Perempuan yang tidak mahu bertudung dan berbusana muslimah adalah perempuan munafik.
Wanita-wanita yang rajin solat dan
berpuasa adalah beriman kepada sebahagian ayat-ayat Allah, tetapi kafir
kepada sebahagian ayat-ayat Allah yang lain, kerana tidak mahu bertudung
dan berpakaian yang menutup aurat.
Wanita seperti ini adalah termasuk
golongan orang munafik dan di akhirat nanti mereka akan dimasukkan ke
neraka yang paling bawah sebagaimana dinyatakan Allah di dalam
surah an-Nisa ayat 145:
“Sesungguhnya orang-orang munafik
itu, ditempatkan pada tingkat yang paling bawah di dalam neraka. Dan
kamu tidak akan mendapakcan seorang pun juga untuk menolongnya. “
Kalau kaum wanita yang rajin
bersolat, berpuasa tetapi tidak bertudung kepala di dalam hidupnya,
belum tertanam di hatinya bahawa mereka adalah orang munafik yang akan
masuk neraka. kami percaya mereka tidak akan mahu bertudung di
dalam hidupnya.
Cuba renungkan beberapa ungkapan bacaan solat mereka di bawah ini:
Di pembukaan solatnya, kaum wanita membaca:
وجهت وجهى للذى فاطر السماوات والأرض حنيفا مسلما وماأنا من المشركين
Yang bermaksud: “Aku arahkan mukaku
kepada yang mebina langit dan bumi dengan hati yang jujur, selaku
seorang muslimin, bukan sebagai seorang musyrik: “
Dengan bacaan di atas ini, kaum
wanita telah mengaku sebagai seorang muslimin, bermakna mengaku taat
kepada semua perintah Allah, baik dengan perkataan mahupun
dengan perbuatan. Jadi jika kaum wanita di luar solat tidak berbusana
muslimah sebagaimana yang diperintahkan Allah. bererti mereka munafik
dengan pernyataan mereka di atas, kerana tidak sesuai perkataan
dengan perbuatan Kemudian mereka menyampaikan pernyataan berikut:
إن الصلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين لاشريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidup dan matiku semua itu adalah untuk Allah, yang memelihara alam
semesta yang tidak punya sekutu sama sekali. Begitulah aku disuruh oleh
Allah, sebagai seorang muslim.
Dari bacaan di atas, kaum wanita
mengaku bahwa hidupnya, termasuk cara berpakaiannya untuk Allah
semata-mata. Kemudian dia mengaku pula seorang muslim, bermakna
patuh kepada semua perintah Allah. Tetapi di luar solat, kembali mereka
berbusana seperti orang kafir, yang bererti munafik lagi di dalam
pernyataannya sebagai seorang muslimah. Waktu membaca Surah
al-Fatihah, kembali wanita tadi mengaku patuh kepada Allah dengan
membaca:
إياك نعبد وإياك نستعين
Yang bermaksud: “Kepadamu kami taat,
patuh, beribadah, berbakti dan menyembah… “Dengan ungkapan di atas,
mereka mengaku taat, patuh kepada semua perintah Allah. Jadi jika di
luar solat mereka berbusana rambut terbuka dan berbaju pendek,
bererti mereka munafik dengan pengakuannya, munafik dengan ucapannya,
“Iyyakana’budu”, munafik juga dengan solat yang dikerjakannya.
Kemudian ditutupnya bacaan al-Fatihah dengan doa berikut:
إهدنا الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
Yang bermaksud: ”Pimpinlah kami ke
jalan yang lurus. Yaitu kejalan mereka, yang telah Engkau beri nikmat ,
bukan kejalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan kejalan
orang-orang yang sesat.”
Dengan doa di atas, kaum wanita
bermohon kepada Allah supaya dipimpin kejalan yang lurus, iaitujalan
orang-orang yang diberi nikmat Allah dengan keimanan yang
tinggi, seperti para Nabi dan orang-orang yang soleh dan bukan kejalan
orang-orang yang dimurkai Allah atau orang yang sesat. Tetapi dengan
penampilannya dengan rambut terbuka dan berskirt pendek sesudah
solat, bererti kaum wanita telah memilih jalan yang sesat, iaitu
berbusana sama dengan wanita kafir.
Kembali lagi kaum wanita tadi munafik dengan doanya diakhir surat al-Fatihah.
Kemudian ditutup bacaan al-Fatihah dengan doa berikut:
رب اغفرلى
Yang bermaksud: “Ya Allah ampunilah saya…. “
Seseorang minta ampun kepada Allah,
jika sedar dia berbuat dosa dan berjanji tidak akan berbuat dosa yang
sama lagi. Tetapi dengan penampilan dengan rambut terbuka dan berskirt
pendek di luar solat, bererti dia mengulangi dosa yang sama kembali,
tidak secocok permintaan ampunnya tadi kepada Allah. Dia minta ampun
terus-menerus di dalam solat, tetapi tidak pemah bertaubat di dalam
hidup selama dia keluar dengan rambut terbuka dan berskirt pendek.
Bererti wanita tersebut munafik pula dengan doa “Rabbighfirli” yang
diucapkan di dalam solatnya. Kemudian di akhir solatnya, kaum wanita
tadi berdoa lagi dengan doa berikut:
ألسلام علينا وعلى عباده الصا لحين
Yang bermaksud: “Salam dan sejahtera mudah-mudahan dicurahkan kepada kita dan sekalian para hamba Allah yang soleh. “
Dengan doa di atas, kaum wanita
tersebut mengaku sebagai hamba-hamba Allah yang soleh, tetapi di luar
solat, tindakan mereka kembali murtad atau mengingkari pengakuan mereka
di atas, kerana dengan sengaja mem perlihatkan rambutnya.
Allah Maha berkuasa
"Dan matahari
berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan
Yang Maha Perkasa
lagi Maha Mengetahui."
http://hafizamri.com
No comments:
Post a Comment