Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 19, 2014

KENAPA SEMBAHYANG?

Kamu Solat Lima Waktu Tetapi... ( Menarik ) 

Assalamualaikum...
Kamu solat lima waktu tetapi...
 
kamu hanya ingat pada ALLAH hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padanya. Jika solat kamu 10 minit, 10 minit itu saja ingatan kamu pada-Nya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripada-Nya.

Kamu solat lima waktu tetapi...


Kamu tidak bersyukur pada-Nya. Kamu pada dahulunya amat susah. ALLAH yang memberi rezeki kepada kamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluarga kamu, membeli rumah, kereta dan sebagainya. Tetapi hati kamu belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap diri kamu serba kekurangan.

Kamu solat lima waktu tetapi...
 
Kamu masuh menggunakan perkataan kesat kepada teman-teman kamu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah-olah keturunan dan bangsa kamu saja yabg baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempat kamu di mahsyar nanti.
 
Kamu solat lima wakti tetapi...
 
Kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah ALLAH sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu solat lima waktu tetapi..
.
Kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh kamu, menggunakan wang ringgit atau pun pangkat kamu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu solat lima waktu tetapi...
 
Kamu amat bakhil untuk menghabiskan wang kamu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wang kamu akan habis.

Kamu solat lima waktu tetapi...
 
Kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada teman kamu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan,mati tak mahu.

Kamu solat lima waktu tetapi...
 
kamu mengabaikan anak isteri kamu yang kelaparan di rumah kerana kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu solat lima waktu tetapi...
 
Kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada ALLAH. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu?. Tidakkan kamu fikirkan?.

Kamu solat lima waktu tetapi...
 
kamu menuntut ilmu semata-mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada ALLAH.

ALLAH berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." Jika kamu solat lima waktu tetapi masih melakukan perkara di atas, tidakkah kamu berfikir mungkin amal kamu itu tidak diterima?.

Dan juga jangan lupa ALLAH berfirman yang bermaksud "Neraka Wail bagi mereka yang solat, yang mereka itu lalai di dalam solat." Ini menunjukan betapa beratnya fardu solat kecuali mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya
 senjamendamaikan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA