation's progress and people's good.

"Our aim of implementing the GST is not to burden the people. We implement the GST in a way to minimise the burden on the people. No other country has given as many zero-rated GST and exemptions as we have.

"This goes to show that the government really does not want to burden the people. We will implement the GST without burdening the people. At the same time, we will raise the nation's revenue, and this is for the people's good," he said.
Apakah benar kata-kata ini?

Kita tak payah pergi jauh. Lihat saja kepada perkhidmatan MyEG. Dah tengok dah kat website, apa itu MyEG? 


MyEG ialah satu perkhidmatan yang disediakan kepada kerajaan. Bagi memudahkan urusan rakyat dalam hal-hal tertentu. MyEG bukan agensi kerajaan. Sebaliknya satu jenis perkhidmatan yang dibangunkan oleh syarikat luar. Namun perkhidmatan mereka deliver kepada kerajaan Malaysia. Yakni, sudah tentu la kerajaan ada bayar apa-apa kat MyEG sebagai upah kepada perkhidmatan yang disediakan.

Dan itu pun, kerajaan kenakan GST.

Memang pelik nak mampos.

Antara beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG ialah ;

- Check saman
- Renew permit
- Renew roadtax
- Bayar zakat pun dah boleh
- Bayar saman pun boleh juga

Dan banyak lagi la yang berkaitan.

Yang jadi persoalannya ialah, untuk bangunkan website sebegitu, wang pembayar cukai sudah dihabiskan bagi membayar kos-kos berkaitan sepanjang tempoh perjanjian berjalan.

Motifnya adalah untuk memudahkan urusan rakyat Malaysia dalam hal-hal tertentu berkaitan agensi kerajaan dan pembayaran.

Tapi?

NAJIB CAJ GST SEMATA-SEMATA GUNA CUKAI RAKYAT UNTUK GUNA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PORTAL BERKENAAN?

Pertambahan caj ini memang membebankan, sebelumnya tak kena tapi kini kena pula, apa yang pasti jika kos bertambah sudah pasti wang di keluarkan lebih lagi. Cuba kita bayangkan jika urusan itu 1 atau 2 atau 3 atau 4 atau hingga 20. sudah pasti bayarannya ini. so apakah ianya tidak membebankan?

Tak membebankan rakyat ke?

Cakap ada tengok fakta ke takde sebelum membebel depan orang?

Dan macam mana pula dengan kad pelajar?


 Dulu kata semua urusan pelajar di kecualikan dari GST tapi kini idak pula, Kad pelajar, tambang menambang, bahan bacaan, semua nya ada GST. Mungkinkah beli satu buku komik pun kena GST - parah, parah dah parah.

Selain dari kad pelajar, kad Touch N Go pun tertakluk GST.

Tengok ;



Satu lagi kemudahan untuk rakyat ( pengguna lebuh raya ) kad Touch N Go pun kena GST. Mungkinkah pihak tertentu di kementerian Kenwangn terlepas pandang kepentingan kad - kad ini. Apakah kerajaan sudah mula menampakan kegilaan mereka, mereka sudah lupa daratan, sudah lupa kepentigan rakyat atau " rakyat kini memang di dahulukan "

Mungkin aku boleh faham kenapa kerajaan mencukai Touch N Go. Tapi aku sikit pun tak nampak apa rasionalnya mencukai perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB dan MyEG. Itu betul-betul dah membuktikan kerajaan kau dah hilang akal.

Satu lagi bila menteri sebut GST perlu untuk menampung kenaikan gaji dan pencen kakitangan awam.



ISU GAJI PERKHIMATAN AWAM
Kakitangan awam perlu naik gaji dan pencen. Menteri perlu naik gaji dan ada pencen. Wakil rakyat perlu naik gaji dan pencen. Kakitangan swasta pula bagaimana? Kami tak perlu kenaikan gaji apatah lagi takde pencen. Bagaaiaman masyarakat lain, orang kampong, pekerja swasta?

Tapi apa yang sedihnya dalam hal ini, rakyat majoritinya tidak bersedia untuk bersama-sama menyatakan " kemarahan "  keadaan dan tindakan kerajaan ini, ambil saja anggota PDRM, bukan mereka nak sokong tapi jangan pukul pun ok le, nak gaji naik rakyat di kerah tenaga, rakyat marah jangan naikkan cukai PDRM marahkan rakyat pula?

Kita juga perlu ingat untuk membangunkan negara bukan cukai orang UMNO sahaja atau orang BN sebaliknya semua rakyat, tak kira dari parti dan fahaman parti mana, hatta kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor juga membayar cukai untuk negara.

Nak naik gaji punya pasal. Rakyat kena bayar GST. Nampak tak betapa bergantungnya kerajaan pada rakyat marhaen. Rakyat dan kerajaan di pisah tiada, memang perlu bekerja sama, tapi kenapa kepimpinan rakus dan tamak, tak sedar diri, perbelanjaan di bayar oleh rakyat.

Itupun nak buli2 lagi dengan sediakan perkhidmatan tahap sampah sarap terutamanya bab kualiti pendidikan dan kesihatan.

Cukai negara sudah mencecah hampir 800 bilion, apakah dengan GST ini bukan untuk rakyat tapi untuk menutup hutang-hutang tersebut? ada menteri cukup bodoh, GST bukan untuk bayar hutang tapi untuk apa?

GST amat membebankan rakyat.

1 comment:

  1. Manyak.suey la ini orang jadi pm malaysiaa banyak bala dan malapetaka ayaa kasi tukak cepat cikit loo. Umno manyak bodooo talak.tau pilih ketua looo.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA