Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 20, 2015

APA KATA NON MUSLIM TERHADAP PAS & HUDUD




Ahli bukan Islam tetap bersama PAS di sebalik cadangan Hudud

Meskipun berlaku pertelagahan antara PAS dan DAP berhubung idea PAS untuk melaksanakan hudud, ia tetap disokong ahli bukan Islam dalam PAS.
Tidak gentar dengan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS di Kelantan, Kumutha Raman, ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin undang-undang syariah itu bakal menurunkan kadar jenayah di Kelantan apabila ia dilaksanakan.



Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Kumutha Raman ( gambar ) tetap yakin pelaksanaan hudud kelak akan memberi kebaikan dalam menangani jenayah di Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2014.Meskipun berlaku pertelagahan antara PAS dan DAP, kedua-duanya merupakan ahli pembangkang daripada Pakatan Rakyat (PR) termasuk PKR, berhubung idea PAS untuk melaksanakan hudud, Kumutha berkata beliau bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Berusia 35 tahun, nama Kumutha mula terpapar di media apabila bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, menjadikan beliau calon wanita bukan Islam pertama yang diletakkan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Malah, ketika rakan sekutu bukan Islam daripada PR menolak idea PAS, Kumutha optimis undang-undang syariah itu akan memberikan kebaikan kepada negeri pantai timur itu.

"Hudud hanya untuk orang Islam. Saya melihatnya daripada perspektif perundangan.

"Bagi saya, hudud akan mengurangkan kadar jenayah di Kelantan, malah terdapat syarat yang ketat perlu dipatuhi untuk melaksanakannya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Antara jenayah yang disasarkan hudud adalah berzina, meminum minuman beralkohol, serta fitnah melakukan zina.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini dilaporkan berkata, beliau yakin rancangan negeri itu untuk melaksanakan hudud akan membuahkan hasil tidak lama lagi.

Veteran DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun melihat kedegilan PAS meneruskan rancangan mereka itu bakal memusnahkan PR.

Kumutha bagaimanapun menolak pendapat Kit Siang, tanpa memberikan penjelasan lanjut beliau berpendapat, PAS dan DAP tidak akan kehilangan sokongan melalui pelaksanaan hudud.

"Saya tidak yakin sokongan akan menurun. Malah, saya percaya bukan Islam akan melihat hasil yang positif dan kemudiannya menyokong hudud," katanya.

Penasihat guaman di sebuah syarikat di Johor Baru itu berkata, beliau yakin kerana pernah bertemu komuniti bukan Islam di Kelantan.

"Mereka gembira dengan Tok Guru dan cara beliau memerintah negeri," katanya, merujuk kepada Mursyidul AM PAS, dan juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kerajaan negeri juga tidak pernah mencampuri urusan agama dan mereka sangat bertolak ansur," tambahnya lagi.

Ketika menyertai PAS pada 2008, kebanyakan rakan-rakannya terkejut tetapi tidak bapanya.

Kumutha berkata, disebabkan bapanya beliau memilih untuk bersama PAS dan turut menyokong dari belakang ketika dicalonkan dalam pilihan raya.

"Saya membesar dalam keadaan yang penuh dengan pengisian agama. Kami penganut Hindu yang kuat. Ketika menyertai politik, ia secara semulajadi saya memilih parti yang berteraskan agama," katanya.

"Bapa saya juga sebahagian daripada parti politik pembangkang suatu ketika dahulu," katanya lagi.

Graduan Universiti Northumbria, United Kingdom itu berkata, beliau melihat terdapat peluang bagi dirinya menyertai PAS ketika meneliti perlembagaan parti Islam itu.

"Saya mendapati parti itu mematuhi segala prinsip dalam Perlembagaan dan saya berpuas hati dengan apa yang saya temui dalam PAS."

Beliau kemudiannya menyertai DHPP, sayap yang ditubuhkan untuk penyokong bukan Islam PAS.

Dianggarkan, DHPP mempunyai keahlian seramai 40,000 ahli berdaftar di seluruh negara.

Kumutha menjadi calon PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram di Johor pada 2008, namun bertanding atas lambang PKR.

PAS kemudiannya meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan ahli bukan Islam bertanding menggunakan tiket mereka, dan beliau turut bertanding dalam PRU 2013 pada Mei lalu menggunakan tiket PAS.

"Bukan mudah untuk saya, sebagai wanita di bawah lambang PAS namun ia adalah pengalaman bertanding pilihan raya. Kita harus cukup berani dan kental."

Pemimpin PAS juga katanya menyokong penuh sayap bukan Islam parti itu dan turut mendengar rintihan serta keluhan mereka untuk menjadikan parti itu lebih baik.

"Ketika Muktamar PAS pada September, saya berpeluang berbahas usul sekolah vernakular Cina dan Tamil serta peluang sama rata untuk komuniti bukan Islam dalam sektor awam.

"Perbahasan saya diterima dan parti amat menyokong idea saya," tambahnya.

"Tidak seperti sangkaan banyak pihak, PAS sangat terbuka dalam menerima pendapat orang lain."

themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA