Kenyataan DSAI ( gambar bawah ) - ketua pembangkan kaitan dengan penahanan Eric Paulsen amat mempelihatkan masa kini bahawa JAKIM bukan lagi bergerak untuk kepentinga Islam tapi sebaliknya memperlihatkan badan ini di kuasai oleh pemerintah dengan berkepentingan mengikut acuan dan kehendak pemerintah.
PERBEZAAN
pendapat dan idea awam adalah aspek yang penting di dalam sebuah
demokrasi yang berkembang. Tatkala kebebasan bersuara tidak bersifat
mutlak, kedaulatan undang-undang harus bersifat luhur dan setiap pihak
berwajib mesti memelihara prinsip demokrasi berparlimen secara tersurat
mahu tersirat. Kegagalan perkara ini dijamin, mendorong sebuah Negara
menghadapi risiko yang parah.
Justeru,
penahanan sewenang-wenang, pendakwaan terpilih dan penghakiman mahkamah
yang tersasar nyata sekali bercanggah dengan doktrin ini dan sekaligus
mencalar maruah rakyat. Pelanggaran seumpama ini bukan sesuatu yang
remeh dalam praktis tatakekola tetapi pasti dilihat sebagai jenayah
terbesar ke atas rakyat sebuah Negara yang bertamadun, yang seharusnya
berbangga dengan sebuah perlembagaan yang menjamin kebebasan asasi agar
dilindungi melalui kedaulatan undang-undang.
Pelanggaran
terkini dapat dirujuk kepada penahanan Eric Paulsen pada malam Isnin
dan reman selama dua hari berikutan 'tweet' beliau menuduh JAKIM
(Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) mempromosikan keganasan melalui
khutbah Jumaat. Penahanan termasuklah kaedah beliau ditahan adalah
manifestasi jelas betapa kedaulatan undang-undang diperlekeh dan
kerajaan berada dalam keadaan paranoia.
Apa
lagi yang boleh diperkatakan dengan pengerahan satu platun dengan 20
pegawai polis hanya untuk menahan seorang individu tanpa
mempertimbangkan bahawa individu tersebut adalah seorang peguam hak
asasi ternama? Jika tindakan zalim tersebut hanya untuk mempamerkan
tekanan secara terang-terangan, ia telah berjaya membuktikan wujudnya
ketidakseimbangan antara kekuasaan dan rakyat bawahan. Di mata sang
penguasa zalim, kebebasan asasi sering diketepikan. 'Tweet' seseorang
berupaya menjadi bisa kepada orang lain.
Memandangkan
beliau tidak didakwa, masih samar atas kesalahan apakah Eric Paulsen
akan disabitkan tetapi memandangkan Ketua Polis Negara sendiri telah
menyatakan melalui 'tweet' beliau bahawa Paulsen disiasat di bawah Akta
Hasutan, peninggalan lapuk era kolonial British.
Tidak
lama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, Perdana Menteri Dato'
Sri Najib tidak lama selepas mengambil alih jawatan, PM Dato 'Sri Najib
berikrar di atas altar demokratik bahawa beliau akan menghapuskan
undang-undang lapuk ini, sayangnya bukan sekadar beliau mengingkar
janji, mezbah reformasi demokratik bahawa dia akan menghapuskan sekeping
undang-undang ini tetapi bukan sahaja telah beliau mengingkari janji
ini, beliau telah melangkaui pemimpin terdahulu dengan mengubah
undang-undang tersebut menjadi "sejata pendakwaan" demi mengekang
pimpinan pembangkang dan sekalian yang kritikal ke atas pemerintah.
Selain
daripada lompongnya kedaulatan undang-undang, reaksi berlebihan ke atas
tweet Paulsen juga melambangkan maraknya sikap tidak bertoleransi
terhadap agama yang hadir untuk memasung Negara kita yang berbilang
bangsa dan agama. Melalui penyemarakan api perkauman melalui syak
wasangka, kebencian dan permusuhan menjadi pertaruahan kalangan mereka
yang berada di bawah politik naungan. Ramai yang telah terjun ke kancah
pertelagahan dengan menggesa tindakan ke atas Paulsen secara tegas atas
pendirian mempertahankan maruah umat Islam. Sementelahan ia dilihat
hipokrit dan melucukan tatkala kalangan mereka yang teruja ini kononnya
maruah mereka tercalar, adalah mereka yang juga terkenal dengan lontaran
penghinaan bersifat perkauman dan ancaman keganasan.
Islam
telah wujud lebih daripada 1500 tahun tanpa kalangan mereka yang
menggelar diri sendiri sebagai pembela keimanan. Sudah pasti Islam mampu
bertahan ribuan tahun malah selamanya tanpa mereka. Islam mendorong
toleransi dan persefahaman, tatkala mereka mengamalkan permusuhan dan
ketaksuban. Islam menyantuni dakwah da perdamaian, tatkala mereka
menggesa perselisihan dan perseteruan. Kedua-dua ini, tidak mungkin
bersatu.
Bagi sesetengah pihak, 'tweet' Eric
Paulsen dilihat melangkaui batasan dan khilaf. Bagi sesetengah pihak
yang lain, ia mungkin dilihat kritikan yang berasas. Dalam apa jua
keadaan, JAKIM tidak sinonim dengan Islam. Sebagai sebuah agensi di
bawah Jabatan Perdana Menteri yang dianggotai oleh manusia biasa, JAKIM
tidak sempurna sepenuhnya. Untuk menyatakan bahawa kritikan ke atas
JAKIM harus ditafsir sebagai serangan ke atas Islam adalah kemuncak
keberanian yang nyata satu penghinaan ke atas Islam itu sendiri.
Hatta
jika Paulsen tidak menyebut JAKIM melalui 'tweet' beliau, hakikatnya
umat Islam di Negara ini tahu betapa khutbah Jumaat yang disampaikan
mempunyai kecenderungan politik dan campur tangan pihak tertentu. Namun
menjadi pengetahuan umum bahawa khutbah yang diselaras JAKIM telah
beberapa kali melakukan serangan yang tidak munasabah meskipun pelik dan
serong, ke atas pembangkang dan pimpinan pembangkang. Menyeru
kesederhanaan dan persefahaman kalangan komuniti dan kumpulan agama yang
pelbagai di Negara ini tidak menjadi amalan JAKIM. Tetapi di saat
mereka melaksanakan perkara tersebut, saya telah menjadi antara yang
pertama memuji mereka keranan melakukan perkara yang benar – sebagaimana
yang telah saya lakukan dalam satu majlis tahun lepas atas khutbah yang
menginspirasikan perihal keperluan komuniti yang pelbagai untuk
mendekati dan mengenali antara satu sama lain.
Untuk
melabel bahawa Islam bukanlah agama yang ekstrem tetapi dalam masa yang
sama menggesa tindakan tegas ke atas Paulsen atas 'tweet' beliau
merupakan satu kontradiksi. Hanya mengisytiharkan "Islam adalah agama
yang paling sederhana" tidak mencukupi. Kita mesti melaksanakannya.
Kendatipun khutbah Jumaat turut menyentuh perihal masyarakat dan
kemanusiaan dan jika – sebagaimana didakwa sesetengah pihak – ini tidak
disedari Paulsen, maka menjadi kewajiban umat Islam untuk mencerahkan
beliau mengenai perkara ini, bukan mengasak beliau dengan kekerasan
undang-undang.
ANWAR IBRAHIM
milosuam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment