Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 16, 2015

KALAU SAYA LAMA DAH BERHENTI - MAHATHIR UNTUK NAJIB.

 Sindiran Dr Mahathir berita gembira kepada rakyat

Kemelut dalam UMNO sejak akhir-akhir ini menampakkan seolah-olah ada satu fenomena baru untuk memastikan kepimpinan UMNO mesti di ubah dan diganti. Kerja but Tun Mahathir, lewat PM juga kini memainkan peranan untuk memastikan UMNO di pimpinan oleh orang baru. 

Bagi Mahathir, Najib di kelilingi dengan terlalu ramai personaliti yang berpenyakit dikaitkan dengan peribadi beliau dan isteri beliau.Siapakah mereka yang di maksudkan?

Mereka yang berpenyakit seperti Abdul Razak Baginda (kes pembunuhan Altantuya ) Daniyar Nazarbayev (menantu Najib di Universiti Colombia), Riza Aziz (anak tiri Najib berhubung isu pembelian RM110 juta Penthouse di  New York dan pembiayaan $100juta filem Wolf of Wall Street, ), Deepak Jaikishan (pembekal karpet), Nazifuddin Najib (penguasaan saham Harvest Court Industries Bhd). Manakala semua ini merupakan isu peribadi beliau dan isteri beliau bukannya isu parti.

PETALING JAYA  - Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa “akan meletakkan jawatan jika masih sebagai Perdana Menteri” merupakan satu berita gembira kepada rakyat yang mengimpikan perubahan.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata, pendirian bekas Perdana Menteri itu memberikan harapan sama ada Najib akan diturunkan dari jawatannya melalui UMNO.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) harus mengambil peluang keemasan itu dengan segera melupakan persengketaan sesama sendiri, merapatkan barisan dan mengukuhkan lagi kesepakatan.
“Penolakan berterusan Mahathir ini seharusnya disambut dengan sewajarnya dan jangan sesekali disia-siakan,” katanya menerusi entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Tambahnya, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Dr Mahathir kepada Najib sebagai Perdana Menteri secara tidak langsung turut memberikan kelebihan kepada gabungan ketiga-tiga parti itu kerana pengaruh bekas Perdana Menteri masih lagi kukuh jika bersuara.
“Lihat saja pada pilihan raya 2004 di mana Barisan Nasional (BN) ketika itu menang paling bergaya dengan 198 kerusi Parlimen.
“Tetapi apabila Dr Mahathir kemudiannya mula mengkritik kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemenangan BN pada pilihan raya 2008 merosot kepada 140 kerusi dan pertama kali hilang majoriti dua pertiga,” jelasnya.
Shahbudin berkata, BN kini hanya berbekalkan 133 kerusi pada pilihan raya 2013 dan hanya meraih undi popular sebanyak 47 peratus serta ditambah ketiadaan sokongan Mahathir pasti meletakkan ia dalam keadaan tertekan. - FMT

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA