Peguam Australia, Mark Trowell ( gambar ) berkata Malaysia tidak harus mempersalahkan kerajaan tersebut dalam mengendalikan kes Sirul Azhar Umar.
Jelas Trowell, pihak pendakwaan Malaysia sepatutnya meminta syarat ikat jamin lebih ketat seperti tidak membenarkan Sirul meninggalkan negara atau menaiki penerbangan komersial.
Beliau yang juga pemerhati politik Malaysia berkata, pihak pendakwaan sepatutnya menyedari bahawa Mahkamah Persekutuan mungkin menukar keputusan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Ia sepatutnya disedari yang Sirul mempunyai risiko untu
"Namun, tiada apa-apa dilakukan untuk menghalangnya dengan mengenakan syarat agar menyerahkan pasport antarabangsa atau larangan menghampiri kawasan pelepasan antarabangsa.
"Tentunya Australia tidak mahukan beliau dan kami mahu menghantarnya pulang.
"Namun kurang adillah untuk menyalahkan kami kerana bukan kami yang membenarkannya meninggalkan Malaysia," kata Trowell dalam kiriman emel kepada Malaysiakini.
Trowell berkata demikian sewaktu ditanya tentang langkah seterusnya dalam prosiding di Australia susulan laporan akhbar di sana yang Sirul dibebaskan dengan syarat ketat.
Peguam kanan itu bagaimanapun menafikan yang Sirul telah dibebaskan.
Jabatan Perlindungan Sempadan dan Imigresen juga mengeluarkan menafikan perkara tersebut.
Jun lalu, Timbalan Pendakwa Raya 1, Tun Abdul Majid Hamzah tidak mengenakan syarat terhadap Sirul dan Azilah sewaktu merayu kes mereka di Mahkamah Persekutuan.
Sirul dan Azilah sebelum itu pada Ogos 2013 dibebaskan Mahkamah Rayuan daripada disabitkan dengan kesalahan tersebut.
Menurut Trowell, Australia bertindak penuh tanggungjawab apabila segera menahan Sirul selepas notis merah Interpol dikeluarkan terhadap beliau.
Menurutnya, walaupun notis itu biasanya akan melibatkan proses ekstradisi, penahanan itu tidak bermakna Sirul akan diekstradisi secara automatik.
Malaysiakini.
Perang proksi UMNO:
Janda Hangat Rita Rudini akan meletop?
Rita Rudaini tidak terlibat konspirasi jatuhkan Najib, kata Zam secara
sinis
TMI - Published: 24 January 2015 3:00 PM
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dengan nada menyindir
berkata keberadaan pelakon Rita Rudiani di kafe miliknya di Putrajaya
tiada kaitan dengan konspirasi menjatuhkan perdana menteri. – Gambar
fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.
Tan Sri Zainuddin Maidin dengan sinis berkata pelakon Rita Rudaini yang
menjalani penggambaran di Zam Newsroom Cafe miliknya di Putrajaya tidak
terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Bekas menteri penerangan itu berkata, teori konspirasi seumpama itu
pernah timbul apabila beliau minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin,
Datuk A Kadir Jasin dan beberapa blogger lain di satu restoran di
Damansara baru-baru ini.
"Tentunya kehadiran pelakon jelita Rita Rudaini bersama beberapa pelakon
lagi di Zam Newsroom Cafe Putrajaya baru-baru ini bukanlah untuk
berkonspirasi bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib," kata Zainuddin secara
sinis di blognya Zamkata hari ini.
"Rita dan lain-lain boleh dianggap bersih daripada teori konspirasi ini
kerana mereka tidak minum petang atau makan bersama saya sebaliknya
hanya membuat penggambaran telemovie Qiam."
Zainuddin pada Selasa membuat keputusan berhenti daripada penulisan
politik kerana kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Najib.
Beliau kecewa kerana sering kali dianggap mempunyai "sandaran" meskipun
bergerak secara bersendirian.
"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan
ketenteraman jiwa daripada ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari
tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan
politik semasa yang menjadi pengisian utama blog zamkata sejak
dilancarkan pada 8 Ogos 2012.
"Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan,” tulisnya kecewa.
Zainuddin berkata, disebabkan perbezaan pendapat, kepercayaan dan setia
kawannya kepada kepimpinan politik yang bersandarkan sejarah dan
kejayaan tercemar.
"Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai
bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri
saya berdekad dalam dunia kewartawanan," katanya.
Blog zamkata miliknya dilancarkan pada 8 Ogos 2012 kini mempunyai lebih
1.5 juta pelawat, katanya.
"Sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, saya tidak pernah
menjadi penulis upahan," kata Zam.
"Saya tidak mempunyai kawan sejati dalam politik, kerajaan, atau
mana-mana pertubuhan, kecuali rakan-rakan wartawan," katanya.
Zainuddin di antara penulis blog Umno yang mengkritik kepimpinan Umno
secara terbuka.
Minggu lepas Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan
Malaysia berkata, Daim dan Dr Mahathir tidak akan merendahkan martabat
mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" Najib.
Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal
media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas
pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara
ini akan berlaku.
"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit
sebanyak pengalaman dalam perang saraf menjangkakan serangan peribadi
TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum
akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin.
"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi saya
berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong
pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap
Daim akan menikam balik Najib dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata
Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New
Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin.
Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim
menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.
"Maka saya nampak ini bukanlah suatu permainan politik atau perang saraf
yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak
profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak
sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya. – 24
Januari, 2015.
Posted by mountdweller at 10:12 PM
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment