Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 19, 2015

GST - MAKIN MENGELIRUKAN....


Definisi GST
CUKAI barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap proses jual beli yang berlaku melainkan jika mendapat pengecualian daripada kerajaan. Cukai tersebut dikenakan dari tahap membeli barang mentah, kepada penghasilan, jualan kepada kedai-kedai dan jualan kepada pelanggan.


 
Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST, yang diperkenalkan pada 1 April lalu kini menimbulkan pelbagai ketidakpuasan hati kepada kerajaan. Tetapi, apakah sebenarnya masalah terbesar kerajaan dalam GST?
Masalah pertama ialah jurucakap GST – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Hanya untuk renungan kaitan dengan GST

Faedah Utama
Pendapatan negara akan meningkat dan orang-orang kaya businessman yang melarikan diri daripada cukai selama ni akan kena bayar cukai. Negara boleh menggunakan duit tersebut untuk melakukan lebih banyak pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Keburukan Utama

Paksaan cukai tersebut akhirnya pasti akan pergi kepada pelanggan (rakyat terbanyak, miskin atau kaya semua kena). Dicampur dengan kos tersembunyi yang meningkat, harga barang secara keseluruhan pastinya akan meningkat, sebaliknya harga barang bagi barangan bergantung kepada budi bicara penjual.

Untuk melaksanakan satu-satu perubahan, pihak tertentu amat perlu meyakinkan pihak penggunan kaitan dengan isu yang dimainkan. Dalam hal GST ( Govement Servix Tax ) ini menteri yang di pertanggongjawabkan Ialah Menteri Kewangan dan Menteri Penggunaan. Bagi mereka untuk meyakinkan rakyat, mereka perlu mengkaji dan meneliti semua hujjah yang boleh di terima oleh rakyat. Rakyat amat faham dengan adanya cukai sudah pasti barang keperluan naik harga ) Tapi sedih kedua-dua menteri ini tadak percaya dan meneruskan keyakinan agar rakyat menerimanya dan TERKELUARLAH kenyataan yang BODOH  dan kenyataan itu pula boleh melambangkan betapa BODOHnya mereka.


Akhirnya apabila pelaksanaan di buat, rakyat amat terkejut dengan apa yang terjadi, hujah pemimpin hanyalah satu ilusi dan ianya bertentangan dengan yang realiti. Rakyat terasa tertipu kerana hakikatnya mereka terpaksa membayar lebih. Rakyat mendapat duit poket pula semakin kurang. Ramai yang bekerja pula tiada masa untuk memasak sendiri. Ini menyebabkan keyakinan kepada Barisan Nasional (BN) juga terjejas termasuklah imej perdana menteri. 

Pelaksanaan GST juga memperlihatkan kepada kita ketidakupayaan Putrajaya menunjukkan kemampuan mengawal belanjanya. 

Apabila rakyat di situasi sempit, sepantas kilat kerajaan akan mengingatkan rakyat supaya hemah berbelanja. Malah perdana menteri sendiri menasihatkan rakyat Malaysia menggunakan sepenuhnya kuasa mereka sebagai pengguna dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada peniaga sengaja mengambil kesempatan di sebalik GST. 

KERAJAAN GAGAL 
RAKYAT PERLU MENGIZINKAN KEGAGALAN MEREKA.

Kegagalan ini juga mencerminkan kepada rakyat betapa lemah dan kurang " daya fikirnya " kepimpinan di bawah Najib, khususnya kepada kedua-dua mentteri tersebut.

 Golongan mereka yang berpendapatan rendah adalah yang amat terasa sekali dengan GST ini.  Namun kajian mendapati jika barangan asas dikecualikan daripada GST seperti dilakukan Malaysia, perbezaan kesan antara golongan miskin dan kaya tidak begitu berbeza.


 Kabinate perlu mencari dari kalangan kepimpinan lain untuk meneruskan cita-cita pelaksanaan GST ini. Ayat seperti " GST yang merasakan ialah golongan kaya dan tidak melibatkan orang berpendapatan rendah " perlu di tidadakan kerana rakyat bukan bodoh seperti yang di sangkakan, tapi mungki dari kalangan orang UMNO entah lah.

Selain dari menggalakkan rakyt untuk membantu kerajaan dari sudut mencari sumber kewangan negara, adakah kerajaan juga mendapatkan pembelian yang paling menjimatkan wang rakyat tatkala duit tidak cukup dan hutang bertimbun?
Sebagai langkah berjimat cermat apakah ada saranan kepada semua menteri dan jabatan kerajaan untuk mengurangkan belanja, mengurangkan lawatan ke luar negara dan juga mendenda dengan tegas kepada nama-nama jabatan yang muncul dalam laporan tahunan audit negara? 

Persoalan kini, bagaimana pula di peringkat kerajaan? 

Mac lepas keajaan mohon budget tambahan berjumlah RM2.2billion, unuk apa? baru lepas berapa bulan budget 2015 di bentangkan. Dah mohon lagi? apakah kerajaan rakus dan berbelanja tidak memikirkan orang ramai? atau ikut selera sahaja? Jon le kita sama-sama berjimat.

Sebagai renungan mengapa rakyat membantah penggunaan GST?

Korupsi masih berleluasa, pembaziran masih banyak berlaku, namun kerajaan tidak mengambil serius di dalam menguruskan perkara tersebut, namun sebaliknya mengenakan GST seolaholah ingin rakyat yang membayar korupsi dan pembaziran yang berlaku.
Harga barang sedang naik secara berturut-turut beberapa bulan ini bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian kenaikan tarif elektrik. Pelaksanaan GST bermaksud sekali lagi harga akan naik. Rakyat perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan harga yang baru.

Kerajaan perlu sedar ini juga penyumbang terbesar 
kepada tentangan rakyat pada GST sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA