SHAH ALAM - Caj perkhidmatan sehingga 10 peratus masih dikenakan oleh segelintir peniaga kepada pengguna walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan pada 1 April lalu.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah
Sani berkata, walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuh dan
digantikan dengan GST, namun caj itu masih dikutip oleh peniaga.
" Saya sendiri terasa beban GST itu, bayangkan ada kedai dan restoran
mamak mengenakan caj servis lima peratus dan ditambah pula GST enam
peratus menjadikan jumlah cukai 11 peratus.
"Kesan GST dan caj servis ini memberi implikasi yang besar kepada
kenaikan harga barang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata
beliau akan membawa isu tersebut ke Dewam Rakyat susulan tindakan
peniaga yang mengenakan caj berganda itu.
"Resit pembelian saya masih simpan nanti saya akan bawa ke Parlimen
untuk mendapatkan pengesahan daripada kerajaan yang sebelum ini
mengatakan caj servis tidak dikenakan lagi bila GST dilaksanakan.
"Menteri Kewangan II sebelum ini berkata caj servis tidak kena (dicaj
kepada pengguna), caj 10 peratus itu tiada lagi, yang tinggal hanya
enam peratus saja. Sekarang ini kenapa masih ada lagi (caj servis),"
soalnya.
Dalam pada itu, Abdullah turut menyifatkan GST masih gagal menyeragamkan cukai-cukai sedia ada termasuk SST dan caj servis.
"Saya tengok keadaan ini sangat kritikal apabila caj servis ini
dikenakan di restoran makanan yang dikunjungi oleh rakyat biasa kerana
alasan kerajaan perkenalkan GST untuk seragamkan cukai-cukai sedia ada
untuk meringankan beban rakyat.
"GST masih gagal seragamkan cukai-cukai sedia ada dan ia hanya merunsingkan rakyat.
"Sekarang ini bila tengok dalam resit tertera caj servis dan ditambah
pula dengan GST, ia benar-benar menganggu permikiran kita," katanya
lagi. ehsan Trungkite
No comments:
Post a Comment