Rakyat kena tahu
duplicity atau klentongan pemimpin2
kerajaan BN. Mereka akan melakukan yang terbaik untuk menegak benang basah dan
menipu rakyat.
Beberapa hari
yang lalu, Husni Hanadzliah , menteri kewangan 2 menyatakan bahawa wang RM950
juta yang diketepikan untuk 1MDB adalah standby
credit bukan pinjaman atau bailout.
Silalah nyatakan
apa bezanya- bila RM950 juta benar2 digunakan oleh 1MDB? Bila ia digunakan bagaimana? Ia akan jadi
hutang. Dan hutang lah yang diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda yang
mengesahkannya. Ia nya pinjaman dengan terma dan syarat pinjaman komersial.
Siapa yang cakap
benar dan siapa yang tipu? Dan saya mahu semua pembaca tahu bahawa Husni ini
lagi seorang pemimpin umno yang tidak bertulang belakang- The Oracle of Syed
Putera pernah beritahu saya, bahawa Husni tidak akan berani buat keputusan apa2
kecuali mendapat clearance dari boss. He’s a weak fellow.
Dan jika Husni
buat kenyataan bahawa RM950 juta adalah standby
credit- mestilah istilah itu dipersetujui oleh Bossman Najib. Dan Bossman Najib, satu Malaysia dah tahu-
orang nya blur.
Bahkan, sebelum
itu apabila ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Rafizi Ramli mendedahkan
bahawa perbendaharaan telah menyuntik RM950 juta kepada 1MDB- yang sudah
membebankan negara dengan potential bailout berbilion Ringgit, orang tidak
percaya dan menuduh Rafizi membuat fitnah dan pembohongan.
Yang paling vocal
dan keras mengutuk pendedahan Rafizi Ramli itu ialah Syed Ali Al-Habshee yang
sememangnya berkerja dan beroperasi sebagai pengampu Najib dan Rosmah. Itulah kerja
nya sebagai sumbangan untuk dapat bisnes dan kontrak dari kerajaan BN.
Malah dia adalah
seorang dari dua yang menggerak dan menganjurkan himpunan ikrar taat setia dan
sokongan kepada Najib tempoh hari . ya- itulah maksud himpunan solidarity bersama
Najib. Ianya himpunan menjeritkan sokongan dan ikrar taat setia tenggelam atau
berenang bersama Najib. Kepada saya, tenggelam bersama itu kurang, berenang
menyelamakan diri masing2 itu tabiat UMNO. Bila datang ujian, orang UMNO akan
lari.
Oleh kerana ianya
bukan anjuran rasmi parti UMNO tapi dianjurkan oleh 2 orang yang mahu menempah dan
mengekalkan relevance- yang lagi satu Fatmi Salleh, ramai ketua bahagian dan
pemimpin UMNO tidak hadir.
Jadi, ada
kebenaran nya, jika kita tidak perlu membaca lebih mendalam terhadap
ketidakhadhiran ramai ketua bahagian dan pemimpin UMNO. Lagi pun antara yang
hadhir itu- 135-154 orang, bukan semua nya ketua bahagian.
Walau tidak ada
secara fisikal, mereka bersatu secara spiritual yakni disatukan oleh kegiatan
mengebas harta benda negara. Dalam hal ini, mereka tetap bersatu dan sikap
mereka dalam kes 1MDB ini membayangkan betapa kuat nya kegiatan tersebut. Mereka
akan mempertahankan hak untuk melarikan wang rakyat sampai ke tetesan darah
terakhir.
Sekarang apabila
Husni Hanazliah sudah pun mengesahkan bahawa memang benar RM950 juta disediakan
untuk 1MDB mana nak taruh muka Tuan Syed ini? Orang UMNO bukanya tahu apa angkara
durjana yang pemimpin mereka lakukan dalam kamar2 pejabat masing2.
Saya hendak
ulangi kenyataan yang selalu saya buat- tidak berkurangan lansung keMelayuan
kita kalau kita tidak bersama sokong UMNO. Banyak kali kita katakana kita tukar
wadah bukan tukar aqidah. keMelayuan dan keIslaman kita tidak bergantung kepada
UMNO.
Quran menyuruh
kita bertolongan antara satu sama lain melakukan yang maaruf dan kebaikan dan
bantu membantu meningkatkan ketaqwaan dan keimaman. Quran tak suruh kita tolong
menolong melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Itulah sebab
nya, sikap orang Melayu yang berfikiran moden dan jauh ialah mesti menempatkan
kesetiaan kepada pemimpin itu sebegai kesetiaan yang bersyarat atau Qualified loyalty.
Marilah kita bersama sama menempa sikap dan ufuk mental yan g baharu.
Apa yang jadi
pada negara kita sekarang? Setiap GLC, setiap kementerian nampak macam sarang
perompak2 dan lanun menyamun harta benda rayat. Meraka macam nak angkut segala
nya macam kasim baba dalam cerita P
Ramlee. Nanti tidak ada apa lagi yang tinggal dalam negara kita.
Apa sudah jadi
kepada menteri2 UMNO ini? Ujud sebagai pengampu dan pencuci berak bossman Najib?
Standby credit,
loan atau apa sahaja nama yang Husni hendak beri dan orang UMNO akan telan
ceritanya, menunjukkan dan mengesahkan bahawa 1MDB berada dalam keadaan yang
tenat.
Tapi kes RM950
juta ini mest diteliti dengan rapi. Bukankah pada 27 februari lalu, Jabatan Perdana
Menteri menyetakan bahawa cabinet menolak permohonan menyuntik RM3 billion
kedalam 1MDB?
Tolak RM3
billion- tapi kalau suntik Rm1 billion atau 4 billion boleh?
Ertinya,
kenyataan Husni itu menunjukkan bahawa Najib dan Husni mencelakakan kabibet
seolah olah mengatakan- pergi mampuslah, aku nak guna RM950 juta ke, 3 juta ke,
4 juta ke- aku punya pasal lah.
System berkerajaan
secara cabinet tidak dihormati lagi. Menteri2 kewangan sekarang bersikap dan
berkelakukan sebagai despotic mandarins. Ia menunjukkan bahawa najib dan Husni
tidak ada kejujuran dan integrity. Ia juga membuktian bahawa kita rakyat
Malaysia akan menanggung beban 1MDB.
Terima kasih
kepada Encik Donplaypuks.
No comments:
Post a Comment