MINDA Mahathir merupakan satu mata pelajaran wajib
di Universiti Teknologi Mara, UiTM satu masa dahulu. Aku tak pasti
sama ada para pelajar UiTM hari ini masih diwajibkan mengambil subjek
itu.
Subjek
ini diwajibkan di universiti bukan untuk mengajar pelajar berfikir
seperti Mahathir, apa lagi untuk mendidik pelajar menjadi Perdana
Menteri Malaysia. Sebaliknya, ia diwajibkan di universiti supaya para pelajar ini percaya Mahathir seorang pemimpin hebat, pemikir ulung, malah seorang lagenda.
Tujuan ia diajarkan supaya para pelajar ini semua nanti keluar ke alam lepasan universiti sebagai golongan-golongan yang mengagumi Mahathir. Mereka ini pula nanti akan mengajak orang-orang lain supaya mengagumi Mahathir seperti mereka.
Ini hanyalah sebahagian
daripada banyak lagi strategi jentera propaganda yang dibina untuk
menjalankan proses indoktrinasi agar rakyat mengagumi dan mengagungkan
Mahathir.
Jelas tujuan indoktrinasi jenis ini pada asalnya untuk kebaikan parti pemerintah, Barisan Nasional mengekalkan kuasa. Di mana golongan yang sudah di 'brain washed' ini bukan sahaja akan kekal menyokong BN, malah mengajak orang lain menyokong BN.
Namun hari ini, ia nampaknya telah bertukar kepada apa yang dikatakan, 'senjata makan tuan'
apabila orang yang dijadikan 'idol' untuk dikagumi itu telah
menggunakan pengaruhnya yang dibina oleh pemerintah untuk menjatuhkan
mana-mana pemimpin BN yang tidak disukainya.
Pelaburan besar telah dibuat berpuluh tahun, agar rakyat mengagumi Mahathir, kini pelaburan lebih besar perlu dibuat oleh kepimpinan Najib Tun Razak agar para pengkagum Mahathir ini dapat ditawarkan dan otak-otak mereka boleh kembali berfikir seperti mana ia patut berfikir.
No comments:
Post a Comment