Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 15, 2015

SHAFEE TAKUT BERDEPAN DENGAN MAJLIS PEGUAM

Nik Nazmi 
KUALA LUMPUR 15 MAC- Angkatan Muda KEADILAN secara sinis memyelar tindakan peguam, Datuk Seri Shafee Abdullah mendapatkan perintah mahmamah bagi mengelakkan dirinya berhadapan  Majlis Peguam.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad ( gambar ) berkata, Shafee selaku pendakwa dalam kes Fitnah II sebelum ini mendabik dada  dengan mengatakan Saudara Anwar Ibrahim  ’akan pengsan’ jika disoal balas pihak pendakwa.


“Amat aneh ketika mana Shafee secara bebas mengutuk pihak lain – namun ketika giliran tindakannya diadili – beliau memilih untuk pada saat-saat akhir mendapatkan injunksi interim daripada mahkamah menghalang anggota Majlis Peguam membincangkannya,” ujar Nik Nazmi dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menyifatkan tindakan tidak profesional Shafee menyertai siri jelajah Pemuda Umno dan bertungkus lumus menyerang Anwar sebagai insiden luar biasa dalam sejarah sistem keadilan negara.

“Semasa program itu beliau telah menghina pasukan pembelaan, mengecam Anwar dan secara angkuhnya menyatakan bahawa Anwar akan “pengsan di mahkamah” sekiranya memilih untuk disoal balas oleh pihak pendakwa – tuduhan-tuduhan yang tidak boleh dijawab oleh Anwar,”.

“Malah, Shafee sanggup berkongsi kononnya butir-butir lucah dalam kes tersebut – yang mana sesetengahnya tidak ada pun di dalam transkrip mahkamah,” katanya.
Sebelum ini ramai anggota Majlis Peguam Malaysia mengecam tindakan Shafee menyertai jelajah Pemuda Umno, kononnya bagi menerangkan kes berkenaan.
Ekoran itu, dua anggota kanan Majlis Peguam iaitu Peguam Perlembagaan, Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C George membawa usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan badan itu bagi “mengecam sekeras-kerasnya” tindakan memalukan Shafee.

Bagaimanapun, Shafee pada 13 Mac lalu berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Majlis Peguam mengemukakan usul mengenai kelakuannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65667

1 comment:

  1. 'No Ball' kata orang putih, takdak telor kata orang melayu..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA