Assalamualaikum...
Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas
agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah
berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai
berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa
perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih
orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar
ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup
membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa
bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk
kepentingan kamu."
Ada juga yang berpesan: "Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka
melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan
dengan ahli kubur!".
Begitu sekali pesanan dalam memilih kawan. Marilah bersama-sama kita
periksa diri masing-masing sama ada layak menjadi sahabat sejati atau
hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur.
Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki?
Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya,
manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab
dengan mereka.
Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami,
isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka.
Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri
seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah
terlaksana persahabatan itu?
Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita?
Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya.
Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi
sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti
seperti Tarzan jadinya!
Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat.
Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap
terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan
itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh
dijadikan sahabat
ceritacintasedih.blogspot.
No comments:
Post a Comment