Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, January 21, 2015

SURAT KE FBI - ZAHID TEPERANGKAP DALAM PEMBOHONGAN

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menulis surat kepada Biro Siasatan Antarabangsa (FBI).

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, penafian Hishammuddin itu membuktikan Zahid seorang menteri yang tidak berdisiplin, menipu, bertindak sesuka hati dan mengkhianati amanah negara.

“Adakah Zahid tertangkap berbohong dan mengaitkan menteri lain dalam pentadbiran sekarang atau yang terdahulu secara tidak adil dan memalukan?

“Saya tidak pernah percaya bekas menteri dalam negeri berkelakuan seperti Zahid menulis surat secara unilateral kepada FBI tanpa pengetahuan ketua polis negara, menyalahi laporan polis sebelumnya kepada FBI dan tanpa pengetahuan Kementerian Luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, Zahid sebelum ini pernah berbohong apabila mendakwa Kabinet mengesahkan suratnya kepada FBI namun Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kabinet sekadar mendengar penjelasan Zahid.

Katanya, Zahid Hamidi harus bersedia untuk diserang dengan isu ini ketika persidangan Parlimen pada Mac akan datang jika perincian surat Zahid kepada FBI tidak didedahkan sepenuhnya.

“Zahid harus diingatkan kepada prinsip apabila seseorang berbohong, dia akan terpaksa berbohong seribu kali lagi untuk menutup bohong yang pertama - nampaknya menjadi dilema Zahid sekarang,” katanya.

Hishammuddin hari ini menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada FBI untuk mana-mana pihak, bercanggah dengan kenyataan Zahid sebelum ini.

Zahid sebelum ini yang dikaitkan dengan kontroversi surat kepada FBI berkenaan status raja judi, Paul Phua Wei Seng berkata proses tersebut pernah dilakukan menteri terdahulu.

Hishammuddin sebelum ini memegang portfolio menteri dalam negeri dari 2009 hingga 2013 sebelum bertukar kepada portfolio menteri pertahanan.

"Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan," katanya semasa ditemui pemberita di Putrajaya pagi tadi.

Zahid Hamidi pada minggu lalu menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI berhubung kes Phua atas alasan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya.

Zahid berkata surat itu bukan urusan di antara 2 kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua, merujuk kepada kenyataan yang diberikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. ~malaysian insider

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA