Perbicaraan
rayuan kes liwat DSAI di Mahkamah persetukuan yang dibenarkan cuma 2
hari tapi akhirnya menjangkau ke 1 minggu, apakah ianya memberi kesan
kepada UMNO atau kesedihan kepada PR serta kepiliuan sebuan keluarga?
Peguam DSAI bekas Peguam Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram, Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan N. Surendran.
Jom kita bincangkan apakah implikasi dari perbicaraan ini, sama ada DSAI berehat di penjara atau sebaliknya?
TETAPI tanpa keputusan itu pun,
kita boleh memperkatakan kepemimpinan dan masa depan Pakatan Rakyat dengan atau
tanpa Anwar sebagai ketua.
Pertama sekali, sama ada Anwar
bebas atau masuk penjara sekali lagi, hidup kita, seperti kata penulis kanan
akhbar The Star, Joceline Tan, akan merasa kesannya.
Menulis dalam edisi Ahad, 26
Oktober, Tan menyimpulkan: “But lives will be impacted again whichever way the
court decides next week.”
Ada dua senario kepada situasi
ini.
1. Kalau Anwar masuk penjara, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) akan kehilangan ketua yang
karismatik, tetapi memperoleh simpati. Setelah bercakaran dan
kacau-bilau akibat krisis Menteri Besar Selangor, PR memerlukan simpati dan
persefahaman penyokongnya, dan
2. Kalau hukuman salah oleh
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan diterbalikkan (overturned) oleh Mahkamah
Persekutuan, Anwar akan muncul sebagai makhluk suci yang cuba difitnah oleh
musuh-musuhnya. Kedudukan beliau di mata kepemimpinan dan penyokong PR akan bertambah
kukuh.
Ramalan PR akan hancur musnah
kalau Anwar dipenjarakan mungkin pramasa (premature). Sebaliknya simpati yang
tercetus daripada pemenjaraan Anwar akan memberi peluang baru kepada PR untuk
memperkukuh dan memperluaskan sokongan. Ia sudah pun sekian lama
mempersembahkan liwat 2 sebagai persekongkolan (conspiracy) politik.
Generasi lama sudah semakin lupa
dan tidak begitu peduli lagi dengan liwat 1 pada tahun 2000 manakala generasi
muda yang kini memegang “trump card” kuasa politik, tidak tahu atau tidak
percaya. Pada 8 Ogos 2000 beliau dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas
tuduhan itu.
Akibat pemecatan Anwar daripada
kerajaan dan Umno pada tahun 1998, BN hilang sokongan dalam PRU 1999 walaupun
ia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir yang karismatik dan lincah permainan
politiknya. Dr Mahathir mengekalkan majoriti dua pertiga BN.
Ianya hanya Ramalan
Ramalan bahawa PR akan berpecah
tanpa Anwar perlu berlapik. Ada dua bentuk pemangkin yang membuatkan PR berjaya
sejak PRU 2008. Pertama, kemampuan Anwar mencari titik pertemuan di kalangan
parti-parti yang berbeza ideologi, khususnya antara DAP dan PAS. Kedua, ia
berjaya mengeksploitasi keterdedahan (vulnerability) BN.
Daripada aspek psikologi pula,
PR berjaya menjitukan semangat penyokongnya dengan memberikan isyarat yang kuat
bahawa mereka boleh mengalahkan BN dan pada masa yang sama mengambil kesempatan
daripada kekecewaan penyokong BN terhadap parti mereka sendiri.
Satu lagi faktor yang memihak
kepada PR adalah barisan kepemimpinan yang muda. Selain veteran seperti Anwar,
Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti-parti PR,
terutamanya PKR dan DAP digerakkan oleh generasi pelapis.
Gabungan kepemimpinan pelapis
yang meluas dengan bilangan pemilih muda yang semakin meningkat boleh menjadi
dorongan (impetus) kepada parti-parti PR untuk terus berpakat walaupun wujud
perbezaan ideologi dan dasar yang ketara.
Mereka boleh memilih untuk
berpecah dan kekal pembangkang atau bersatu dalam kepelbagaian dan membina di
atas 52 peratus undi majoriti yang mereka peroleh pada PRU lalu.
Sebahagian kekuatan PR berpunca
daripada kelemahan BN. Melainkan BN sudah pulih secukupnya daripada bencana Tsunami
Cina PRU 2013, ia tidak mungkin boleh meraih apa-apa faedah daripada
pemenjaraan Anwar.
Sebaliknya BN mungkin akan
menderita beban tuduhan dan kebencian manakala Anwar akan terus “menerajui” PR
dari “suite”nya di penjara. Dan seandainya dibuang kes maka jadilah beliau
“makhluk suci” yang kalis fitnah.
Dapatan di atas adalah satu andaian penulis dan memberikan gambar bagaimana kesan jangka panjang dan pendek khusus kepada PR dan demokrasi di Malaysia
No comments:
Post a Comment