Mungkin
1MDB tidak membawa kemusnahan namun besar kemungkinan kita dilanda
bencana “(Dalam keadaan gagal menjelaskan pinjaman), keuntungan sesebuah
bank mungkin terkesan tetapi tetap mendapat untung. Ia tidak akan
musnah secara sistematik, dengan modal yang mencukupi,” ujar Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz. Ia bagi memberi gambaran
apa yang akan terjadi sekiranya Lembaga Pembangunan 1Malaysia (1MDB)
gagal membayar balik pinjamannya.
Tetapi
seperti dinyatakan dalam laporan Kinibiz, Zeti ( gambar ) memberi gambaran tanpa
menamakan firma terbabit, dengan ujian ketahanan menunjukkan risiko
sistematik tidak kelihatan bagi pinjaman sesebuah entiti peniagaan,
iaitu 1MDB. Mungkin beliau tepat tentang ini kerana di dalam pinjaman
yang dilakukan 1MDB, terdapat pelbagai cara melihatnya. Sepertimana
dakwaan yang dilemparkan figura pembangkang serta para pengkritik di
dalam pengurusan bank-bank tempatan terhadap hutang 1MDB, terdapat
pelbagai cara yang diambil bagi menangani isu terbabit.
Pihak
bank bagaimanapun menafikannya. Antara dakwaan yang dibuat ialah
bagaimana Bil Perbendaharaan menilainya pada kadar RM2 bilion bagi
membantu 1MDB, walaupun Zeti dipetik menafikannya di dalam laporan
Kinibiz yang sama. “(Isu) ini telah dilakukan secara berkala dan menurut
kepada kalendar yang ditentukan. Bil Perbendaharaan tidak dikeluarkan
bagi pembayaran hutang domestik dan bagi pembayaran hutang asing,
kerajaan pada kebiasaannya akan memberitahu kami dahulu.”
Dalam
apa sahaja kes, mungkin terdapat langkah mencukupi bagi menyerap
kegagalan menjelaskan pinjaman di pihak bank, dan mungkin modal
mencukupi sepertimana yang dinyatakan beliau. Tetapi tanpa memikirkan
hutang domestik 1MDB, Zeti mungkin terlupa atau sengaja tidak
menyuarakan kebimbangan tentang hutang asing yang turut dimiliki
syarikat tersebut. Dalam perkara ini, tentunya sesetengah bank berdepan
masalah mendapatkan keuntungan sambil tahap sistematik sektor pinjaman
kita akan turut terjejas. Penyampai radio BFM di dalam wacana mereka
tentang 1MDB pada 11 Mac berkata, hutang yang gagal dijelaskan 1MDB agak
banyak dan paling mustahak, kerajaan Malaysia mengeluarkan surat
jaminan baginya.
Dengan
kekurangan hasil bagi syarikat pelaburan kerajaan itu, keadaan ini
pasti membimbangkan. Mereka berkata, kesan akibat kegagalan menjelaskan
hutang 1MDB akan menggugat kedaulatan negara. Tak syak lagi, ia bakal
memberi kesan kepada keyakinan para pelabur dan pemberi pinjaman
terhadap keupayaan fiskal Malaysia. Mungkin bahayanya tidak dari segi
sistematik seperti yang diungkapkan Zeti, tetapi ia mungkin membawa
bencana buat penilaian kedaulatan dan kesihatan fiskal negara kita.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment