Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, November 20, 2014

DSAI - JIWA MU AMAN

                                                                                   
 Dalam satu kenyataannya ketika berucap di hadapan pelajar-pelajar University Malaya (UM) baru-baru ini, Saudara Anwar ada menyatakan,” mengapakah mereka begitu ‘takut’ kepada seorang Anwar?. Lebih kurang begitulah bunyi kata-katanya. 



Kenyataan itu pendek saja tetapi menyebabkan aku berfikir buat seketika. Merenung kembali peristiwa-peristiwa lama, menyingkap sejarah perjuangan ‘manusia’ yang bernama Anwar Ibrahim.

 Aku tidak perlu menyingkap buku-buku sejarah atau majalah-majalah lama atau akhbar-akhbar lama untuk mencari jawapan kepada persoalan itu. Yang aku hairan ialah mengapa beliau begitu ditakuti. Dan mungkin jawapan yang paling tepat ialah hanya mereka yang membuat salah sahaja yang takut kepada Anwar Ibrahim. Mungkin…… Peribahasa Melayu ada mengatakan,’berani kerana benar dan takut kerana salah’. Maknanya betullah tanggapan ramai orang yang selalu mengatakan bahawa disebabkan banyak kesalahan yang dilakukan menyebabkan mereka begitu takut kepada Anwar Ibrahim. Tetapi yang peliknya pula, bagi mereka yang tidak melakukan kesalahan atau tidak merasakan diri bersalah, maka mereka akan sedaya upaya cuba merapati beliau disebabkan ‘charisma’nya yang luar biasa. 

 

betapa hebatnya Anwar berbelanja, sentiasa berhemah, 
dlm masa 7 tahun masih rendah dengan 2 pm, antara PK Lah dan Najib.
APAKAH INI MENAKUTKAN KEPIMPINAN MASA KINI?


Dari jauh aku mengikuti perkembangan dan perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang sentiasa melaungkan slogan memperjuangkan ‘the conscience of the majority’. Semenjak zaman remaja sehinggalah ke zaman ‘tua’, diperhatikan bahawa asas perjuangannya adalah ‘consistent’, memperjuangkan keadilan bagi semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan keturunan. Berterusan memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Lantas atas semangat yang demikianlah yang telah menyebabkan ‘rakan-rakan lama’ yang terus menerus memberikan sokongan kepadanya walaupun ada ‘rakan-rakan lama’ yang menjauhkan diri disebabkan berbagai ‘tarikan’ yang diterima. 

Sokongan padu yang diterima oleh Saudara Anwar, terutama dari ‘rakan-rakan lama’ adalah disebabkan asas dan prinsip yang diperjuangkannya dan bukan kerana ‘batang tubuh’ manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Antara ‘rakan’ dan ‘prinsip perjuangan’ adalah dua perkara yang sangat berbeza. Sekiranya Saudara Anwar ‘tergelincir’ dari prinsip yang diperjuangkan selama ini, aku pasti akan berlaku ‘pelarian beramai-ramai’ meninggalkan beliau. Aku pasti. Namun selagi beliau masih tetap dan terus menerus memperjuangkan keadilan sebagaimana yang diungkapkan setengah abad yang lampau, maka beliau akan tetap mendapat sokongan padu. 



 Mahathir berjaya mencipta kes LIWAT, 
tapi akhirnya kes ini lebih mengharu birukan
UMNO dan kepimpinan negara itu senidri.

Adakah Malaysia Negara Islam?

Sudah setengah abad juga masyarakat Malaysia melakukan ‘pencarian’ tokoh yang akan menggantikan Anwar Ibrahim. Bagi aku dan rakan-rakan seperjuangan, ‘pencarian’ itu masih berterusan. Seolah-olah belum ada lagi tokoh yang boleh menggantikan tempat Anwar Ibrahim. Ada wujud ‘pemimpin’ muda yang silih berganti di negara ini tetapi belum dapat menggantikan manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Seolah-olah peribahasa Melayu yang berbunyi,’ patah tumbuh hilang berganti’ tidak sesuai lagi digunakan….. 

Dunia telah menyaksikan kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang amat sukar dicari ganti. Belum wujud lagi manusia yang bergelar pemimpin di India yang boleh menggantikan Gandhi. Belum ada tokoh di Indonesia yang boleh ‘menewaskan’ kehebatan Sukarno yang berjaya mendapatkan kemerdekaan Indonesia. Rakyat Afrika Selatan tentunya sedang mencari-cari manusia yang boleh menggantikan Nelson Mandela dan rakyat Britain pual tentunya membanding-bandingkan pemimpin yang ada disana yang ada persamaan dengan Winston Churchill. Begitulah seterusnya. Maknannya Allah hanya ‘mengurniakan” seseorang pemimpin itu hanya sekali dalam beberapa puluhan tahun kepada bangsa itu. 



Pendakwa ini dii fahamkan MUSLIM tapi kenapa penghujjahan 
tidak menampakkan beliau sebagai MUSLIM, apakah pegangan agama beliau?

MALAYSIA TERUS CELARU DENGAN KES DSAI

Dan menyusuli sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin ini menampakkan dengan jelas yang mereka sangat ditakuti disebabkan mereka tidak pernah takut dan gentar kepada apa yang diperjuangkan oleh mereka. Aku teringat kata-kata Nelson Mandela apabila hakim mahkamah menasihatinya dalam satu perbicaraan supaya, ‘ …don’t play with fire’. Dan jawapan yang diberikan oleh Mandela ialah,’ ....playing with fire is my game’. Rujukan: ‘Long Walk to Freedom’ 

Kebiasaannya pemimpin yang memperjuangkan keadilan sentiasa ditakuti oleh pihak-pihak tertentu. Jose Rizal dari Filpinan terpaksa membayar ‘perjuangannya’ dengan nyawanya sendiri apabila beliau ditembak mati oleh penjajah Sepanyol. Begitu jugalah dengan pejuang-pejuang keadilan dunia lain yang terpaksa membayar perjuangannya dengan ‘harga’ yang begitu mahal. 



Manusia di atas digunakan untuk kepentingan mereka yang ingin 
melihat DSAI menamatkan karrier politiknya,
 tapi Allah mengetahuai segala-galanya.

Aku teringat satu peristiwa pada tahun 1972 apabila aku ditugaskan oleh PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia) untuk mendapatkan peruntukan dari sebuah kerajaan negeri bagi menjalankan aktiviti ‘Kempen Kesedaran’ kepada penduduk luar bandar di negeri berkenaan. Bersama dengan seorang rakan, aku telah dijemput untuk berbincang dengan Menteri Besar negeri berkenaan berkaitan dengan pembiayaan projek berkenaan. 

Menteri Besar negeri berkenaan telah memberitahu kami bahawa kerajaan negeri berkenaan bersetuju membiayai projek berkenaan dengan perbelanjaan sebanyak RM3000.00. dengan syarat supaya Saudara Anwar Ibrahim tidak dijemput sebagai salah seorang penceramah dalam projek berkenaan. Apabila aku mengenangkan peristiwa itu telah mengimbaukan kenangan aku bahawa semenjak awal tahun 1970an lagi Saudara Anwar telah mula ditakuti. 

Bermakna sudah hampir setengah abad Saudara Anwar Ibrahim memperjuangkan idealismenya dan terus ditakuti oleh pihak yang sentiasa merasakan diri mereka bersalah. 

http://abuhassanadam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA