Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 20, 2015

GST - ADA CARA LAIN CUKAI BOLEH DI LAKSANAKAN

Kaitan dengan isu GST, memang tidak dinafikan ianya sudah pun dilaksanakan dan pelaksanaannya telah pun menimpulkan banyak keraguan, dari kenyataan yang adanya keperluan asas yang tidak di kenakan cukai ini, ada juga kalangan pemimpin yang anggkuh hanya dengan mereka yang kaya sahaja akan dikenakan cukai atau corak kehidupan perlu ditukarkan, tidak makan di kedai, ubah cara hidup dengan turut ke kebun dan sebagaiknya

Satu lagi isu buat kepimpinan ialah tidak bersedia untuk menerima tegoran dan pandangan pihak lain, khususnya dari pembangkang. Mereka menganggap pembangkan tidak memiliki idea mereka sentiasa kebelakang. Cuba kita ambil pilihan kepada isu-isu di bawah ini.

Alternatif Kepada GST

Alternatif Praktikal Kepada GST (dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pandan, 
Rafizi Ramli di Parlimen gambar ):


Capital Gain Tax – boleh dikenakan ke atas bond, saham, unit trust, emas, atau apa saja jenis asset yang nilai harganya naik, dan dibuat keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan dijual pada harga lebih tinggi. Namun realitinya agak tipis kemungkinan kerajaan akan mengenakan capital gain tax sebagai langkah menyelesaikan beban hutang kerajaan. Ini kerana kerajaan perlu mengurangkan beban hutang untuk memastikan ekonomi Malaysia mampu menarik perhatian pelabur asing.

Tindakan mengenakan Capital Gain Tax akan melarikan mereka, maka sekali gus walaupun pendapatan negara semakin kukuh, pelabur asing akan lari maka antara matlamat utama hutang negara ingin dikurangkan tidak dicapai.

Real Property Gain Tax (RPGT) juga adalah sejenis capital gain tax. Ini adalah satu-satunya capital gain tax yang wujud di Malaysia. Boleh dilihat kesan daripada penghapusan RPGT pada tahun 2007 oleh Pak Lah menjadikan harga rumah melonjak naik beberapa kali ganda.

Windfall Tax – adalah cukai yang dikenakan ke atas syarikat yang mendapat keuntungan besar hasil daripada keadaan ekonomi yang memanfaatkan industri tersebut. Kebiasannya dikenakan ke atas barangan commodity seperti getah, kelapa sawit, biji timah, dan lain-lain

Mengikut wakil rakyat di Parlimen, windfall tax ada dikenakan di Malaysia seperti di dalam industri kepala sawit. (Maksudnya jika harga sawit naik melonjak, akan dikenakan cukai tambahan ke atas syarikat kelapa sawit).

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA