persoalannyanya apakah mangsa banjir
ada hak dengan khidmat insuran?
Insurans & Darurat -
Jawapan Agen Takaful Kepada Najib Razak YANG Anda Mesti Baca.
Jawapan Agen Takaful Kepada Najib Razak YANG Anda Mesti Baca.
Saya
banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak
dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan
insurans.
Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.
Ini pandangan saya:
+
Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan,
insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan
darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat
tuntutan.
+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan
pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil
coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat
tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat
atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat
tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.
+
Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari
ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab
kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans
/ takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd
pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh
darurat diisytiharkan.
+ Situasi sekarang
sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan
orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan
nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat
diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat
lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim
insurans.
+ Statistik menunjukkan kadar
penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat
bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera.
Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga
kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang
langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan
coverage banjir.
+ Situasi-situasi di atas
hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti
kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans
hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya
berlaku musibah.
KESIMPULAN: Menggunakan
alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah
alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.
Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014
Disclaimer:
Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11
tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta sebagai
Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS.
No comments:
Post a Comment